Nilai, 21 Jan Proses pemilihan bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia berakhir sebaik keputusan diumumkan petang tadi.
Keputusan penuh bagi semua pemenang kerusi fakulti dan umum telah diumumkan secara rasmi oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Muhammad Muda kira-kira jam 6.15 petang tadi.
Dalam ucapan ringkas beliau, Profesor Dato' Dr Muhammad meminta agar semua calon yang memenangi kerusi yang dipertandingkan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik selepas ini.
Sementara bagi calon-calon yang tidak mendapat tempat dalam pemilihan kali ini, beliau mengharapkan tidak ada sebarang kekecewaan kerana pada hakikatnya, semua calon yang bertanding adalah berkelayakan dan mampu memberi sumbangan kepada mahasiswa dan universiti.
Meskipun peratusan keluar mengundi pada tahun ini merosot iaitu 91 peratus, ia tidak merencatkan perjalanan keseluruhan proses pengundian yang diuruskan oleh Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama urusetia jentera PRK kali ini.
Difahamkan, faktor utama kemerosotan peratus keluar mengundi disebabkan oleh kekangan pelajar untuk hadir kerana sedang menjalani praktikal dan latihan industri bagi pelajar tahun akhir.
Usimkini dimaklumkan, pembentukan 'kabinet' baru bagi MPP akan dibuat dalam masa terdekat.
Dalam pilihan raya kampus USIM, sebanyak 24 kerusi dipertandingkan, meliputi 8 kerusi umum dan 2 kerusi bagi setiap fakulti. -Usimkini
KEPUTUSAN PEMILIHAN MPP USIM SESI 2009/2010
KERUSI UMUM
KERUSI FAKULTI
http://usimkini.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment