Tuesday, 7 December 2010

Rentetan Sebuah Perjalanan Di Bumi USIM

Tahun Satu










Tahun Dua










Tahun Tiga













Tahun Empat











Teman....
Pertemuan ini bukanlah suatu dirancang atau diduga.

Teman..
Pertemuan ini bukan mengharap habuan dunia semata.

Teman..
Pertemuan ini jua bukan mengisi jadual pembelajaran sahaja..

Teman..
Pertemuan ini bukan  memadai dengan menjadi tempat ketawa bersama..

Teman...
Pertemuan ini juga bukan menggarapkan perpisahan kan tiba...

Namun Sedarlah Wahai Teman..

Pertemuan ini diatur cantik oleh-NYA...

Bukan sekadar mengharap habuan duniawi,
Tapi merupakan medan mencari redha-NYA..

Jadual pembelajaran merupakan Task dari-NYA supaya lebih memahami sesama kita, 
Bukannya sebagai alat menjauhkan lagi kita..
Sedarlah teman! kawan bukan hanya untuk ketawa,
Namun, kawan sejati adalah yang sanggup bersedih bersama..

Teman! perpisahan sementara di medan ini
mengajarkan kita erti hidup ini penuh dengan amanah dari-NYA..

Amanah dari-NYA yang mengharapkan tangan-tangan kita melaksana...
Tinggalkanlah dunia kesukaan semata dan berpijaklah ke dunia realiti semasa...
 
Melangkah dan menerokailah ke dunia ini wahai temanku demi mencari redha-NYA...

Langkahlah....langkahlah Wahai Temanku....



Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu

Hidup dan suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu

Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..



"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday, 28 November 2010

Majlis akad nikah anak perempuan Ustazah Siti Aishah

 Semasa upacara akad nikah.

 Kedua mempelai diarak dengan menaiki tandu.


 Tarian piring menghiburkan pengantin dan hadirin yang hadir..


MAJLIS PERSANDINGAN : 28 NOVEMBER 2010

Thursday, 18 November 2010

IDEOLOGI MODEN & KESAN TERHADAP ISLAM

Kekalahan tentera salib yang dipimpin oleh Raja Louis (Perancis) dalam peperangan salib ke-8 pada tahun 1291M (690H) telah mendorong beliau untuk menulis 1 watikah yang menyatakan bahawa tiada lagi jalan untuk menewaskan umat Islam melainkan melalui serangan pemikiran.

Bermula dari saat itulah Barat mula mengatur langkah. Pertembungan antara Islam dan musuhnya kini beralih ke medan Aqidah & pemikiran. Barat menggerakkan seribu satu senjata dan wasilah dalam usaha mereka menyelewengkan umat Islam daripada landasan kebenaran. Benarlah firman Allah SWT dalam Al-Quran:
Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka.
(Al-Baqarah : 120)

Mereka tidak henti-hentinya memerangi kamu sampai mereka (dapat) mengembalikan kamu dari agamamu (kepada kekafiran)
(Al Baqarah : 217)

Musuh-musuh Islam tidak pernah jemu menjalankan tugas-tugas mereka. Serangan pemikiran dilancarkan ke atas umat Islam meliputi hampir keseluruhan bidang kehidupan manusia. Atas dasar inilah munculnya ideologi-ideologi ciptaan yang merupakan racun berbisa kepada pemikiran umat Islam.

DEFINISI IDEOLOGI

Ideologi berasal daripada perkataan Perancis, merupakan istilah yang sukar untuk ditakrifkan. Para pengkaji bertentangan pendapat dalam mentafsirkan istilah moden ini. Ada pendapat yang menyempitkan skopnya dengan menghadkan ideologi kepada fahaman-fahaman & aliran-aliran pemikiran yang berkaitan dengan politik, kuasa & pemerintahan negara sahaja. Sememangnya definisi inilah yang digunakan dan difahami oleh masyarakat. Namun hakikatnya lebih luas daripada itu, meliputi segala jenis hasil pemikiran dan thaqafah masyarakat, merangkumi politik, ekonomi, sosial, psikologi, thaqafah & sebagainya.

