Sunday 1 January 2023

Rumah baru Geng PSRM 2022

Datang rumah baru Alias di Sabak Bernam


Rumah baru Samsul di Kok Lanas

" Geng kito jangan pecoh "
 

Tuesday 24 March 2020

Buat simpanan Covid-19 Malaysia

KEKEJAMAN KERAJAAN PAKATAN HARAPAN DAP, PKR, PPBM & PAN TELAH MENGORBANKAN NYAWA RAKYAT MALAYSIA..

SISIPAN SEJARAHNYA..

3 PELANCONG CHINA PEMBAWA VIRUS COVID19 PERTAMA KE MALAYSIA.. SEBAHAGIAN KES DI MALAYSIA SEMUANYA BERPUNCA DARI PELANCONG CHINA YANG DIBENARKAN MELAWAT MALAYSIA..

Ketika kecoh isu virus COVID-19 atau sebelumnya dikenali sebagai Coronavirus, kerajaan Pakatan Harapan pimpinan Tun Dr Mahathir & DAP ketika itu mengambil sikap mudah dan tidak serius menangani wabak yg telah menular parah di WUHAN, CHINA ketika itu..
*Malah suara dan pandangan rakyat agar kerajaan menyekat kedatangan pelancong China ke Malaysia dipandang enteng oleh kerajaan.. Malah Kerajaan Pakatan Harapan memarahi rakyat agar tidak "MENDISKRIMINASIKAN" pelancong2 drp Negara China yang datang ke Malaysia.. Kemasukan pelancong2 drp Negara China itu dikatakan sbg faktor penyumbang ekonomi kepada Negara Malaysia..

Hasilnya, ratusan ribu pelancong2 dan rakyat drp Negara China yang lari drp wabak Coronavirus di Negara mereka sendiri, memasuki Malaysia..

Malah sebahagian kes Covid-19 yang berlaku di Malaysia, semuanya berpunca drp pelancong2 China yg memasuki Malaysia.. Mereka telah menyebarkan virus ini secara mendadak dan hasilnya ada rakyat Malaysia sendiri yang menjadi korban virus tersebut..

Berikut merupakan antara kronologi Covid-19 yang melibatkan pelancong2 China yang datang ke Malaysia..👇🏻

25 Januari - Menteri Kesihatan (ketika itu) Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, telah mengesahkan kes pertama Covid-19 yg  membabitkan tiga warga China yang masuk ke Malaysia melalui Johor dari Singapura pada 23 Januari direkodkan..

27 Januari - Kerajaan Pakatan Harapan menggantung sementara semua kemudahan imigresen kepada rakyat China dari bandar Wuhan dan wilayah Hubei serta sekitarnya, berkuat kuasa serta-merta. Tetapi warga Negara China dari daerah lain masih dibenarkan melancong ke Malaysia walaupun ketika itu kes di China telah meningkat secara mendadak..

29 Januari - Perdana Menteri (ketika itu), Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, Malaysia dalam persediaan membawa balik rakyat Malaysia dari Wuhan, China.. Ini merupakan antara tindakan kurang bijak  sebenarnya..

4 Februari - Malaysia membawa pulang 107 individu yang terdiri drp rakyat Malaysia dan pasangan serta anak mereka yang terkandas di bandar Wuhan, yang disekat pergerakan keluar dan masuk oleh kerajaan China susulan penularan wabak Covid-19 sejak 23 Januari lalu.. Mereka ini menjalani ‘self-quarantine’ di rumah masing-masing.. Dikatakan ada diantara mereka yang ingkar dengan keluar berjumpa saudara mara dan rakan-rakan serta bergerak aktif..

4 Februari - Seorang lelaki rakyat Malaysia berumur 41 tahun dari Selangor, antara dua kes baharu yang dilaporkan positif Covid-19 dan satu lagi lelaki warga China berumur 63 tahun yang tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 18 Januari direkodkan..

6 Februari - Seorang wanita rakyat Malaysia menjadi kes pertama jangkitan tempatan dan wanita warga China dari Wuhan menjadi dua individu terbaru disahkan positif virus itu, menjadikan jumlah positif Covid-19 di Malaysia ialah 14 kes membabitkan 10 warga China dan empat rakyat Malaysia..

