Saturday, 31 December 2011

Tidak Perlu Wudhu Untuk Solat Jenazah?

 

SOALAN:


Adakah sembahyang jenazah perlu di dalam keadaan berwuduk? ada pendapat yang mengatakan tidak perlu kerana takrif sebenar sembahyang adalah perlu kepada rukuk dan sujud; sedangkan semgahyang jenazah sekadar berdiri dan berdoa.

Adakah saya harus mengulangi semula wuduk yang belum sempurna dipertengahan disebabkan saya terkentut dan sebagainya.

JAWAPAN:

Pertama:

Solat Jenazah Perlu kepada Wudhu, inilah pandangan yang lebih benar dan inilah juga pandangan Jumhur Ulama (majoriti).

Tidak dinafikan sememangnya terdapat pandangan ulama yang mengatakan boleh menunaikan solat jenazah tanpa wudhu. Al-Imam al-Nawawi di dalam Syarh Sahih Muslim mendakwa pandangan ini adalah pandangan al-Sya’bi dan Muhammad bin Jarir al-Tobari.

Namun pandangan ini tertolak. Al-Imam al-Nawawi berkata di dalam Syarh Sahih Muslim: “Mazhab ini adalah salah, dan ijmak ulama berbeza dengan pandangan ini.”

Al-Imam al-Bukhari pula menjadikan salah satu bab di dalam kitab Sahihnya sebagai: Bab Sunat Solat ke atas Jenazah. Setelah itu beliau berkata: Nabi SAW bersabda: من صلى على الجنازة mafhumnya: “Sesiapa yang menunaikan solat ke atas jenazah.” Baginda juga bersabda: صلوا على صاحبكم mafhumnya: “Tunaikanlah solat jenazah ke atas sahabat kamu (yang meninggal ini).” Baginda juga bersabda: صلوا على النجاشي mafhumnya: “Tunaikanlah solat jenazah untuk Najasyi.” Setelah itu al-Imam al-Bukhari berkata: “Baginda menamakan solat jenazah sebagai solat, sekalipun di dalamnya tidak ada rukuk, sujud, tidak boleh bercakap, di dalamnya ada takbir dan salam. Ibn ‘Umar dahulunya tidak akan menunaikan solat (jenazah) melainkan dalam keadaan bersuci…”

Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani berkata di dalam Fath al-Bari: “Perkataan beliau (al-Imam al-Bukhari): Baginda menamakan solat jenazah sebagai solat, iaitulah disyaratkan untuk solat jenazah itu apa-apa yang disyaratkan di dalam solat (lainnya) sekalipun di dalam solat jenazah itu tidak ada rukuk dan sujud, tidak boleh berkata-kata di dalamnya, ada takbir dan salam di dalamnya dengan persetujuan ulama, sekalipun mereka berbeza tentang bilangan takbir dan salam.”

Syeikh al-Islam Ibn Taimiyyah berkata di dalam kitab Majmu’nya:

قال ابن بطال: عرض البخاري للرد على الشعبي فإنه أجاز الصلاة على الجنازة بغير طهارة قال : لأنها دعاء ليس فيها ركوع ولا سجود والفقهاء مجمعون من السلف والخلف على خلاف قوله فلا يلتفت إلى شذوذه وأجمعوا أنها لا تصلى إلا إلى القبلة ولو كانت دعاء كما زعم الشعبيلجازت إلى غير القبلة . قال : واحتجاج البخاري في هذا الباب حسن .