Oleh itu, ideologi ditakrifkan ‘Fahaman dan pegangan yang dihasilkan melalui pemikiran & thaqafah masyarakat’.

Ada juga yang mentakrifkan ideologi sebagai ‘Rangkaian pemikiran dan pandangan bertujuan menentukan pendirian seseorang terhadap isu-isu dan persoalan-persoalan kehidupan yang dihadapi oleh masyarakat’.

Berdasarkan kepada takrif di atas, perbezaan ketara antara keduanya adalah ideologi bersumberkan akal manusia, manakala agama, sumbernya wahyu Ilahi.

Oleh kerana ideologi manusia terlalu banyak, di mana bermulanya ideologi pada ketika umat manusia mula melanggar hukum-hakam Allah SWT dan menjadikan akal & hawa nafsu sebagai tuhan mereka.

1- RASIONALISME (AQLANIYAH)

Rasionalisme atau ‘Aqlaniyah adalah aliran yang menjadikan akal manusia sebagai asas dan tunggak yang menentukan hak atau batil, dengan mengenepikan agama sebagai sumber utama dalam menentukan hukum.

Daripada aliran ini, terpancarnya pelbagai mazhab dan teori dalam pelbagai bidang ilmu, pemikiran & kehidupan. Pendokong-pendokong fahaman ini menggunakan akal semata hatta dalam perkara ghaib, yang terbatas pada pemikiran manusia. Justeru lahirlah pandangan-pandangan berkenaan hakikat manusia, kejadian alam, yang didasarkan kepada akal semata-mata, bertentangan dengan hakikat yang sebenar.

Fahaman ini lahir lebih awal sedikit daripada sekularisme iaitu selepas pemberontakan rakyat terhadap penyelewengan gereja. Rasionalisme menolak ketuhanan sebagai sumber, sekaligus bermakna pemberontakan terhadap agama Kristian di Eropah ketika itu. Walaubagaimanapun fahaman ini tenggelam selepas kemunculan sekularisme pada zaman kebangkitan Eropah (Renaissance; kurun ke-16) yang menggabungkan antara akal & fakta-fakta ilmu yang dihasilkan melalui kajian & percubaan .

2- SEKULARISME (
العلمانية)

Definisi :

Sekularisme berasal daripada perkataan Inggeris (Secularism) yang bererti : fahaman tidak beragama. ‘Secular’ ditakrifkan oleh kamus Oxford sebagai : ‘Wordly or material, not religious or spiritual’ yang bermaksud : Keduniaan atau kebendaan, tidak beragama atau tiada roh.

Dalam bahasa Arab, para ulama’ berbeza pendapat dalam mencari istilah terbaik terhadap istilah Inggeris (Secularism).

a) Pendapat pertama menyatakan istilah sebetulnya adalah (
العلمانية) yang dinisbahkan kepada (العلم) yang bermaksud (العالم) alam atau dunia; iaitu fahaman keduniaan dan kebendaan, material, bertentangan dengan roh, alam ghaib dan ketuhanan. Bukannya (العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم). Mereka yang berpendapat sebegini ialah Dr. Abdul Halim Mahmud, Dr. Mohd Al-Bahiy & Sheikh Jadal Haq Ali Jadal Haq.

Mu’jam Arabi Asasi juga sealiran dengan pendapat ini, di mana disebut definisi (
علماني) ;

علماني (منسوب الى العلم و هو العالم): غير ديني (لا ديني)

b) Pendapat yang menyatakan terjemahan yang betul adalah (
العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم) ilmu kerana asal sekularisme adalah daripada perkataan Latin (Secularius) yang bermaksud : Orang yang berilmu tinggi. Pendapat ini adalah pandangan Dr. Ali Juraishah.

