Thursday, 17 December 2009

IMBAS KEMBALI


DARI SUTERA INDAH KE RUMAH MURAH NILAI


Masih kami ingat penghujung tahun 2008 sewaktu kami tinggal di asrama ataupun kolej kediaman Sutera Indah Usim kami seramai 9 orang sahabat (tidak termasuk majdi) berpakat untuk tinggal di luar asrama. Kami cuba memohon untuk keluar dan memberi beberapa alasan kepada pengetua kolej tetapi beliau tidak membenarkan kami tinggal di luar asrama dengan alasan kami lebih baik tinggal di dalam kolej. Kami yang sewaktu itu dalam proses menamatkan final exam bagi semester 3 cuba merayu namun amat berat hati pengetua untuk mengizinkan kami tinggal di luar asrama kerana alasannya terlalu banyak masalah sosial pelajar diluar sana tanpa dikawal selia oleh sesiapa. Setelah lama didesak akhirnya pengetua memberikan kami peluang untuk mengemukakan surat rayuan secara rasmi secara individu dan mengemukakan sebab2 dan alasan yang munasabah. Setelah itu kami bersepuluh menulis surat masing2 dan berjanji akan menjaga nama baik Usim sekiranya diberi keizinan untuk tinggal di luar asrama. Kemudian kami menghantarnya ke pejabat asrama namun tiada jawapan kami terima sehingga kami pulang ke kampung untuk bercuti.


Semasa di kampung kami ada mendengar desas desus daripada sahabat kami yang memegang salah satu jawatan jaksa yang mana nama kami ada dalam senarai yang diterima tinggal di luar asrama. Kami bersyukur dan gembira kerana ternyata maklumat itu adalah benar. Barang- barang kami telah kami pindahkan ke rumah sewa sebelum kami pulang lagi. Setelah mendapat pengesahan keluar kami pun memulakan semester 4 di luar kolej kediaman dengan berbekalkan semangat untuk berdikari. Kami menyewa rumah yang terletak di Taman Rumah Murah Rakyat Nilai. Rumah yang kami sewa begitu strategik kerana berhadapan dengan surau hanya beberapa langkah sahaja. Memang niat kami untuk berjemaah dan menghidupkan surau taman tersebut kerana setelah sekian lama menyepi tanpa wujud solat jemaah di situ. Sebelum kami berpindah ke situ, kawan kami Mohd Nasharuddin telah pun dilantik menjadi imam di surau tersebut.

PENUBUHAN PERSATUAN SAHABAT RUMAH MURAH NILAI (PSRM)

Persatuan Sahabat Rumah Murah Nilai telah ditubuhkan secara rasminya pada 14 Januari 2009. Pengerusi disandang oleh Ahmad Majdi merupakan seorang yang berpengetahuan luas dalam bidang kepimpinan dan pengurusan manakala timbalannya pula ialah Mohd Helmi yang juga anggota suksis. Setiausaha dipegang oleh Samsul Haniff sementara itu bendahari dipertanggungjawabkan kepada Mohd Nasharuddin (imam). Selebihnya adalah AJK. Mohd Firdaus (Kebajikan), Mohd Alias (Ko kurikulum) Mohd Maizan (Kebersihan) Muhammad Yusuf (Perhubungan) Zakiri (Kerohanian) Ibrahim (Keselamatan). Walaupun persatuan kami tidak seberapa namun niat kami yang utama adalah untuk menjaga tali ukhwah persaudaraan dan persahabatan yang kami bina agar berkekalan.




PROGRAM PERTAMA DI SURAU
PSRM telah memutuskan untuk menganjurkan beberapa program bagi menghidupkan suasana surau Sri Nilai yang begitu menyepi. Kami mengambil langkah tersebut sebagai satu momentum untuk menarik minat lebih ramai jemaah yang hadir untuk sama-sama berjemaah di surau tersebut. Harapan ini disuarakan oleh pengerusi PSRM kepada setiausahanya supaya menyusun dan menyediakan jadual beberapa program seperti tazkirah. Setiausahanya pula berkata bahawa jadual tersebut akan diatur secepat mungkin dan akan dikuatkuasa dalam masa yang terdekat selewat-lewatnya 15 Januari 2009.



MAJLIS SAMBUTAN MAULIDURRASUL 1430H


Pada 11 Mac 2009 yang lepas PSRM telah menyusun satu program sempena Maulidur Rasul yang diadakan secara forum. Tema yang kami beri untuk forum khas tersebut ialah: " Rasulullah Insan Teladan sepanjang Zaman". Program tersebut diadakan selepas solat maghrib. Kemudian kami berselawat beramai-ramai. Selawat ini dipimpin oleh Saudara Mohd Yusuf B M. Noh. Sebelum forum bermula, Ustazah Siti Aisyah memulakan ucapan beliau dangan menghamburkan penghargaan yang tak terhingga buat kami kerana telah menyusun program yang julung kali diadakan program besar seumpama itu di surau tersebut. Suasana selepas tamat program

Walaupun begitu kami sebenarnya tidak layak untuk menerima pujian seperti itu. Oleh itu, kami kembalikan pujian itu kepada yang berhak iaitu kepada Tuhan sekalian alam yang layak untuk dipuji. Forum tersebut dipengerusikan oleh Mohd Helmi Mohd zin. Barisan ahli Panelnya pula ialah Zakiri Abd hamid, Mohd Nasharuddin Morsid dan Ahmad Majdi Sanusi. Secara ringkasnya forum tersebut menceritakan kisah sebelum dan selepas kelahiran nabi, akhlak serta sifat keperibadian Rasulullah SAW dan juga bagaimana untuk kita mengaplikasikan akhlak -akhlak Nabi dalam masyarakat kita hari ini khususnya remaja. Program tersebut berakhir pada jam 9.30 malam dan sebelum itu diakhiri dengan solat Isyak dan jamuan.

KEJOHANAN LIGA FUTSAL 6 SEBELAH

Kejohanan ini telah pun dilangsungkan pada 18 Mac 2009 yang lepas. Sebanyak empat pasukan yang menyertai dan memeriahakan kejohanan ini. Kami menghantar dua team iaitu Rumah Murah FC dan Gomo FC. Manakala dua pasukan jemputan ialah Move Back Sir dan Ngobok FC. Walaubagaimanapun pasukan Rumah Murah FC tersingkir awal apabila hanya sekadar mendapat 1 mata daripada 3 perlawanan dan dipaksa menghuni tangga tercorot liga. Manakala 1 lagi pasukan kami Gomo FC gah ditangga teratas liga apabila mengumpul 7 mata diikuti Move Back Sir 5 mata, Ngobok FC 3 mata. Walaubagaimanapun perlawanan akhir dimenangi oleh Move Back Sir apabila menang penentuan sepakan penalti apabila kedua-dua pasukan terikat 1-1. Kesemua perlawanan dilangsungkan pada sebelah malam bertempat di padang futsal kompleks sukan USIM.


CERAMAH ISRAK DAN MIKRAJ





Tanggal 1 Syaaban 1430H bersamaan 23 Julai 2009 telah berlangsung dengan jayanya sebuah program ceramah Israk dan Mikraj. Penceramah yang dijemput khas adalah sahabat kami Ustaz Mohd Najib B Taha yang juga merupakan NYDP Majlis Perwakilan Pelajar USIM.

No comments:

Post a Comment


About this blog

HALWA TELINGA