Friday 18 June 2010

IMBAS KEMBALI: Futsal 6 Sebelah




Liga Futsal 6 sebelah edisi pertama anjuran unit sukan PSRM telah diadakan pada 18 Mac 2009 bertempat di gelanggang futsal Kompleks Sukan USIM. Antara pasukan yang mengambil bahagian dalam kejohanan ini ialah RUMAH MURAH FC, GOMO FC, NGOBOK FC dan MOVE BACK SIR. Semua perlawanan ini diadakan pada sebelah malam.  Jadual dan keputusan perlawanan adalah seperti berikut:

MASA

PASUKAN

KEPUTUSAN
PASUKAN

9.15- 9.30PM
MOVE BACK SIR
2
VS
2
RUMAH MURAH FC

9.30- 9.45PM
GOMO FC

2
VS
1
NGOBOK FC
9.45-10.00PM
NGOBOK FC

0
VS
1
MOVE BACK SIR
10.00- 10.15
RUMAH MURAH FC

0
VS
1
GOMO FC
10.15- 10.30
RUMAH MURAH FC

0
VS
2
NGOBOK FC
10.30- 10.45
MOVE BACK SIR

1
VS
1
GOMO FC

ULASAN PERLAWANAN

PERLAWANAN PERTAMA: 

MOVE BACK SIR VS RUMAH MURAH FC
Perlawanan pembukaan menemukan musuh tradisi antara Move Back Sir dan Rumah Murah FC. Kedua-dua pasukan melancarkan serangan sebaik sahaja wisel permulaan dibunyikan dan hasilnya Move Back Sir berjaya mendahului sebelum disamakan oleh Mohd Alias untuk mengikat kedudukan 1-1. Selepas itu Alias sekali lagi mencuri tumpuan apabila meledak gol cantik dari jarak jauh menewaskan penjaga gol Move Back Sir, Mohd Haikal untuk meletakkan Rumah Murah FC mendahului dengan jaringan 2-1. Ibin kemudian Berjaya menyamakan kedudukan 2-2 untuk sekurang-kurangnya berkongsi mata apabila berjaya menyudahkan  lorongan cantik daripada rakannya. Kedua-dua pasukan seri 2-2.




GOMO FC VS NGOBOK FC
Perlawanan ini menyaksikan Mohd Adli dari Ngobok FC tetap bermain walaupun mengalami kecederaan di bahagian kakinya. Walaubagaimanapun beliau berjaya meletakkan pasukannya di hadapan setelah berjaya memperdayakan pertahanan dan penjaga gol lawan Umair Derus. Selepas ketinggalan Gomo FC mengatur gerakan lebih kemas dan selepas itu mereka berjaya menyamakan kedudukan melalui penyerang mereka Mohd Maizan. Selang beberapa minit selepas itu giliran Samsul Haniff menambah derita skuad Ngobok FC apabila beliau meledak gol yang kedua hasil hantaran cantik Mohd Maizan yang tidak terjangkau oleh pertahanan lawan. Ngobok FC memepunyai banyak peluang untuk menjaringkan gol namun percubaan mereka dinafikan oleh penjaga gol Gomo FC. Gomo FC mengutip 3 mata penuh selepas menang 2-1 mengatasi Ngobok FC.

Setelah berakhir perlawanan pertama, inilah kedudukan setiap pasukan dalam liga:-

BIL
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
MT
1
GOMO FC
1
1
0
0
2
1
3
2
RUMAH MURAH FC
1
0
1
0
2
2
1
3
MOVE BACK SIR
1
0
1
0
2
2
1
4
NGOBOK FC
1
0
0
1
1
2
0





 PERLAWANAN KEDUA: 

NGOBOK FC VS MOVE BACK SIR
Nasib pasukan Ngobok FC terus dirundung malang apabila tewas 0-1 kepada Move Back Sir. Pasukan Move Back Sir melancarkan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol Ngobok FC untuk mendapatkan 3 mata penuh dan impian mereka menjadi kenyataan apabila berhasil menundukkan Ngobok FC dengan jaringan 1-0.


