Sunday, 31 January 2010

PANAS!!! BLOG MENGHINA ISLAM

Terdapat beberapa blog menghina Islam yang saya jumpai seperti di bawah, sila klik sekiranya anda ingin melihatnya dengan lebih lanjut:-

1. http://beritamuslim.wordpress.com.
2. http://islamexpose.blogspot.com.
3. http://admin2i2h.blogspot.com
4. http://trulyislam.blogspot.com
5. http://mengenal-islam.t35.com

Dan banyak lagi..............Tujuan saya menyenaraikan link ini bukanlah untuk mempromosikan blog mereka tetapi sekadar untuk memberi informasi dan pendedahan betapa  musuh Islam sentiasa gigih mencari jalan untuk menjatuhkan dan memusnahkan kemuliaan Islam.

Semoga Allah sentiasa memelihara akidah kita. Amin...

LIGA PERDANA ENGLAND- PERTEMBUNGAN DUA MUSUH TRADISI

Pertembungan dua musuh tradisi




LONDON – Alex Ferguson menganggap sejarah baru akan tercipta dalam saingan Liga Perdana England apabila Mancheter United berdepan musuh tradisi, Arsenal di Emirates malam ini.
Setelah 24 tahun membimbing United, Ferguson menyifatkan Arsenal sebagai pencabar terkuat skuad The Red Devils untuk mempertahankan kejuaraan liga musim ini.
“Berdepan Arsenal adalah satu perlawanan yang bakal menjadi sejarah.
“Sejak saya berada di sini (Old Trafford), hanya United dan Arsenal sahaja yang sering kali bersaing bagi merangkul trofi liga.

ROONEY (kiri) sekali lagi akan mengetuai jentera serangan United pada pertemuan menentang Arsenal di Emirates malam ini.


“Tidak dapat dinafikan bahawa Chelsea juga merupakan salah sebuah kelab yang kuat tetapi kelab itu dilihat menunjukkan peningkatan dalam saingan trofi liga sejak beberapa tahun kebelakangan ini sahaja.
“Namun sejarah telah membuktkikan Arsenal akan sentiasa memberikan saingan dan perlawanan Ahad ini (malam ini) pastinya menjanjikan saingan sengit,” jelas Ferguson.
Sementara itu, Wenger berkata, dia hanya akan berasa gembira jika dapat menewaskan United bagi membuktikan kelabnya serius untuk menjuarai liga.
“Saya sudah tidak sabar untuk perlawanan tersebut kerana perlawanan itu nanti bakal menjanjikan persembahan bola sepak yang menarik.
“Ia satu perlawanan yang tidak akan membuat semua peminat bosan dan saya percaya anda pasti terhibur dengan perlawanan itu nanti,” kata Wenger.
Bagi merealiasikan impian meraih kemenangan di tempat sendiri, Wenger dijangka menurunkan tonggak pertahanan, Sol Campbell bagi mengekang pergerakan penyerang sensasi United, Wayne Rooney yang telah meledak 13 gol dalam 13 penampilan terakhirnya. – AFP

Dipetik dari : Kosmo! 31 Januari 2010.

BERUSAHA BERJAYA

Artist: Hijjaz
Album: Cahya Ilahi
Song Category: Nasyid


Bersama-sama kita membina
Masa depan yang lebih gemilang
Kita tanamkan tekad di hati
Berusaha menuju wawasan

Rajin bekerja terus berusaha
Bagai hidup selama-lamanya
Beramal ibadah kepada Allah
Bagai esok sudah tiada lagi

Bersama ini kita semai cita
Bersama-sama kita mengejarnya
Dan bersama-sama kitapun berdoa
Agar semua usaha kita diberkati

Hindarkan kemalasan
Jauhilah rasa rendah diri
Pohon takkan berbuah
Jika tak dibajai

Begitulah hidup kita
Perlu bekerja dan berusaha
Bulat takkan bergolek
Pipih tak datang melayang


