Pasukan FPQS ingin menjadi pasukan pertama menempah tiket ke separuh akhir Sukan Fakulti (SUFA) 2010 setelah berjaya membenam cabaran pasukan Tamhidi hasil kemenangan tipis 1-0. Ini merupakan kemenangan kedua FPQS selepas kemenangan pertama yang diperolehi pada Khamis lepas menentang FKP juga dengan jaringan yang sama.
Pemain- pemain FPQS meraikan jaringan tunggal mereka
Permainan ini agak kurang menarik yang disajikan apabila tiada cubaan -cubaan yang merbahaya yang dilancarkan oleh kedua -dua pasukan. Tempo permainan berubah pada separuh masa kedua apabila FPQS melancarkan beberapa serangan -serangan merbahaya tetapi penyudah yang tumpul menafikan segala- galanya. Lima belas minit sebelum masa permainan tamat akhirnya FPQS berjaya mendapatkan gol kemenangan sekaligus meletakkan pasukan itu mengungguli kumpulan A dengan mengumpul 6 mata.
Pemain FPQS, Ahmad Naszobar (hijau, tengah) cuba melepasi kawalan pemain Pusat Tamhidi
Pasukan Tamhidi nyaris mendapat gol penyamaan apabila pertahanan FPQS yang leka dihukum oleh penyerang Tamhidi apabila mudah menyepak masuk bola yang tidak dikawal namun gol itu dibatalkan oleh pengadil apabila penjaga garisan berjaya mengesan kedudukan offside. Tamat perlawanan FPQS 1 Tamhidi 0. Sementara itu dalam kumupulan sama, FKP menang 2-1 menentang FPBU pada sebelah pagi.
No comments:
Post a Comment