Sunday, 28 February 2010

JKK NILAI D KE PUSINGAN KEDUA PIALA MENTERI BESAR

 
SEREMBAN 27 Feb 2010- JKK Nilai D berjaya menempah tiket ke pusingan kedua dalam saingan Futsal Tertutup Parlimen Seremban bagi merebut Piala Menteri Besar. JKK Nilai D berjaya mencatat kemenangan tipis 3-2 setelah menewaskan Gala A.Format perlawanan diadakan secara play off (kalah mati).

Namun begitu, JKK Nilai D tampak gugup apabila terbukti mereka ketinggalan pada minit pertama permainan apabila pemain Gala FC menembusi benteng mereka dan rembatan deras pemain Gala A terus menerjah jaring JKK Nilai D. Tetapi selepas itu mereka berjaya mengatur gerak dan berjaya menyamakan kedudukan melalui Mohd Helmi yang menerima hantaran dari Mohd Adli berjaya mengelirukan pertahanan dan penjaga gol Gala A. Selepas itu Gala  A melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya mereka sekali lagi di depan 2-1 apabila pemain pertahanan Gala A melakukan sepakan jauh serta padu di kawasan mereka sendiri sehingga bola tidak dapat dibaca oleh penjaga gol JKK Nilai D, Faizal. Mohd Helmi mendapat sekurang-kurangnya 2 peluang namun sepakannya dinafikan oleh palang gol walaupun penjaga gol sudah pun tewas dan tidak mampu berbuat sesuatu untuk menyeamatkan pintu gol daripada dibolosi. Separuh masa pertama JKK Nilai D 1-2 Gala A.

Separuh masa kedua bersambung, JKK Nilai D melakukan pertukaran pertama dengan mengeluarkan M.Adli dan memasukkan Mohd Alias yang berhasil menyamakan kedudukan selepas menguis masuk bola muntah selepas penjaga gol Gala A gagal menangkap kemas bola dari sepakan Mohd Maizan. Walau bagaimanan pun kedudukan itu sekali lagi berubah apabila Mohd Maizan menjadi duri dalam daging selepas bijak memperdayakan pertahanan dan menendang bola leret menerjah jaring lawan yang tidak mampu diselamatkan oleh penjaga gol lawan.

Gala A melakukan serangan bertubi-tubi ke arah pintu gol JKK Nilai D, namun kedudukan 3-2 kekal sehingga tamat permainan.
  
Pemain-pemain JKK Nilai D sedang melakukan latihan pemanas badan.

Kejayaan itu merupakan suatu yang tidak dijangka kerana kami turun sebagai pasukan underdog selain daripada faktor fizikal yang tidak menyebelahi kami kata pengurus pasukan JKK Nilai D, Mohd Alias. Pemain Gala A semuanya tinggi - tinggi jika dibandingkan kami seolah-olah budak sekolah yang baru belajar main futsal.

Walaubagaimanapun alhamdulillah kami bersyukur dengan kemenangan ini dan di pusingan kedua nanti kami akan bermain bermati matian untuk mendapatkan kedudukan yang terbaik dalam kejohanan ini. Terima kasih kepada pemain kerana memberi komitmen dan semangat yang jitu petang tadi (semalam).

Kejohanan ini disertai sebanyak 126 pasukan dari seluruh Parlimen Seremban. Dengan kemenangan itu meletakkan pasukan JKK Nilai D antara 63 pasukan terbaik daripada 126 pasukan yang bertanding. Sementara itu JKK Nilai A dan JKK Nilai C juga berjaya menempah aksi di pusingan kedua setelah menewaskan lawan masing-masing. JKK Nilai B pula terpaksa melupakan hasrat merebut Piala Menteri Besar setelah gagal dalam pusingan pertama.

Aksi perlawanan pusingan kedua akan dilangsungkan esok (hari ini).


KEPUTUSAN PUSINGAN KEDUA

JKK NILAI D 2 FORTUNE GDB 2
Fortone GDB menang penalti 3-2.