Lirik: Khazanah puisi Ito Lara
Lagu: Isman Nadim

HUBUNGI KAMI

Alamat kami:
No 42, Rumah Murah Nilai,
71800 Nilai,
Negeri Sembilan Darus Khusus.
No Tel: 067995632

CHAT

Friday, 29 January 2010

Keputusan pemilihan MPP sesi 2009/2010

Keputusan pemilihan MPP sesi 2009/2010

Nilai, 21 Jan Proses pemilihan bagi Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Islam Malaysia berakhir sebaik keputusan diumumkan petang tadi.


Keputusan penuh bagi semua pemenang kerusi fakulti dan umum telah diumumkan secara rasmi oleh Naib Canselor USIM, Profesor Dato' Dr. Muhammad Muda kira-kira jam 6.15 petang tadi.

Dalam ucapan ringkas beliau, Profesor Dato' Dr Muhammad meminta agar semua calon yang memenangi kerusi yang dipertandingkan dapat melaksanakan tanggungjawab dengan baik selepas ini.

Sementara bagi calon-calon yang tidak mendapat tempat dalam pemilihan kali ini, beliau mengharapkan tidak ada sebarang kekecewaan kerana pada hakikatnya, semua calon yang bertanding adalah berkelayakan dan mampu memberi sumbangan kepada mahasiswa dan universiti.

Meskipun peratusan keluar mengundi pada tahun ini merosot iaitu 91 peratus, ia tidak merencatkan perjalanan keseluruhan proses pengundian yang diuruskan oleh Hal Ehwal Pelajar dengan kerjasama urusetia jentera PRK kali ini.

Difahamkan, faktor utama kemerosotan peratus keluar mengundi disebabkan oleh kekangan pelajar untuk hadir kerana sedang menjalani praktikal dan latihan industri bagi pelajar tahun akhir.

Usimkini dimaklumkan, pembentukan 'kabinet' baru bagi MPP akan dibuat dalam masa terdekat.

Dalam pilihan raya kampus USIM, sebanyak 24 kerusi dipertandingkan, meliputi 8 kerusi umum dan 2 kerusi bagi setiap fakulti. -Usimkini


KEPUTUSAN PEMILIHAN MPP USIM SESI 2009/2010

KERUSI UMUM

















KERUSI FAKULTI


http://usimkini.blogspot.com/

Monday, 25 January 2010

Program Riadah


24 JANUARI 2010


 Firdaus (kanan) cuba menggelecek 2 pemain lawan

Beginilah kami di waktu petang, bermain street soccer di atas court sepak takraw bersama rakan- rakan. Perlawanan petang tadi menemukan Al Majdi Fc menentang Ibrahim FC. Kemenangan berpihak kepada Al Majdi Fc dengan jaringan 9-8. Saksikan foto-foto perlawanan seperti di bawah:-


 
Helmi (kiri) cuba memloloskan diri dari kawalan Ibrahim.

 

 Firdaus (kanan) mengawal bola dari dirampas oleh Majdi.

Pemain Ibrahim FC
Dari kiri: Firdaus, Samsul, Ibrahim


Pemain Al Majdi Fc selepas mencatat kemenangan 9-8.
Dari kiri: Nasharuddin, Majdi dan Helmi


JUMPA LAGI DI LAIN PERLAWANAN
BERSUKAN MENGERATKAN UKHWAH

Tuesday, 19 January 2010

Bahang Pilihanraya Kampus Usim


Apabila membicarakan PRK kampus ramai yang memberikan pelbagai respon. Pelbagai pandangan dilontar, ada yang positif dan negatif. Itulah realiti kita, sebagai seorang yang bergelar manusia.