7 Februari - Satu lagi kes positif Covid-19 dikenal pasti, menjadikan jumlah kes positif meningkat kepada 15 kes, dengan kes terbaharu membabitkan pelancong wanita berumur 59 tahun dari Wuhan, China yang masuk ke Malaysia pada 21 Januari..

8 Februari - Seorang wanita warga China dari Wuhan menjadi individu terbaharu positif kluster Covid-19, menjadikan angka keseluruhan jangkitan dalam negara berjumlah 16 kes..

14 Februari - Tiga lagi individu diuji positif Covid-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes, 22 org.. Tiga kes terbaharu membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita warga China serta seorang wanita warga Amerika Syarikat berumur 83 tahun, yang merupakan antara penumpang kapal persiaran yang singgah di Kemboja pada 13 Feb lalu, positif Covid-19..

24 Februari - Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan nya.. Hampir seminggu Malaysia tidak mempunyai Kerajaan.. Dan, PPBM serta 10 org MP PKR telah keluar drp Kerajaan Pakatan Harapan..

1 Mac - Tan Sri Muhyiddin Yassin dilantik sbg Perdana Menteri ke-8.. Tan Sri Muhyiddin Yassin mengambil masa seminggu utk membentuk barisan kabinet baharu nya n beliau berjaya membentuknya selepas itu..

 KERAJAAN BAHARU TERBENTUK, YG DINAMAKAN SBG KERAJAAN PERIKATAN NASIONAL "

11 Mac - Semua pintu sempadan Negara Malaysia ditutup kpd semua pelancong2 drp semua Negara..

16 Mac - Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan selama 14 hari bermula 18 Mac hingga 31 Mac..

Ternyata kebodohan dan kekejaman Kerajaan Pakatan Harapan telah mengakibatkan malapetaka kepada seluruh rakyat Negara Malaysia.. Dahulunya kemasukan pelancong2 drp Negara China dikatakan demi merancakkan ekonomi Negara Malaysia, namun tanpa mereka sedar, kini ekonomi negara lumpuh akibat penularan wabak Covid-19 ini di dlm negara kita..
Dan paling menyedihkan, akibat tindakan bodoh pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan dahulu, nyawa rakyat negara kita telah terkorban..
Adakah semua bekas pimpinan Kerajaan Pakatan Harapan yang pernah menerajui kerajaan sebelum ini kesal dan sedih dengan tindakan bodoh mereka selama ini dan telah mengakibatkan bencana ini menjadi semakin serius dan membimbangkan ? Atau mereka langsung tidak merasa bersalah ?

"TEPUK DADA, TANYA IMAN"

Friday 12 April 2019

Jalan Kuching Jumpa Geng PSRM


Dua keluarga warga PSRM...

Monday 11 December 2017

Thursday 7 August 2014

TARIKH PERKAHWINAN SAHABAT RUMAH MURAH

1. Mohamad Helmi Bin Mohamad Zin: 
  25 Disember 2011




2. Mohd Alias Bin Yusop:
11 Disember 2012



3. Mohd Nasharuddin Bin Morsid:
21 Disember 2012



4. Samsul Haniff Bin Mohamad:
27 Jun 2013



5. Ahmad Majdi Bin Sanusi:
22 November 2013




6. Zakiri Bin Ab Hamid:
30 November 2013


7. Mohd Firdaus Bin Aliman:
31 Mei 2014









TEMU MATO 6 SYAWAL


2 OGOS 2014 bersamaan 6 Syawal...Temu Mata di pantai kemayang, Tawang, Bachok, Kelantan.

Sunday 29 December 2013

Selamat Pengantin Baru....

Dua Orang lagi warga PSRM menamatkan zaman bujang.....
Diharapkan semoga ikatan yang terjalin ini mendapat keberkatan dariNYA....


