Friday 15 January 2010

MAJLIS SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN CERAPAN SEMPENA GERHANA MATAHARI SEPARA 29 MUHARRAM 1431H (15 JANUARI 2010)



MAJLIS SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN CERAPAN SEMPENA
GERHANA MATAHARI SEPARA 29 MUHARRAM 1431H (15 JANUARI 2010)
Satu fenomena gerhana matahari separa akan berlaku pada hari Jumaat
15 Januari 2009 bersamaan 29 Muharram 1431 H. Fasa-fasa gerhana matahari
separa bagi Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (29 % Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Intitut Tanah dan Ukur Negara (Instun),
Planetarium Negara, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti
Selangor akan menganjurkan Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari (Solat sunat
Kusuf) dan cerapan gerhana di empat masjid utama iaitu, Masjid Putra, Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin (Putrajaya), Masjid Negara dan Masjid Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur).
Lokasi utama Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan Cerapan pada
kali ini akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Sehubungan itu semua
lapisan masyarakat adalah dijemput hadir bagi sama-sama menyaksikan
fenomena yang jarang berlaku di negara kita dan seterusnya menyertai
solat sunat gerhana matahari (kusuf) yang dijadualkan pada jam 3.45
petang sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada
tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, tidak berlakunya gerhana kerana
kematian atau kelahiran (kemunculan) seseorang, maka apabila
berlakunya gerhana, hendaklah melakukan solat sunat gerhana dan
berdoalah kepada Allah sehingga berakhirnya gerhana".
Masjid dan surau seluruh Malaysia juga adalah digalakkan untuk
mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) pada waktu kejadian
fenomena gerhana matahari tersebut.
Simulasi gerhana matahari separa dari pandangan empat masjid utama
tersebut dapat dilihat seperti di lampiran.
Kaifiat Solat Sunat Gerhana:
 
 

 
 
  
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat gerhana matahari dua rakaat
kerana Allah Taala.
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau
berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat sunat gerhana
dilaksanakan sebanyak 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 ruku’ dan 4 sujud. Cara-cara
solat adalah seperti berikut:
Rakaat pertama:
Takbir (niat solat sunat gerhana).
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua:
Sama seperti rakaat pertama.
Disediakan oleh:
Cawangan Falak
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

No comments:

Post a Comment


About this blog

HALWA TELINGA