PRK USIM

Sering kali ana terdengar dari suara-suara pelesit berbunyi menyatakan PRK di USIM tidak semeriah PRK di kampus lain. Memandangkan di USIM tiadanya golongan yang bergelar Pro-m dan Pro-aspirasi. Mungkin inilah yang sentiasa bermain dalam fikiran setiap mahasiswa USIM. Dua golongan ini yang mereka impikan, namun seribu satu soalan bagi diri ini, siapa yang berani memulakannya? 

Friday, 15 January 2010

MAJLIS SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN CERAPAN SEMPENA GERHANA MATAHARI SEPARA 29 MUHARRAM 1431H (15 JANUARI 2010)



MAJLIS SOLAT SUNAT GERHANA MATAHARI DAN CERAPAN SEMPENA
GERHANA MATAHARI SEPARA 29 MUHARRAM 1431H (15 JANUARI 2010)
Satu fenomena gerhana matahari separa akan berlaku pada hari Jumaat
15 Januari 2009 bersamaan 29 Muharram 1431 H. Fasa-fasa gerhana matahari
separa bagi Kuala Lumpur adalah seperti berikut:
Fasa Sentuhan Pertama (Mula Gerhana): 3:01 PM
Fasa Maksimum (29 % Matahari Tertutup):4:26 PM
Fasa Sentuhan Terakhir (Tamat Gerhana): 5:38 PM
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) bersama-sama Jabatan Ukur
dan Pemetaan Malaysia (Jupem), Intitut Tanah dan Ukur Negara (Instun),
Planetarium Negara, Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan, Jabatan Mufti
Selangor akan menganjurkan Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari (Solat sunat
Kusuf) dan cerapan gerhana di empat masjid utama iaitu, Masjid Putra, Masjid
Tuanku Mizan Zainal Abidin (Putrajaya), Masjid Negara dan Masjid Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur).
Lokasi utama Majlis Solat Sunat Gerhana Matahari dan Cerapan pada
kali ini akan diadakan di Masjid Putra, Putrajaya. Sehubungan itu semua
lapisan masyarakat adalah dijemput hadir bagi sama-sama menyaksikan
fenomena yang jarang berlaku di negara kita dan seterusnya menyertai
solat sunat gerhana matahari (kusuf) yang dijadualkan pada jam 3.45
petang sepertimana Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud:
"Sesungguhnya matahari dan bulan adalah dua tanda daripada
tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T, tidak berlakunya gerhana kerana
kematian atau kelahiran (kemunculan) seseorang, maka apabila
berlakunya gerhana, hendaklah melakukan solat sunat gerhana dan
berdoalah kepada Allah sehingga berakhirnya gerhana".
Masjid dan surau seluruh Malaysia juga adalah digalakkan untuk
mengadakan Solat Sunat Gerhana Matahari (Kusuf) pada waktu kejadian
fenomena gerhana matahari tersebut.
Simulasi gerhana matahari separa dari pandangan empat masjid utama
tersebut dapat dilihat seperti di lampiran.
Kaifiat Solat Sunat Gerhana:
 
 

 
 
  
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat gerhana matahari dua rakaat
kerana Allah Taala.
Solat sunat gerhana boleh dilakukan sama ada secara berseorangan atau
berjemaah dan sebaiknya dilakukan secara berjemaah. Solat sunat gerhana
dilaksanakan sebanyak 2 rakaat, 4 al-Fatihah, 4 ruku’ dan 4 sujud. Cara-cara
solat adalah seperti berikut:
Rakaat pertama:
Takbir (niat solat sunat gerhana).
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Bacaan al-Fatihah dan surah.
Ruku’.
Iktidal.
Sujud dan seterusnya seperti solat biasa.
Rakaat kedua:
Sama seperti rakaat pertama.
Disediakan oleh:
Cawangan Falak
Bahagian Penyelidikan
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia

Wednesday, 13 January 2010

Tuesday, 12 January 2010

Kelas Tafaqquh FPQS





MEMO PEMBERITAHUAN
Dimaklumkan bahawa Biro Dakwah & Kerohanian Sekratariat Pelajar Fakulti Pengajian Quran & Sunnah, USIM akan mengadakan Kelas Tafaquh bermula pada 13 Januari 2010 setiap hari Rabu pukul 3.30 petang hingga 6.00petang.

