Tuesday 22 March 2011

Puteriku Sayang

 
Sengaja ingin berkongsi buat sohabat dan sohabiah lirik lagu ini. Mungkin kita sudah terbiasa mendegarnya, namun biarlah setiap rangkap yang didengar itu dapat menjadi pedoman buat kita semua.

 Bagi diri ana secara personalnya setiap kali mendengar lirik ini akan membuatkan ana teringat kepada satu kata-kata yang di keluarkan oleh hujjatullah iaitu al-imam al-Ghazali dalam kitabnya yang masyhur berbunyi: 

"Maruah seorang lelaki itu terletak pada marahnya, sedang maruah seorang perempuan terletak pada malunya..."

Cukup cantik jika diamati kata-kata ini, jika seorang lelaki itu tidak pandai mengawal kemarahannya maka akan terserlah kelemahannya. Begitu jugalah wanita, jika sifat malunya sudah tiada, maka hilanglah separuh harga diri si wanita.

 Tak tahulah kata-kata imam al-Ghazali inikah sebab tercipta lirik ini atau secara kebetulan sahaja ada persamaan. ~Wallahu'alam~

Artis: Hijaz...
Lembutmu tak bererti
Kau mudah dijual beli
Kau mampu menyaingi
Lelaki dalam berbakti
Lembut bukan hiasan
Bukan jua kebanggaan
Tapi kau sayap kiri
Pada suami yang sejati
Disebalik bersih wajahmu
Disebalik tabir dirimu
Ada rahsia agung
Tersembunyi dalam diri
Itulah sekeping hati
Yang takut pada ilahi
Berpegang pada janji mengabdikan diri
Aduhai puteriku sayang
Malumu mahkota yang tidak
Perlukan singgahsana
Tetapi ia berkuasa
Menjaga diri dan nama
Tiada siapa yang akan
Boleh merampasnya
Melainkan kau sendiri yang
Pergi menyerah diri
Ketegasanmu umpama
Benteng negara dan agama
Dari dirobohkan dan jua
Dari dibinasakannya
Wahai puteriku sayang
Kau bunga terpelihara
Mahligai syurga itulah tempatnya


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

No comments:

Post a Comment


About this blog

HALWA TELINGA