RUMAH MURAH FC VS GOMO FC
Perlawanan yang boleh dianggap sebagai petembungan adik-beradik ini sangat menarik seperti yang dijangkakan menyaksikan kedua-dua pasukan buntu untuk mencari gol dan hanya kesilapan kecil yang dilakukan oleh pertahanan Rumah Murah FC membuka ruang untuk mohd Maizan memberikan gol kemenagan untuk pasukan Gomo FC. Pada perlawanan ini, pertahanan Gomo FC, Muhammad Yusuf  dan penjaga gol Mohd Nasharuddin bertindak cemerlang daripada perlawanan pertama dengan  menyelamatkan pintu gol mereka dari dibolosi serangan lawan yang diketuai Ahmad Majdi dan Zakiri. Kemenangan mutlak milik Gomo FC sekaligus menempah tiket ke perlawanan akhir.

Gomo FC terus menghuni tangga teratas carta liga setelah mengharungi dua perlawanan:-

BIL
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
MT
1
GOMO FC
2
2
0
0
3
1
6
2
MOVE BACK SIR
2
1
1
0
3
2
4
3
RUMAH MURAH FC
2
0
1
1
2
3
1
4
NGOBOK FC
2
0
0
2
1
3
0

*Pasukan yang berhuruf tebal dan gelap layak ke perlawanan akhir.

PERLAWANAN KETIGA: 

RUMAH MURAH FC VS NGOBOK FC
Perlawanan dua pasukan tercorot menyaksikan kedua-dua pasukan bagaikan harimau yang telah dilukai. Rumah Murah FC memerlukan kemenangan untuk layak ke peringkat akhir. Manakala Ngobok FC walaupun menyedari ruang untuk ke perlawanan akhir telah tertutup mereka tetap berjuang demi menyelamatkan maruah mereka sekurang-kurangnya mendapat kemenangan pertama untuk dihadiahkan kepada peminat setia mereka. Ternyata permainan Ngobok FC tampak kemas setelah kehadiran ayam tambatan mereka Abdullah Yajid dan hasilnya mereka didepan hasil jaringan Mohd Adli. Pergerakan pasukan Rumah Murah FC ternyata kucar kacir apabila barisan hadapan mereka yang diketuai oleh Zakiri tidak menemui sentuhan pemusnah pada malam itu. Begitu juga pertahanan mereka yang longgar menyebabkan Abdullah meletakkan pasukannya selesa dengan kelebihan 2 gol. Keputusan penuh Rumah Murah FC 0 Ngobok FC 2.

MOVE BACK SIR VS GOMO FC
Pertarungan sengit dua pasukan teratas liga tidak begitu menarik disebabkan kedua-dua pasukan telah pun layak ke perlawanan akhir apabila Rumah Murah FC tewas 0-2 kepada pasukan tercorot Ngobok FC. Walaubagaimanapun kedua-dua pasukan ini terikat dengan jaringan 1-1 untuk sekadar berkongsi mata.


BIL
PASUKAN
P
M
S
K
J
B
MT
1
GOMO FC
3
2
1
0
4
2
7
2
MOVE BACK SIR
3
1
2
0
4
3
5
3
NGOBOK FC
3
1
0
2
3
3
3
4
RUMAH MURAH FC
3
0
1
2
2
5
1

*Pasukan yang berhuruf tebal dan gelap layak ke perlawanan akhir.




PERLAWANAN AKHIR LIGA FUTSAL 6 SEBELAH EDISI PERTAMA 2009


                

GOMO FC
1
LAWAN
0(PK)1
1
MOVE BACK SIR
Mohd Maizan
Ibin

MOVE BACK SIR menang menerusi penentuan sepakan penalti 1-0.

SENARAI PENJARING

BIL
NAMA
TEAM
JUMLAH JARINGAN
1.
MOHD MAIZAN
GOMO FC
3 GOL
2.
IBIN
MOVE BACK SIR
3 GOL
3.
MOHD ALIAS
RUMAH MURAH FC
2 GOL
4.
ADLI BADRI
NGOBOK FC
2 GOL
5.
-
MOVE BACK SIR
2 GOL
6.
SAMSUL HANIFF
GOMO FC
1 GOL
7.
ABDULLAH YAJID
NGOBOK FC
1 GOL
9.
MOHD HELMI
DIPINJAM OLEH GOMO FC
1 GOL
JUMLAH KESELURUHAN GOL
15 GOL


*العقل السليم في الجسم السليم*

No comments:

Post a Comment


About this blog

HALWA TELINGA