Jadual pengajian adalah seperti berikut:

Masa: 3.30PM-4.30PM- Ust. Makhyuddin Hashim (Tauhid)
Masa: 5.00PM-6.00PM- Ust. Zulhilmi Muhamed Nor Adab (Hadith)

Tempat: DKS 2.1 FPQS

Kepada semua pelajar USIM dialu-alukan menghadiri majlis ilmu ini.
Sebarang pertanyaan sila hubungi saudara Ahmad Majdi Sanusi ditalian 0132796191.
Sekian terima kasih.

Sabda Nabi S.A.W bermaksud:
“Barangsiapa yang mahukan dunia maka hendaklah ia berilmu, dan barangsiapa yang mahukan akhirat maka hendaklah ianya berilmu, dan barangsiapa yang mahukan ke dua-duanya sekali maka hendakalh ianya berilmu”.


"If You can dream it, You can do it"

KELAS GANTI TALAQQI

Sukacita dimaklumkan bahawa kelas ganti talaqqi kitab FATHUL QORIB bersama Al Fadhil Ustaz Syed Ahmad Tarmizi B Syed Omar akan diadakan seperti butir-butir berikut:-

Hari: Rabu 
Tarikh: 13 Januari 2010
Masa: Selepas Isyak ( 9.00 PM - 10.00PM)
Tempat: Surau Sri Nilai, Rumah Rakyat 2, 71800 Nilai, Negeri Sembilan.

SEMUA SAHABAT YANG MEMPUNYAI ASAS BAHASA ARAB DIJEMPUT HADIR!!!!!!!

Sunday, 10 January 2010

Di Majlis Perkahwinan Maizan dan Nisak








KELAS TALAQQI: RUMUSAN BAB ISTINJAK

2 Jan 10- Setelah berhenti rehat selama 5 bulan, kelas talaqqi bersama Ustaz Syed Tarmizi disambung lagi 2 hari lepas. Kali ini kami belajar tentang bab istinjak dan adab qadha hajat. Istinjak bermaksud "aku memutuskan sesuatu" yakni seolah2 orang yang beristinjak itu memutuskan atau membuang kotoran najis dari tubuhnya. Wajib beristinjak kerana keluarnya al baul (air kencing) dan al gha it ( najis) dengan menggunakan air atau batuatau seumpamanya yang berbentuk pejal yang boleh menanggalkan najis serta sesuatu yang tidak dihormati. Lebih afdhal sekiranya menggunakan batu kemudian diikuti air. Sekiranya menggunakan batu diwajibkan sebanyak tiga kali sapu dengan 3 bucu sekiranya menggunakan 1 batu yang sama. Sekiranya tidak cukup ataupun najis masih belum cuci maka bolehlah menambah batu sehingga hilang najis di tempat keluar najis. Sunat sekiranya kita mengganjilkan batu tersebut sebanyak tiga atau lima atau tujuh. Sekiranya ditanya antara air dan batu manakah yang lebih afdhal? maka jawabnya air kerana sifat air yang menyucikan dan boleh menghilangkan najis berserta kesannya. Syarat beristinjak dengan batu pula adalah:

1. Najis yang keluar belum kering.
2. Najis tidak berpindah dari tempat keluar najis.
3. Tidak mendatangi najis yang lain (asing).

