قال الشاعر :
إِذَا أَنْتَ لَمْ تَرْحَلْ بِزَادٍ مِنَ التُّقَى # وَلاَقَيْتَ بَعْدَ الْمَوْتِ مَنْ قَدْ تَزَوَّدَا
نَدِمْتَ عَلَى أَلاَّ تَكُوْنَ كَمِثْلِهِ # وَأَنَّكَ لَمْ تَرْصِدْ كَمَا كَانَ أَرْصَدَا
Telah berkata seorang penyair :
Jika kamu tidak berbekalkan untuk dirimu dengan ketakwaan sebelum kamu bertemu ajal # dan kamu akan bertemu dengan orang-orang yang telah berbekal dengan amalan soleh.
Kamu pasti akan menyesal kerana tidak seperti mereka # dan kamu tidak bersedia sepertimana mereka bersedia.
قال الشاعر:
تَوَاضَعْ تَكُنْ كَالنَّجْمِ لاَحَ لِناَظِرٍ # عَلىَ صَفَحَاتِ الْمَاءِ وَهُوَ رَفِيْعُ
وَلاَ تَكُ كاَلدُّخَانِ يَعْلُوْ بِنَفْسِهِ # عَلىَ صَفَحَاتِ الْجَوِّ وَهُوَ وَضِيْعُ
Telah berkata seorang penyair:
Rendahkanlah diri kamu nescaya kamu akan menjadi seperti bintang yang nampak jelas oleh orang yang melihatnya # walaupun ianya dilihat dipermukaan air masih kelihatan tinggi.
Janganlah kamu menjadi seperti asap yang naik tinggi dengan sendirinya # ke atas udara padahal ianya langsung tidak berharga.
قال الشاعر:
وَقَلَّ مَنْ جَدَّ فَيْ أَمْرٍ يُحَاوِلُهُ # وَاسْتَشْعَرَ الصَّبْرَ إِلاَّ فَازَ بِالظَّفَرِ
كَمْ حَاجَةً بِمَكاَنِ النَّجْمِ قَرَّبَهَا # طُوْلُ التَّرَدُّدِ فِي الرَّوْحَاتِ وَالْبُكُرِ
Telah berkata seorang penyair:
Siapa yang gigih berusaha untuk mendapatkan sesuatu # dengan penuh bersabar pasti dia akan mencapai segala yang diimpikannya.
Berapa banyak sekali hajat dan permintaan yang ia terdapat di bintang # dia mampu untuk memperolehinya dengan penat lelah disiang dan malam hari.
Copy From: http://egtanta.blogspot.com/2009/05/syair-arab.html
Sebagai pedoman bersama dalam merentasi perjalanan yang semakin mencabar ini. Hidup ini bukan sekadar untuk ketawa semata, tetapi penuh dengan tanggungjawab dari-NYA yang perlu di tunaikan. Hidup ini adalah amanah.