Friday, 26 February 2010

50 Tokoh Islam Yang Mengubah Dunia


1. "Umat Islam apabila ingin maju, perlu mampu berpacu dengan waktu. Sekali umat islam berhenti dia membiarkan dirinya tergiris dek sang waktu.." Muhammad Iqbal (m/s: 5)

2. "Sebaik-baik pemuda di kalangan kamu adalah mereka yang menyerupai(tasyabbah) orang tua dan seburuk-buruk orang tua adalah mereka yang menyerupai orang muda.." Badi'uzzaman Said Nursi (m/s: 9)

3. "Istiqamah adalah suatu jalan yang awalnya penuh dengan kemuliaan, pertengahannya di penuhi keselamatan dan hujungnya adalah syurga.." Mustafa As-siba'ie (m/s: 16)

4. "Kita tak kurang tukang angguk, kita tak jurang tukang geleng, tetapi kita kurang orang yang hendak membuat apa yang sudah diangguk dan orang yang sudah digeleng.." Zulkifli Muhammad (m/s: 31)

5. "Kalau bangsa melayu tidak menyedari hakikat perjuangan, dalam masa yang tidak lama lagi bangsa melayu akan tenggelam dalam gelombang bangsa yang menumpang.." Zulkifli Muhammad (m/s: 31)

6. " Seorang pendakwah perlu memahi realiti & psikologi masyarakat setempat..." (m/s: 115)

Sekadar memetik kata-kata dari buku '50 tokoh Islam yang mengubah dunia' yang dikarang oleh Ahmad Amri dan Nurasyikin....

Ahmad Amri Zainal Adnan, Nurasyikin Ahmad
PTS Millennia Sdn Bhd
http://www.ptsmillennia.com.my RM 14.90 / RM 16.90 (Sabah & Sarawak),
983-3603-17-3;
978-983-3603-17-6;
9789833603176
Tarikh Terbit: 16 September 2009 ;
Jumlah Muka Surat : 216 halaman

Thursday, 25 February 2010

SAH SERTAI PERTANDINGAN FUTSAL TERTUTUP PARLIMEN SEREMBAN

NILAI- Teka teki telah pun terjawab. Team Futsal Rumah Murah telah pun sah menyertai saingan Futsal Tertutup Parlimen Seremban merebut Piala Menteri Besar selepas menyerahkan borang serta yuran penyertaan sebanyak RM30 semalam. 
           Walaubagaimana pun pasukan ini akan beraksi dengan nama baru iD serta mengimport beberapa pemain luar disebabkan kekurangan pemain Team Rumah Murah yang terpaksa menyertai program lain. Namun begitu Pengurus pasukan, Mohd Alias mengharapkan anak-anak buahnya tidak menjadikannya sebagai satu alasan untuk tidak menang kerana kami sebelum ini telah menyertai 3 tournament yang besar walaupun tidak bergelar juara tetapi sekurang-kurangnya mereka mendapat pengalaman yang berguna daripada penyertaan tersebut. 
           Satu perlawanan persahabatan akan diadakan malam ini di Nilai 3 menentang pasukan JKK Nilai C untuk mencari keserasian antara pemain. Saingan yang sebenar akan berlangsung pada 27 dan 28 Februari 2010 pada hari Sabtu dan Ahad.

