Sengaja memilih pandangan ini sebagai perkongsian buat semua kerana merangkumi pandangan ke dua belah pihak untuk kita menilai sendiri dan memahami apa persoalan pokok kepada isu ini.. "kebenaran tetap akan terzahir, walaupu cuba ditutup.."
Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar
Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen
daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang
masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.
Saya
akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu
telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

1.
Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah
tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau
pungutan suara bagi tujuan itu.
Berdasarkan sentimen
ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa
makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.
2.
Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah
menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya.
Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.
Bagaimanapun
bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu
atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat
mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak
mempedulikan Hari Hudud.

3.
Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan
menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh
mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.
Tetapi
Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan
berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini
tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di
Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan
Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.
4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?
Saya
telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada
masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti
itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri -
Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

Dan
juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan
yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam
hal ini.
Perkara yang paling penting untuk difahami
adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam.
Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem
sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.
5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.
Persoalannya
jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya
membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan
Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam
dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

Dan
masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan
oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan
lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.
6.
Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh
Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha
agung DAP.
Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan
dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza.
Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak
akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.
Nampaknya
DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam
usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz
hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

Yang
DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan -
mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia
tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh
perlembagaan.
Di Kelantan, PAS dengan yakin
mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk
melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati
permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau
mengkhianati rakan-rakan Pakatan.
Kita harus ingat
bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi.
Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

7.
Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau
di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam
kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa
ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.
Akta
Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini
perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan
seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi
undang-undang.
Jika Umno menolak melakukan ini, maka
PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan
tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai
perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam
yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu
kepala lembu dan sebagainya.

Apabila
Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua
kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.
8.
Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang
tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong
PAS (DHPP) mereka sendiri.
Saya tidak pasti jika
DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam.
Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud
tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

Golongan
berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya
fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru
memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan
dan untuk umat Islam sahaja.
9. Umat Islam liberal?
Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada
undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa
undang-undang.
Perlembagaan negara telah menyatakan
dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak
boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai
hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan
menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan
dibebaskan.

10.
Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di
Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah
memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu
dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya,
mereka boleh melakukan perkara yang sama.
11. NGO
seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain
perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi
risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.
Pakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah pensyarah di UIAM.
Tulisan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini.
"Mencorak Suasana Dengan Islam"