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Saturday 28 September 2013

Konvokesyen Institut Pendidikan Guru, November 2013

 konvo
Majlis Konvokesyen Institut Pendidikan Guru untuk bulan November 2013 melibatkan graduan bagi Program Bachelor of Education - Teaching English As A Second Language (B. ED TESL), Program Bachelor of Arts In  Science Of Language and lnformation Speacialising In Teaching French As A Foreign Language, Program Diploma Perguruan Lepas ljazah (PDPLI/KPLI) dan Program Diploma Perguruan Malaysia (DPM) lnstitut Pendidikan Guru Kementerian Pendidikan Malaysia
Majlis konvokesyen akan diadakan pada 18 hingga 22 November 2013, bertempat di Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS). Pendaftaran dan Raptai adalah pada 16 dan 17 November (Sabtu dan Ahad). Majlis konvokesyen akan diadakan sebanyak sembilan sidang.
Bakal graduan boleh melayari Portal Konvokesyen IPG untuk pengesahan kehadiran dan urusan konvokesyen pada atau selepas 1 Oktober 2013.
MAKLUMAT SIDANG:
SIDANGPROGRAM
Sidang 1
18 Nov. 2013 (Isnin)
8.30 pagi
  • BACHELOR OF EDUCATION AMBILAN 2007 (TESL & BAHASA PERANCIS)
  • DPLI AMBILAN KHAS DISEMBER 2011 (BAHASA INGGERIS)
Sidang 2
18 Nov. 2013 (Isnin)
2.15 petang
  • DPLI AMBILAN KHAS DISEMBER 2011 (BAHASA MELAYU, SEJARAH &  BAHASA CINA)
Sidang 3
19 Nov. 2013 (Selasa)
8.30 pagi
  • DPLI AMBILAN KHAS DISEMBER 2011 ( PEND. SENI VISUAL, PEND. PRASEKOLAH, PEND, JASMANI, PEND. KHAS, PEMULIHAN & REKA BENTUK TENKOLOGI)
Sidang 4
19 Nov.  2013 (Selasa)
2.15 petang
  • DPLI AMBILAN KHAS DISEMBER 2011 (BIMBINGAN, MATEMATIK, MUZIK & PEND. ISLAM)
  • KPLI PROGRAM PELAJAR CEMERLANG (BAHASA CINA, KIMIA, BIOLOGI, FIZIK, MATEMATIK & PENDIDIKAN KHAS)
  • KPLI RUMAH PANJANG (PEND. AWAL KANAK-KANAK)
  • DPLI j-QAF AMBILAN 2012 (BAHASA ARAB)
Sidang 5
20 Nov. 2013 (Rabu)
8.30 pagi
  • KPLI j-QAF AMBILAN 2012 (BAHASA ARAB, PEND. ISLAM PENDIDIKAN KHAS & PENDIDIKAN ISLAM)
Sidang 6
20 Nov. 2013 (Rabu)
2.15 petang
  • DPLI j-QAF AMBILAN 2012 (PENDIDIKAN ISLAM)
Sidang 7
21 Nov. 2013 (Khamis)
8.30 pagi
  • DPLI j-QAF AMBILAN 2012 (PENDIDIKAN ISLAM)
Sidang 8
21 Nov. 2013 (Khamis)
2.15 petang
  • DPLI j-QAF AMBILAN 2012 (PENDIDIKAN ISLAM)
  • KDPM KDC AMBILAN 2009 (PENGAJIAN CINA & PENGAJIAN TAMIL)
  • KDPM SABK-SM (PENDIDIKAN ISLAM & BAHASA MELAYU)
Sidang 9
22 Nov. 2013 (Jumaat)
8.30 pagi
  • KPLI KDC YIT AMBILAN 2012 (PENDIDIKAN PRASEKOLAH)
  • KPLD KDC YIT AMBILAN 2012 (PENDIDIKAN AWAL KANAK-KANAK)
  • KDPM KDC AGENSI SWASTA AMBILAN 2009 (PEND. ISLAM – JAWI, PEND. ISLAM– JHEAINS, PRASEKOLAH– JPNIN & PRASEKOLAH – KEMAS)
PETA KE MAEPS
ke maeps
link: IPGM

Wednesday 11 September 2013

POSTING WARGA PSRM

Alhamdulillah minggu lepas telah keluar keputusan postin bagi semua sahabat- sahabat. Penempatan kali ini banyak yang berubah..kebanyakkan yang berpraktikum di semenanjung telah dihantar ke Sabah dan Sarawak.

1. Majdi        : Sabah (Kekal)
2. Ibrahim     : Sabah (Dulu Negeri Sembilan)
3. Maizan      : Sabah (Dulu Kelantan)
4. Yusuf        : Sabah (Dulu Johor)
5. Alias          : Sarawak (Kekal)
6. Samsul       : Sarawak (Kekal)
7. Zakiri         : Sarawak (Kekal)
8. Firdaus      : Sarawak (Kekal)
9. Nasa         : Sarawak (Dulu Perak)
10. Helmi      : Perak (Dulu Kelantan)

Hanya seorang sahaja yang masih kekal di semenanjung. Selamat berjuang wahai sahabat- sahabat untuk menyebar luaskan ilmu Allah.