BENGKEL CENDEKIAWAN FPQS 2010

          Ucapan tahniah kepada rakan-rakan yang telah terpilih menyertai bengkel cendekiawan FPQS. Bengkel tersebut diadakan selama tiga hari dua malam bermula 26 Feb 2010 sehingga 28 Feb 2010 bertempat di Kem El- Azzhar, Morib. Bengkel ini adalah anjuran Jawatankuasa Perhubungan dan Pembangunan Pelajar, FPQS, USIM.
           Antara objektifnya adalah untuk melahirkan lebih ramai graduan yang mendapat kelas pertama dalam peperiksaan yang akan datang. Percambahan graduan kelas pertama ini sekaligus membuka ruang kebolehpasaran (employability) yang tinggi buat lepasan FPQS. Disamping itu, ia juga diharapkan dapat membentuk dan meningkatkan kemahiran berfikir kreatif untuk manfaat individu dan organisasi FPQS selain dapat memberi penerangan tentang kemahiran tambahan (softskill) yang diperlukan sebagai persediaan mereka melalui dunia luar nanti.
        Sasaran penyertaan untuk bengkel ini adalah kepada para pelajar FPQS- USIM yang  mempunyai PNGK 3.40 dan ke atas. Selain itu ia juga mensasarkan pelajar yang berpotensi dalam kepimpinan.
           Semoga rakan- rakan khususnya dari Rumah Murah ini  (6  orang) mendapat bekalan yang berguna dan semangat yang baru selepas menyertai bengkel tersebut.

Friday, 12 February 2010

SELAMAT BERCUTI

SELAMAT PULANG BERCUTI KE KAMPUNG HALAMAN MASING-MASING BUAT SAHABAT- SAHABAT.

SEMOGA SELAMAT TIBA KE DESTINASI MASING-MASING

Sunday, 7 February 2010

BINTANG KELANTAN MALAP

SEJAK tiga tahun kebelakangan ini, Kelantan mula mempamerkan kegarangan mereka dalam aksi liga bola sepak tempatan.
Bermula selepas tampuk Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) diambil alih oleh Tan Sri Annuar Musa, para peminat setia Kelantan mula membanjiri gelanggang keramat - Stadium Sultan Muhammed IV, Kota Bharu.

Tahun 2009 menjadi musim terbaik Kelantan apabila mereka berjaya menjejakkan kaki ke pentas akhir pada kempen Piala Malaysia dan Piala FA.

Bagaimanapun, Kelantan terpaksa akur apabila sekadar muncul naib juara pada kedua-dua kempen tersebut.

Kegagalan dalam dua final itu menyebabkan KAFA mengambil keputusan untuk memperkuatkan pasukan dengan menyenaraikan beberapa nama besar bagi musim 2010.

Pada musim 2009, Kelantan hanya mempertaruhkan tiga pemain bersatus bintang iaitu Indra Putra Mahayuddin, Norfarhan Muhammad dan Khalid Jamlus.

Namun bagi musim 2010, Kelantan berjaya 'mengikat' beberapa pemain ternama, antaranya Syed Adney Syed Hussien (UPB-MyTeam), Norshahrul Idlan Talaha (UPB-MyTeam), Shakir Shaari (UPB-MyTeam), S. Chanturu (Pulau Pinang), S. Subramaniam (Perak), Akmal Rizal Rakhli (KM Naza), Azizi Che Ros (Perlis) dan Hairuddin Omar (T-Team).

Pada aksi pembukaan Liga Super menentang Terengganu, 9 Januari lalu, Kelantan hanya mampu membawa pulang satu mata ke Kota Bharu, namun rata-rata peminat masih berpuas hati dengan aksi yang dipamerkan skuad kendalian B. Sathianathan itu.

Empat hari kemudian, skuad The Red Warriors itu mula menampilkan aura sebagai gergasi Pantai Timur apabila membenam Johor 3-0 di laman sendiri.

Bertandang ke Kangar menentang Perlis pada 16 Januari, memperlihatkan barisan pemain Kelantan seperti bermasalah untuk menembusi benteng skuad Singa Utara itu sehingga menyaksikan kedua-dua pasukan terikat dengan keputusan seri tanpa jaringan.

Jika dinilai daripada status pemain yang ada, jelas Perlis tidak mampu menandingi Kelantan kerana ketika itu, semua barisan bintang mereka disenaraikan untuk menggempur kubu Perlis.

Bagaimanapun, hasrat tersebut tidak kesampaian apabila jentera pemain Perlis mampu beraksi dengan baik sehingga berjaya mematahkan setiap serangan Kelantan.