Maksudnya: “Ibn Battal berkata: al-Bukhari menyenaraikan (hadis-hadis di atas di dalam kitab Sahihnya) sebagai membantah al-Sya’bi yang mengharuskan solat jenazah tanpa bersuci (wudhu), kerana beranggapan solat jenazah itu hanya berupa doa yang tidak memiliki rukuk dan sujud. Sedangkan para fuqaha salaf dan khalaf telah bersepakat berbeza dengan pandangan al-Sya’bi ini. Oleh yang demikian jangan dipedulikan kepada pandangan (al-Sya’bi) yang ganjil ini, para ulama juga telah bersepakat bahawa solat jenazah tidak boleh ditunaikan melainkan mesti menghadap kiblat. Jika sekiranya solat jenazah itu bukan solat dan semata-mata doa seperti yang disangka oleh al-Sya’bi, sudah tentu ia juga boleh dilakukan tanpa menghadap kiblat. Ibn Battal juga berkata: Penghujahan (al-Imam) al-Bukhari dalam bab ini suatu yang baik.”
p/s: sengaja postkan permasalahan ini, baru sahaja menyambahyangkan jenazah di masjid tadi.. tiba-tiba teringat cerita dekat kampung dulu bising ada pandangan dari orang kampung kata tidak ada wudu' pun boleh solat jenazah.. masa tu ingatkan  pandangan ini silap sebab mengatakan tidak sah, sedang ramai yang kata pada masa itu menyatakan sah.. Yang menyebabkan terpaksa diri ini mengalah sebab pandangan ini keluar dari mulut seorang tokoh agama di kampung...

link: Soal Jawab

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Thursday, 22 December 2011

Jemputan Kenduri Muhamad Helmi bin Muhamad Zin(ahli PRSM)


(Helmi, 3 dari kanan barisan ke-2)


... Assalamualaikum w.b.t dan Salam Sejahtera..
Kepada semua saudara mara, sahabat-sahabat, guru-guru dan kenalan sekalian Dengan penuh kesyukuran,saya Muhamad Helmi bin Muhamad Zin dan seisi keluarga menjemput dan mempersilakan Tuan/Puan/Encik/Cik,Suami/isteri serta seisi keluarga ke majlis kesyukuran sempena perkahwinan saya, Muhamad Helmi bin Muhamad Zin dan Noor Hidayah binti Mohd Nawi.. Diharap dengan kehadiran dan doa kalian dapat menyerikan lagi majlis kami dan semoga Allah berkati majlis dan pernikahan kami hingga akhir hayat dalam rahmat-Nya..Ameen..

Pada:27 Dis 2011 (Selasa) bersamaan 2 Safar 1433H

Masa: 11 pagi - 6 petang

Di alamat :
Belakang Sekolah Kebangsaan Perupok,16300 Bachok,Kelantan
 p/s:Sorang dah berubah status, tinggal 9 lagi geng PRSM still dengan status bujang....:)



"Barakallahulakuma Wajama bainakuma bil khair....."

Tuesday, 13 December 2011

Persiapan Saat- Saat terakhir KPLI JQAF 2012

Salam semua :)
Hari nie dah 11hb kan :) Insya Allah, sessi temuduga akan bermula pada esok hari 12hb -16 hb :)
So, setakat hari nie preparation macam mana?
Saya harap sahabat-sahabat semua masih bertenaga untuk terus membaca dan memahami apa yang bakal kita tempuhi esok hari.
Saya nak ingatkan lagi sekali;
Mengikut sumber dari pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) kira-kira 5000 calon yang melepasi ujian MTeST untuk panggilan temuduga KPLI-SR j-QAF ambilan Jan 2012.
5,000 calon temuduga KPLI-SR j-QAF ini bakal bersaing utk merebut sekitar 1,000 jawatan kosong utk pelatih j-QAF !!
Saingan begitu sengit!
Angka nie penting untuk kita terus berusaha hingga ke saat terakhir. Kita tak tahu apa rezeki kita nanti, tapi Insya Allah, kalau kita dah study, research,berdoa, pasti ada ganjaran atas usaha-usaha kita tue nanti.

Bertarikh: 11 Disember 2011.

Thursday, 8 December 2011

Konvokesyen Ke-9 USIM......


 Alhamdulillah yang tak terhingga kepada-NYA yang memberi kemudahan buat semua warga PSRM khusunya  kerana dapat mengakhiri zaman pembelajaran di USIM ini bersama. Penat jerih belajar menuntut ilmu dan berkhidmat di medan Rumah murah ini biarlah kekal tercoret dalam memori kita semua. Ada yang pahit dan manis, namun semuanya kita "rengkoh" bersama.







Diharap dengan berakhirnya tempoh kita berada di bumi USIM tidak bermakna hubungan pertalian ini pun lerai, tetapi biarlah jarak yang memisahkan kita, namun tautan yang terjalin ini tetap utuh kekal buat selamanya.

