Tuesday 11 January 2011

Program Imam Muda Qaryah (IMQ)

 PROGRAM IMAM MUDA QARYAH ( IMQ )


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1.            Terbuka kepada warga kariah masjid-masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya yang berumur 18 hingga 40 tahun sahaja.
2.            Tidak terlibat dalam kes-kes penyalahgunaan dadah.
3.            Tidak disabitkan dengan mana-mana kes jenayah di Mahkamah Syariah atau Mahkamah Sivil.
4.            Peserta yang bermastautin di Putrajaya boleh mendapat pengesahan dari Penolong Pengarah Bahagian Pengurusan Kariah., Cawangan Putrajaya. Pengesahan palsu mengakibatkan penyertaaan peserta akan ditolak secara automatik.

HADIAH-HADIAH YANG DITAWARKAN

1.      Tempat pertama : wang tunai bernilai RM 20,000, umrah, sijil penyertaan beserta hadiah iringan.
2.      Tempat kedua  : wang tunai bernilai RM 15,000, sijil penyertaan beserta hadiah iringan.
3.      Tempat ketiga : wang tunai bernilai RM 10,000, sijil penyertaan beserta hadiah iringan.
4.         Hadiah saguhati : wang tunai bernilai bernilai rm 1,000.00, sijil penyertaan   
        beserta hadiah iringan
5.         Setiap peserta :  mendapat sijil penyertaan          

Kepada yang berminat bolehlah mendapatkan borang di Surau-surau Jumaat  dan di JAWI Caw Putrajaya. Tarikh tutup penyertaan pada 20 Januari 2011. Sebarang pertanyaan boleh berhubung dengan urusetia kami di talian 03 - 88842600 / 2602 / 2622 / 2633.

Monday 3 January 2011

Perkembangan Terbaru Ahli PSRM


Alhamdulillah bermula 3Jan 2011-30 April 2011 semua warga PSRM berada dalam tempoh praktikal.. Mungkin di sini ana sekadar memaklumkan buat semua pembaca budiman keberadaan kami semua sekarang..

Bermula dari Helmi, Samsul, Firdaus dan Zakiri. Mereka setakat ini masih lagi menetap di Negeri Sembilan, iaitu kat Seremban sebagai tenaga pengajar di KAFA Ummu Aiman di samping kerja berkaitan pengurusan di sana.

 Manakala yang lain masing-masing berpraktikum berasingan tempat. Maizan pula berkhidmat di JAHEIK (Jabatan Agama Hal Ehwal Islam Kelantan) kat Kota Bharu, Ibrahim dekat Pejabat Kadi Machang, Kelantan, Yusuf balik ke Johor berpraktikum di Majlis Agama Islam Johor, Nasharuddin di Institut Latihan Islam Malaysia(ILIM) Bangi, Alias kembali berpraktikum di Sabak Bernam dan akhir sekali pokcikmz di Putrajaya..

 Ini sahajalah yang dapat ana maklumkan buat semua. Walau jasad kita sekarang berjauhan, namun biarlah memori bersama dan doa mendekatkan kita semua..

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

About this blog

HALWA TELINGA