Monday 22 July 2013

Majlis Akad Samsul Haniff sebelum Ramadhan

 Gambar Sepanjang majlis...
Semoga berkekalan dan berterusan jodoh sehingga ke Syurga...






"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday 3 December 2012

MURSI PEMIMPIN DIKTATOR MESIR YANG PALING DIDAMBAKAN




DIKTATORISME BARU

Wahai DR Muhammad Mursi ....

Kamu diktator pertama yang melarang memenjarakan jurnalis
Meskipun ia menghinamu dengan hinaan yang menjijikkan
Lalu ia menyebarkan penghinaan itu

Kamu diktator pertama yang membiarkan
Anakmu pergi ke Negara arab lain
Seperti anak-anak mesir lainnya
Sebab alasan mencari rezeki

Kamu diktator pertama yang membiarkan
Saudari kandungmu meninggal dunia
Karena menderita sakit parah di rumah sakit umum
Tanpa memberikan layanan pengobatan khusus

Kamu diktator pertama yang dijelek-jelekkan
Dicaci maki dan dihina-hina oleh Koran dan televisi
Yang dibiayai oleh para kroni Husni Mubarak
Tapi kamu tidak melarang dan mencegahnya

Kamu diktator pertama yang tinggal di rumah kontrakan
Dikawasan yang sederhana jauh dari pusat kota
Dan menolak tinggal di istana Negara

Kamu diktator pertama yang bersedia
Bertemu mendengar dan berdialog
Dengan para penentangmu

Kamu diktator pertama yang melarang istrimu
Tampil di televisi, Koran dan majalah
Bahkan dalam berita sederhana
Di sebuah siaran berita sekalipun

Kamu diktator pertama yang melaporkan
Jumlah harta kekayaanmu
Sebelum menerima jabatan sebagai presiden

Kamu diktator pertama yang menarik kembali
Keputusanmu memindahkankan profesi jaksa agung
Tanpa harus merasa rendah diri dan malu

Kamu diktator pertama yang mengusahakan
Undang-undang yang mengurangi wewenangmu
Dan dibagi kepada Perdana Menteri
Dan pimpinan parlemen

Wahai presiden yang mulia
Engkau telah membuat diktatorisme baru
Selamat datang wahai presiden
Kami berharap engkau tidak pelit
Memberikan kami kediktatoranmu

(Copas dari Saudara Seiman di Mesir)
 

Di ambil dari FB sahabat seislam: Saudara Amika


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Friday 23 November 2012

Puasa 10 Muharram


Puasa pada bulan Muharam sangat besar fadhilatnya.Banyak hadith shahih yang menyatakannya.Abu Hurairah radiallahu`anhu meriwayatkan ,bahawa Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda:

أفضل الصيام بعد رمضان شهر الله المحرّم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة اللّيل

Puasa yang paling utama selepas Ramadhan ialah bulan Allah yang diharamkan(Muharam)dan solat yang paling utama selepas solat fardhu ialah solat malam.

[ HR Muslim no:202]

Puasa Hari `Asyura.

 Puasa dalam bulan Muharam yang lebih utama lagi ialah puasa pada 10 Muharam,atau lebih dikenali hari `Asyura(bermaksud kesepuluh)banyak hadith shahih yang menerangkan kepada kita tentang kelebihannya.antaranya:Diriwayatkan dari Ibnu Abbas radiallahu`anhuma katanya:

ما رأيت النبي صلى الله عليه وسلم يتحرّى صيام يوم فضّله على غيره الا هذا اليوم عاشوراء, وهذا الشهر يعني شهر رمضان

Aku tidak melihat Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam mengutamakan hari puasa yang dilebihkan atas hari lain kecuali hari ini,iaitu hari `Asyura dan bulan ini,yakni bulan Ramadhan.