"Mencorak Suasana Dengan Islam" 

Sunday, 4 December 2011

Puasa 10 Muharram....


Rasulullah saw menganjurkan agar berpuasa di hari-hari diluar bulan Ramadhan, diantaranya adalah hari asy Syura, sebagaimana diriwayatkan dari Muawiyah bin Abu Sofyan berkata,”Aku mendengar Rasulullah saw bersabda,’Sesungguhnya ini adalah hari asy Syura dan tidaklah diwajibkan terhadap kalian untuk berpuasa (di hari ini). Dan aku saat ini berpuasa maka barangsiapa yang ingin berpuasa (maka berpuasalah) dan barangsiapa yang ingin berbuka (tidak berpuasa) maka berbukalah.” (Muttafaq Alaihi)

 Berpuasanya Rasulullah saw pada hari asy Syura adalah disebabkan bahwa Musa as telah berpuasa pada hari itu. Dan hari itu adalah hari diselamatkannya Musa dari Fir’aun. Diriwayatkan dari Ibnu Abbas berkata,”Ketika Nabi saw memasuki kota Madinah beliau saw menyaksikan orang-orang Yahudi berpuasa pada hari asy Syura. Beliau berkata,”Ada apa ini?” mereka menjawab,”Hari baik, di hari ini Allah telah menyelamatkan Musa dan Bani Israil dari musuh-musuh mereka dan Musa berpuasa (di hari ini).” Lalu Nabi saw bersabda,”Aku lebih berhak terhadap Musa daripada kalian.” Maka beliau saw pun berpuasa dan memerintahkan untuk berpuasa.” (Muttafaq Alaihi)

 Dari Abu Musa al Asy’ariy berkata,”Hari asy Syura’ diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan mereka pun menjadikannya sebagai hari raya. Dan Rasulullah saw bersabda,’Berpuasalah kalian (di hari ini).” (Muttafaq Alahi). 

Hukum Puasa ‘Asyura

Imam An Nawawi menjelaskan, para ulama bersepakat bahwa hukum berpuasa pada hari ‘Asyura adalah sunnah dan bukan wajib. Namun mereka berselisih mengenai hukum puasa Asyura di awal-awal Islam yaitu ketika disyariatkannya puasa Asyura sebelum puasa Ramadhan.

Menurut Imam Abu Hanifah, hukum puasa Asyura di awal-awal Islam adalah wajib. Sedangkan dalam Syafi’iyah ada dua pendapat yang masyhur. Yang paling masyhur, yang menyatakan bahawa hukum puasa Asyura semenjak disyariatkan adalah sunnah dan puasa tersebut sama sekali tidak wajib. Namun dulu, puasa Asyura sangat-sangat dianjurkan untuk dilaksanakan. Ketika puasa Ramadhan disyariatkan, hukum puasa Asyura masih dianjurkan namun tidak seperti pertama kalinya.

Pendapat kedua dari Syafi’iyah adalah yang menyatakan hukum puasa Asyura di awal Islam itu wajib dan pendapat kedua ini sama dengan pendapat Abu Hanifah. (Syarh Shohih Muslim, 4/114)

Yang jelas, hukum puasa Asyura kini adalah sunnah dan bukanlah wajib. Namun, hendaklah kaum muslimin tidak meninggalkan amalan yang sangat utama ini, apalagi melihat ganjaran yang begitu melimpah.

Lebih Baik Lagi Ditambah Berpuasa Pada Tanggal 9 Muharram

Sebagaimana dijelaskan (pada hadits Ibnu Abbas) bahwa di akhir umurnya, Nabi SAW bertekad untuk menambah puasa pada hari kesembilan Muharram untuk menyelisihi Ahlu Kitab. Namun Nabi SAW tiba-tiba meninggal sebelum sempat melakukan puasa pada hari itu.

Lalu bagaimana hukum melakukan puasa pada hari kesembilan Muharram? Berikut penjelasan An Nawawi rahimahullah.

Imam Syafi’i dan pengikutnya (Syafi’iyyah), Imam Ahmad, Ishaq dan selainnya mengatakan bahwa dianjurkan (disunnahkan) berpuasa pada hari ke 9 dan ke 10 sekaligus; karena Nabi SAW berpuasa pada hari kesepuluh dan berniat (berkeinginan) berpuasa juga pada hari kesembilan.

Apa hikmah Nabi SAW menambah puasa pada hari kesembilan? Imam Nawawi menjelaskan.
Sebahagian ulama mengatakan bahwa sebab Nabi bepuasa pada hari ke 10 sekaligus ke 9 adalah agar tidak tasyabbuh (menyerupai) orang Yahudi yang hanya berpuasa pada hari ke 10 saja.

Dalam hadits Ibnu Abbas juga terdapat isyarat mengenai hal ini. Ada juga yang mengatakan bahawa hal ini untuk berhati-hati, siapa tahu salah dalam penentuan hari ‘Asyura’ (tanggal 10 Muharram). Pendapat yang menyatakan bahwa Nabi menambah hari kesembilan agar tidak menyerupai puasa Yahudi adalah pendapat yang lebih kuat. Wallahu a’lam. (Lihat Syarh An Nawawi ‘ala Muslim, 4/121)

Ibnu Rojab mengatakan, “Di antara ulama yang menganjurkan berpuasa pada tanggal 9 dan 10 Muharram sekaligus adalah Imam Asy-Syafi’i, Imam Ahmad, dan Ishaq. Sedangkan Imam Abu Hanifah memakruhkan berpuasa pada hari sepuluh saja (tanpa hari kesembilan).”

Jadi, lebih baik adalah kita berpuasa dua hari sekaligus iaitu pada tanggal 9 dan 10 Muharram. Inilah tingkatan yang paling utama. Sedangkan berpuasa pada tanggal 10 Muharram saja adalah tingkatan di bawah tingkatan pertama tadi. Inilah yang dijelaskan Syaikh Ibrahim Ar Ruhailiy hafizhohullah dalam kitab beliau Tajridul Ittiba’.

Apakah Perlu Ditambah Berpuasa pada Tanggal 11 Muharram?

Sebagian ulama berpendapat tentang dianjurkannya puasa pada hari ke-9, 10, dan 11. Mereka berdalil dengan hadits yang diriwayatkan dari Ibnu Abbas. Nabi SAW bersabda, “Puasalah pada hari ‘Asyura’ (10 Muharram, pen) dan selisilah Yahudi. Puasalah pada hari sebelumnya atau hari sesudahnya.”
Hadits ini diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, Ibnu Khuzaimah, Ibnu ‘Adiy, Al Baihaqiy, Al Bazzar, Ath Thohawiy dan Al Hamidiy, namun sanadnya dho’if (lemah).

Namun, terdapat hadits yang diriwayatkan Abdur Rozaq, Ath Thohawiy dalam Ma’anil Atsar, dan juga Al Baihaqi, dari jalan Ibnu Juraij dari ‘Atho’ dari Ibnu Abbas. Beliau berkata, “Selisilah Yahudi. Puasalah pada hari ke 9 dan ke 10 Muharram.” (Sanad hadits ini adalah shohih, namun diriwayatkan hanya sampai sahabat).

Namun, hal ini bukan bererti berpuasa pada hari ke-11 Muharram tidak dianjurkan. Dalam rangka kehati-hatian dalam penentuan awal Muharram, kita dianjurkan pula berpuasa selama tiga hari yaitu 9, 10 dan 11 Muharram.

Dalam riwayat Al Maimuni, Imam Ahmad mengatakan, “Jika ada perselisihan dalam penentuan hilal, saya berpuasa selama tiga hari (9, 10 dan 11 Muharram) dalam rangka hati-hati.”

Mudah-mudahan kita dimudahkan oleh Allah untuk melaksanakan puasa pada 10 Muharram. Dan lebih baik lagi jika kita dapat berpuasa sehari sebelumnya untuk menyelisihi Yahudi. Atau mungkin jika khuatir kerana ada perselisihan dalam penentuan hilal, kita tambahkan dengan berpuasa pada tanggal 11 Muharram.

Mari kita ajak saudara-saudara kita untuk melakukan puasa ‘Asyura.


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

About this blog

HALWA TELINGA