Kemudian adab orang yang ingin qadha hajat adalah seperti berikut:-
1. Tidak menghadap atau membelakangi kiblat di kawasan terbuka. Sekiranya ada dinding tidak mengapa dengan syarat jarak dinding tersebut tidak sampai 2/3 hasta. Sekiranya lebih 3 hasta maka hukumnya sama seperti berada di kawasan terbuka melainkan binaan yang telah tersedia untuk qadha hajat.
2. Tidak qadha hajat di tempat yang terdapat air yang tidak mengalir (bertakung). Makruh sekiranya terdapat air yang sedikit dan lebih aula dan sunat dijauhi mengqadha hajat di tempat tersebut. Imam Nawawi pula mengharamkanya, tetapi pendapat ini tidak kuat.
3. Tidak qadha hajat dibawah pohon yang berbuah.
4. Tidak qadha hajat di jalanan yang dilalui oleh orang ramai.
5. Tidak qadha hajat di bawah bayangan atau tempat manusia berteduh dan juga tempat yang menjadi tumpuan manusia ataupun tempat manusia berhimpun contohnya bus stop.
6. Tidak qadha hajat di lubang-lubang yang terdapat di muka bumi.
7. Tidak bercakap.
8. Tidak menghadap dan membelakangi matahari dan bulan.

Bersambung lagi di kelas talaqqi yang akan datang................


UNDANGAN KE MAJLIS PERKAHWINAN

Assalamualaikum.

- NGALIMIN B SURADI DAN NORHANI BT KHALID
- MOHD ISHA B IDRIS DAN ZAINON BT SHAMSUDIN

Dengan penuh kesyukuran ke hadrat Allah SWT memohon kesudian dan mempersilakan ustaz -ustaz muda dari USIM ke majlis perkahwinan:

KHAIRUL NISAK BT NGALIMIN
dengan
MAIZAN B MOHD ISHA

Pada:
- Pengantin perempuan: 10 Jnuari 2010/ 24 Muharram 1431H (Ahad)
- Pengantin lelaki: 16 Januari 2010/ 30 Muharram 1431H (Sabtu)

Di kediaman:
No: 40 dan 28 Rumah Rakyat Fasa 2
71800 Nilai,
Negeri Sembilan Darul Khusus.

Serangkai kasih dalam limpahan budi, menguntum segar dalam kenangan. Semoga Allah SWT merahmati dan memberkati. Terima Kasih. Wassalam.

Saturday, 9 January 2010

MUET OH MUET!!!!


PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR

PERHATIAN KEPADA SEMUA PELAJAR UNIVERSITI SAINS ISLAM MALAYSIA. ADALAH DIMAKLUMKAN BAHAWA PENDAFTARAN PEPERIKSAAN MUET AWAL TAHUN 2010 TELAH DIBUKA. PARA PELAJAR BOLEH MULA MENDAFTAR UNTUK PEPERIKSAAN MUET AWAL TAHUN 2010 BERMULA PADA 08 JANUARI 2010 (ISNIN).

TARIKH TUTUP PENDAFTARAN MUET AWAL TAHUN 2010, ADALAH PADA 28 JANUARI 2010 (KHAMIS). SEBARANG PENDAFTARAN MUET AWAL TAHUN YANG LEWAT TIDAK AKAN DILAYAN.

SEBARANG PERTANYAAN SILA HUBUNGI BAHAGIAN AKADEMIK (MUET) DI TALIAN 06-7988145.

SEKIAN, HARAP MAKLUM.

Wassalaamu’alaikum


“BERILMU, BERDISIPLIN DAN BERTAKWA”

Dikeluarkan oleh
Bahagian Akademik
Universiti Sains Islam Malaysia

...


Dengar citer Result MUET akhir tahun lepas kuar hari Isnin ni...
bersedialah mental dan fizikal untuk menerima sebarang result yg akan kuar...