[HR Bukhari no:2006]

Ibnu Abbas meriwayatkan lagi katanya:

أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم صام يوم عاشوراء أو أمربصيامه

Bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berpuasa `Asyura atau beliau menyuruh orang supaya berpuasa `Asyura

[ Muttafaq`alaihi]

Abu Qatadah meriwayatkan,katanya:

أنّ رسول الله صلى الله عليه وسلم سئل عن صيام يوم عاشوراء فقال يكفّر السنه الماضيه

Bahawasanya Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam ditanya mengenai puasa `Asyura,beliau menjawab:Ia menghapuskan(dosa) setahun yang lalu.

[ HR Muslim no:197]

Namun begitu hukum berpuasa pada hari `Asyura tidaklah diwajibkan dan merupakan sunnah yang dituntut, hal ini sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Mu`awiyah b.Abu Sufian radiallahu`anhu ,beliau berkata:

سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول هذا يوم عاشوراء ولم يكتب عليكم صيامه وأنا صائم فمن شاء صام ومن شاء فليفطر

Aku mendengar Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Sesungguhnya hari ini adalah hari `Asyura,tetapi tidaklah diwajibkan kamu berpuasa,aku berpuasa,maka barangsiapa yang mahu,berpuasalah dan barangsiapa yang hendak berbuka,berbukalah.

[ HR Bukhari no: 2003]

Aisyah radiallahu`anha berkata:

كان يوم عاشوراء يوما تصومه قريش في الجاهيليّه وكان رسول الله صلى الله عليه وسلم يصومه فلمّا قدم المدينه صامه وأمر الناس بصيامه فلمّا فرض رمضان قال من شاء صامه ومن شاء تركه

Hari `Asyura adalah satu hari di mana orang Quraisy berpuasa pada zaman jahiliyah dan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berpuasa padanya.Manakala beliau datang ke Madinah beliau berpuasa padanya dan menyuruh orang ramai berpuasa.Maka setelah puasa Ramadhan diwajibkan beliau berkata: Barangsiapa yang mahu berpuasa,berpuasalah,dan barangsiapa yang hendak meninggalkannya,tinggalkanlah.

[ HR Muslim no:113,1125 ]

Dari Abu Musa radiallahu`anhu,katanya:

كان يوم عاشوراء تعظمه اليهود وتتخذه عيدا,فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم صوموه أنتم

Hari `Asyura adalah hari yang diagungkan oleh orang-orang Yahudi dan dijadikannya Hari Raya,maka Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Hendaklah kamu berpuasa padanya.

[ HR Muslim no:129,1131 ]

Ibnu `Abbas radiallahu`anhuma meriwayatkan lagi katanya:

قدم النبي صلى الله عليه وسلم المدينه فرأى اليهود تصوم عاشوراء فقال ما هذا؟ قالوا يوم صالح نجّى الله فيه موسى وبني اسرائل من عدوّهم فصامه موسى فقال:أنا أحقّ بموسى منكم فصامه وأمر بصيامه

Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam datang ke Madinah,maka beliau melihat orang-orang Yahudi berpuasa pada hari `Asyura.Beliau bersabda: Apakah ini? Mereka menjawab:Hari yang baik,di mana Allah telah menyelamatkan padanya Nabi Musa dan kaumnya Bani Israil dari musuh mereka,maka Musa pun berpuasa.Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Akulah yang lebih berhak dengan Musa daripada kamu,maka beliaupun berpuasa `Asyura dan menyuruh orang ramai supaya berpuasa.

[ HR Bukhari no:2004, Muslim no:127]

Hadith-hadith di atas menjelaskan kepada kita tentang peristiwa dan fadhilat yang berlaku pada hari `Asyura.

Puasa Hari Tasu`a

 Puasa hari Tasu`a iaitulah puasa hari kesembilan dalam bulan Muharam,ia adalah sunnah yang disebut dalam hadith Nabi sallallahu`alaihiwasallam antaranya:

لمّا صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا يا رسول الله انّه يوم تعظّمه اليهود والنّصارى فقال: فاءذا كان عام المقبل صمنا اليوم التّاسع.قال فلم يأت العام المقبل حتّى توفّي رسول الله صلى الله عليه وسلم

Manakala Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berpuasa pada hari `Asyura dan menyuruh orang supaya berpuasa,maka mereka berkata: Ya Rasulullah! Hari `Asyura ialah hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi dan orang-orang Nasrani.Beliau bersabda: Bila tahun hadapan Insya Allah kita berpuasa pada hari yang kesembilan.Belum pun tiba tahun hadapan Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam telah wafat.