Sejak itu, peminat mula mempertikaikan keupayaan anak-anak buah Sathianathan terutama pemain yang berstatus bintang.

Kemuncaknya, detik duka sang Kijang hadir pada pertembungan menentang Kedah di Kota Bharu pada 19 Januari lalu apabila mereka dimalukan skuad Kenari itu gara-gara kecuaian penjaga gol, Syed Adney.

Syed Adney yang berdepan tekanan yang cukup tinggi daripada peminat selepas kesilapan tersebut mengharapkan jentera serangan menghasilkan gol bagi menutup kecuaiannya itu.

Bagaimanapun, jentera depan Kelantan seperti kehilangan punca apabila mereka terus terkial-kial mencari gerak yang mudah dipatahkan oleh barisan pertahanan Kedah.

Kekalahan 0-1 itu telah merentap semangat para penyokong Kelantan yang mula mendesak supaya rombakan segera dilakukan KAFA termasuk menyingkirkan Sathianathan.

Namun kemenangan 4-1 ke atas Johor FC di Kota Bharu pada 23 Januari lalu di tambah pula dengan kehadiran semula penjaga gol berpengalaman, Halim Napi sedikit sebanyak mengubat duka.

Kebanyakan peminat berharap ia sebagai batu loncatan untuk Kelantan memulakan langkah lebih bergaya.

Namun hasrat mereka tersentap lagi apabila anak-anak buah sekadar mampu seri tanpa jaringan dengan Perak di Ipoh pada 26 Januari lalu.

Biarpun menang 3-1 ke atas Pulau Pinang empat hari kemudian, peminat Kelantan seperti sudah hilang ghairah apabila melihatkan bintang-bintang mereka seakan-akan mula hilang seri.

Peminat fanatik Kelantan kini juga sudah mula mempersoalkan kemampuan pemain-pemain bintang mereka.

Jika alasan musim baru bermula, nampaknya ia sekadar alasan seperti 'melepaskan batuk di tangga' dan peminat juga sudah mula muak untuk mendengarnya.

Bagi mereka, pemain-pemain yang dibawa masuk musim ini bukan 'budak hingusan' dalam dunia profesional, sebaliknya sudah masak dengan bola sepak tempatan.

Turun sekadar dengan cagaran nama sebagai pemain yang pernah menyarung jersi kebangsaan belum cukup untuk membuatkan penonton 'mengalunkan' nama mereka.

Kemenangan sememangnya diharapkan peminat Kelantan tetapi kekalahan yang diiringi dengan permainan di bawah prestasi sebenar cukup mengguris perasaan mereka.

Dipetik dari: Kosmo!!! 7 Februari 2010.

TEAM 3 (RUMAH MURAH FC) EMPAT TERBAIK

 
 SABTU, 6 FEB 2010, Team 3 yang sebahagian diwakili oleh pemain Rumah Murah Fc hanya mampu berpuas hati mencatat kedudukan empat terbaik apabila tewas di perlawanan separuh akhir menentang Team 1. Perlawanan tersebut berakhir dengan kemenangan berpihak kepada Team 1 dengan jaringan 2 gol tanpa balas. Diperingkat suku akhir Team 3 berjaya menewaskan Team 4 dengan kemenangan tipis 2-1 selepas ketinggalan 1-0 pada separuh masa pertama. Ketua pasukan, Mohd Maizan berkata ini adalah penyertaan pertama kami dalam kejohanan Program Himpunan Intelek ini dan diharapkan semoga program ini akan dapat diteruskan dan ditingkatkan lagi keprofesionalan pengurusanya di masa mendatang.

# padang ditakungi air daaaaaaaa...............hehehehe.
(Perlawanan Separuh Akhir)
TEAM 1 (2) VS (0) TEAM 3

LATIHAN FUTSAL


5 FEBRUARI 2010
6.00 PETANG

About this blog

HALWA TELINGA