SEREMBAN 27 Feb 2010- JKK Nilai D berjaya menempah tiket ke pusingan kedua dalam saingan Futsal Tertutup Parlimen Seremban bagi merebut Piala Menteri Besar. JKK Nilai D berjaya mencatat kemenangan tipis 3-2 setelah menewaskan Gala A.Format perlawanan diadakan secara play off (kalah mati).
Namun begitu, JKK Nilai D tampak gugup apabila terbukti mereka ketinggalan pada minit pertama permainan apabila pemain Gala FC menembusi benteng mereka dan rembatan deras pemain Gala A terus menerjah jaring JKK Nilai D. Tetapi selepas itu mereka berjaya mengatur gerak dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Mohd Helmi yang menerima hantaran dari Mohd Adli berjaya mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Gala A. Selepas itu Gala A melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya mereka sekali lagi di depan 2-1 apabila pemain pertahanan Gala A melakukan sepakan jauh serta padu di kawasan mereka sendiri sehingga bola tidak dapat dibaca oleh penjaga gol JKK Nilai D, Faizal. Mohd Helmi mendapat sekurang-kurangnya 2 peluang namun sepakannya dinafikan oleh palang gol walaupun penjaga gol sudah pun tewas dan tidak mampu berbuat sesuatu untuk menyeamatkan pintu gol daripada dibolosi. Separuh masa pertama JKK Nilai D 1-2 Gala A.
Separuh masa kedua bersambung, JKK Nilai D melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan M.Adli dan memasukkan Mohd Alias yang berhasil menyamakan kedudukan selepas menguis masuk bola muntah selepas penjaga gol Gala A gagal menangkap kemas bola dari sepakan Mohd Maizan. Walau bagaimanan pun kedudukan itu sekali lagi berubah apabila Mohd Maizan menjadi duri dalam daging selepas bijak memperdayakan pertahanan dan menendang bola leret menerjah jaring lawan yang tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol lawan.
Gala A melakukan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol JKK Nilai D, namun kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat permainan.
Pemain-pemain JKK Nilai D sedang melakukan latihan pemanas badan.
Kejayaan itu merupakan suatu yang tidak dijangka kerana kami turun sebagai pasukan underdog selain daripada faktor fizikal yang tidak menyebelahi kami kata pengurus pasukan JKK Nilai D, Mohd Alias. Pemain Gala A semuanya tinggi - tinggi jika dibandingkan kami seolah-olah budak sekolah yang baru belajar main futsal.
Walaubagaimanapun alhamdulillah kami bersyukur dengan kemenangan ini dan di pusingan kedua nanti kami akan bermain bermati matian untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik dalam kejohanan ini. Terima kasih kepada pemain kerana memberi komitmen dan semangat yang jitu petang tadi (semalam).
Kejohanan ini disertai sebanyak 126 pasukan dari seluruh Parlimen Seremban. Dengan kemenangan itu meletakkan pasukan JKK Nilai D antara 63 pasukan terbaik daripada 126 pasukan yang bertanding. Sementara itu JKK Nilai A dan JKK Nilai C juga berjaya menempah aksi di pusingan kedua setelah menewaskan lawan masing-masing. JKK Nilai B pula terpaksa melupakan hasrat merebut Piala Menteri Besar setelah gagal dalam pusingan pertama.
Aksi perlawanan pusingan kedua akan dilangsungkan esok (hari ini).
KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA
JKK NILAI D 2 FORTUNE GDB 2
Fortone GDB menang penalti 3-2.
No comments:
Post a Comment