[ HR Bukhari no:133,1134 ]

Dalam riwayat lain hadith ini disebutkan dengan lafaz:

حين صام رسول الله صلى الله عليه وسلم يوم عاشوراء وأمر بصيامه قالوا: يا رسول الله انّه يوم يعظّمه اليهود والنصارى, فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم: لئن بقيت الى قابل لأصومن التاسع

Dikala Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam berpuasa pada hari `Asyura dan menyuruh supaya orang ramai berpuasa `Asyura mereka berkata: Ya Rasulullah! Hari `Asyura ini ialah satu hari yang diagung-agungkan oleh orang-orang Yahudi,maka Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam bersabda: Jika aku masih hidup sampai tahun hadapan tentulah aku berpuasa pada hari yang kesembilan.

[ HR Muslim no:134,1134 ]

Berdasarkan hadith ini,sebahagian ulama menyatakan disunatkan berpuasa pada hari kesembilan(Tasu`a) Muharam kerana itulah yang hendak dikerjakan oleh Rasulullah sallallahu`alahiwasallam.Sesuatu yang hendak dikerjakan oleh Rasulullah sa.w adalah menjadi syariat walaupun belum dikerjakannya.Maksud Rasulullah sallallahu`alaihiwasallam untuk berpuasa pada hari kesembilan Muharam juga adalah untuk memastikan supaya tidak ketinggalan puasa `Asyura.Sepertimana hadith yang berikut:

ان عشت ان شاء الله الى قابل صمت التاسع مخافة أن يفوتني يوم عاشوراء

Jika aku masih hidup(insya Allah)sampai tahun depan nescaya aku akan berpuasa pada hari Tasu`a kerana takut aku terluput dari `Asyura.

[ HR At-Thabarani dalam Mu`jam al-Kabir, dishahihkan oleh Al-Imam Al-Albani dalam Silsilah As-Shahihah no:350]

Puasa Tasu`a juga sebagai pembeza antara puasa orang Islam dan puasa orang Yahudi yang mengagungkan hari tersebut dan ini juga supaya tidak menyerupai dengan amalan orang Yahudi seperti yang disebutkan dalam hadith-hadith di atas.

Adapun pendapat yang mengatakan disunatkan puasa pada tiga hari berturut-turut iaiti 9,10 dan 11 Muharam berdasarkan hadith Ibnu Abbas:

صوموا يوم عاشوراء وخالفوا فيه اليهود, صوموا قبله يوما وبعده يوما

Hendaklah kamu berpuasa pada hari A`syura dan hendaklah kamu menyalahi orang-orang Yahudi padanya,berpuasalah sehari sebelumnya dan sehari sesudahnya.Hadith ini diriwayatkan oleh Ahmad dan al-Baihaqi.Akan tetapi hadith ini tidak boleh dibuat hujjah kerana ia adalah Dhai`f lagi munkar seperti yang dikatakan oleh Al-Imam As-Syaukani dalam Nailul Authar dan kata Al-Imam Albani ianya adalah hadith Dhai`f.

[ Nailul Authar:4/289 dan Dha`if Jami`us Shaghir: 3506/512]

Kesimpulannya:

1.Disunnahkan berpuasa pada hari `Asyura berdasarkan hadith-hadith yang telah disebut.
2.Disunnahkan juga berpuasa pada hari kesembilan(Tasu`a)Muharam berdasarkan hadith yang telah disebut dan sebagai mengelakkan tasyabbuh(menyerupai)amalan Yahudi.
3.Sesiapa yang berpuasa pada hari `Asyura akan dihapuskan dosanya(kecil) pada tahun lalu.
4.Tidak disyari`atkan berpuasa secara berturut-turut  pada 9,10 dan 11 Muharam kerana ianya tidak thabit dari Nabi s.a.w.
5. Sesiapa yang tertinggal berpuasa pada hari Tasu`a( 9 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa 10 dan 11 Muharam untuk mengelakkan daripada Tasyabbuh(menyerupai) kaum Yahudi.
[ Rujuk Majmu` Fatawa Bin Baz, Ibn Uthaimin ]

Marilah kita menghidupkan sunnah Rasulullah s.a.w dan moga Allah mengurniakan kepada kita ganjaran di atas amalan kita yang shahih lagi ikhlas keran Allah s.w.t



Wallahu`alam,


About this blog

HALWA TELINGA