KEKALAHAN PERTAMA


6 JAN- Rumah Murah FC mengalami kekalahan pertama untuk musim ini apabila tewas 12 berbalas 4 dalam perlawanan futsal persahabatan menentang pasukan Tamhidi yang dilangsungkan semalam. Perlawanan sepatutnya berlangsung menentang Sahabat dari KUIS tetapi terpaksa dibatalkan kerana sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan dan secara tidak sengaja diganti dengan perlawanan menentang pasukan Tamhidi. Perlawanantampak berat sebelah apabila pasukan Tamhidi melakukan asakan bertubi-tubi ke arah pintu gol RMFC. Hasilnya mereka memperoleh 4 gol dalam masa 7 minit perlawanan. Pertahanan RMFC goyah apabila berdepan asakan pihak lawan yang menggunakan bakat dan kebijaksanaanya mengawal bola. Walaubagaimanapun RRFC mampu bangkit sekali sekala dan banyak mempersiakan peluang dan hasilnya hanya 4 gol yang berjaya dijaringkan berbanding lawan 12 gol. Apapun ini hanya satu perlawanan ujian selepas lama tidak turun padang. Diharapkan pada masa akan datang RRFC akan bertambah kuat dan menemuai keserasian di antara maereka.

Monday, 4 January 2010

Perlawanan Futsal


Marilah sama-sama memeriahkan perlawanan futsal persahabatan antara Team dari Rumah Murah menentang pasukan Sahabat dari Kuis yang akan berlangsung pada 6 Januari 2010. Masa sepak mula pada pukul 9.00 malam bertempat di kompleks sukan USIM.

Berukhwah melalui sukan.

Sunday, 3 January 2010

11 jenis manusia didoa malaikat

Tulisan Mohd Zawawi Yusoh

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan.

Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Kali ini penulis ingin menyenaraikan antara jenis manusia yang akan menerima doa malaikat.

Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.

Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:

  • 1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
  • 2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
  • 3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
  • 4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
  • 5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca al-Fatihah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Jika seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
  • 6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
  • 7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.”Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: “Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?”Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’”
  • 8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
  • 9. Orang yang membelanjakan harta (infak).Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
  • 10. Orang yang sedang makan sahur.Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
  • 11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya: “Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh.”Itulah antara mereka yang mendapat doa malaikat. Semoga kita termasuk dan tersenarai sama.

  • Dipetik dari : http://albakriah.wordpress.com/2009/12/31/11-jenis-manusia-didoa-malaikat/

    Saturday, 2 January 2010

    Majlis Khatam Quran



    SEREMBAN- 1 JAN 2010: Satu Majlis Khatam Quran telah diadakan secara besar-besaran anjuran Maahad Ummu Aiman. Majlis kali kedua tersebut diadakan di dewan utama Maahad tersebut yang terletak di Taman Sri Pulai 3, Seremban. Seramai 16 orang peserta yang rata-rata berumur 12 tahun ke bawah menyertai majlis khatam ini setelah berjaya menghabiskan bacaan bersama Ustaz Majdi sebagai guru penyelia dalam masa selama 4 minggu. Kehadiran ibu bapa di majlis tersebut sedikit sebanyak dapat memberi suntikan semangat kepada peserta. Majlis bermula pada pukul 9 pagi dengan dimulai dengan bacaan doa dan ucapan pengerusi Maahad Ummu Aiman Ustaz Wan Ruzaha.

    Selapas itu peserta dikehendaki membaca dari surah Ad Dhuha sampai ke An-Nas secara bergilir- gilir dan diikuti dengan bacaan doa. Sebelum majlis berakhir, peserta bersalaman dengan ustaz-ustaz dan ustazah- ustazah sebelum dianugerahkan sijil oleh pengerusi Maahad sambil diiringi oleh guru penyelia. Majlis berakhir jam 11 pagi.

    * untuk maklumat lebih terperinci, sila lawati www.mykafa4u.my.

    Friday, 1 January 2010


    selamat menyambut tahun baru....
    semoga kita suma lebih matang dalam menghadapi sume ujian...
    2009 jadi kenangan dan diharap 2010 ni akan memberi sinar kehidupan kepada kita sume..


    About this blog

    HALWA TELINGA