Dr. Yusuf Al-Qaradhawi menyatakan, diterjemahkan (Secularism) kepada (
العلمانية) dinisbahkan kepada (العلم) ilmu kerana yang dikehendaki di situ adalah ilmu yang dihasilkan melalui kajian-kajian, percubaan material dan pemikiran manusia yang tiada kaitan dengan agama, wahyu & ketuhanan.

Perlu difahami bahawa sekularisme tidak mengingkari kewujudan tuhan & alam ghaib. Sekularisme hanya mengenepikan agama daripada urusan kenegaraan, kemasyarakatan & ekonomi. Sekularisme berlainan daripada fahaman Atheis yang mengingkari kewujudan tuhan. Sekularisme meletakkan agama dalam ruang lingkup yang sempit dan membenarkan setiap individu menganut agama yang disukainya.

Sejarah Kemunculan :

Sekularisme lahir di tengah-tengah masyarakat Eropah yang dikuasai gereja. Pada zaman kegelapan (
عصر الظلام) sehingga kurun ke 17, gereja berkuasa penuh dalam pemerintahan negara. Penyelewengan agama Allah SWT yang diturunkan kepada Nabi Isa AS dilakukan sesuka hati gereja berdasarkan maslahat & kepentingan duniawi semata. Pada tahun 1215M, perhimpunan Rome memberikan Pope hak pengampunan dosa & kesalahan. Pada 1869M pula, perhimpunan yang sama memberikan Pope keistimewaan terpelihara daripada dosa (عصمة) dan kesilapan, sekaligus memberikan hak ketaatan mutlak kepada Pope daripada para penganut Kristian. Inilah gambaran penyelewengan gereja yang bertujuan mengekalkan kuasa mereka.

Tidak cukup dengan itu, pada tahun 1478M, ditubuhkan di Sepanyol (ada yang menyatakan di Perancis) mahkamah yang dinamakan (
محاكم التفتيش) yang menggambarkan sifat gereja dan kemenangan mereka yang tidak terhingga. Mahkamah ini bertugas menghukum sesiapa sahaja yang menentang atau mempertikaikan gereja & kebenaran ajaran pegangannya. Dianggarkan mangsa mahkamah ini menjangkau angka 300 ribu. Sebanyak 32 ribu dibakar hidup-hidup. Antaranya ialah ahli geografi terkenal, Bruno yang mengeluarkan teori pusingan bumi.

Dari segi politik & ekonomi, sistem feudal berleluasa. Politik & ekonomi dilindungi golongan feudal yang memperhambakan rakyat. Pemerintah-pemerintah negara mengamalkan sistem diktator yang menghalang kesedaran rakyat untuk bersuara dan menikmati hak-hak mereka.

Tekanan-tekanan yang melingkungi dunia barat inilah yang meledakkan kebangkitan rakyat bagi mengubah keadaan. Lalu muncullah seruan agar dipisahkan agama daripada urusan negara dengan meletakkan Kristian di sudut yang sempit sahaja. Lahirlah para pemikir, ahli falsafah, tokoh reformasi seumpama Martin Luther, Voltier, Jean Jack Rosseau dan sebagainya yang menyeru ke arah pembaharuan, antaranya pemisahan agama daripada urusan pemerintahan.

Kemunculan arus pembaharuan ini berlaku apabila tercetusnya Revolusi Perancis pada tahun 1789M yang mengangkat slogan ‘Gantunglah Raja Yang Terakhir Dengan Tali Perut Paderi Yang Terakhir’.

Revolusi Perancis telah membuahkan beberapa perkara :

i- Menyempitkan bidang agama Kristian dalam bidang-bidang keagamaan sahaja.
ii- Menolak kristian sebagai sistem politik, ekonomi & pelbagai sistem kehidupan
iii- Muncul aliran rasionalisme yang meletakkan akal sebagai asas
iv- Muncul fahaman sekularisme & individualisme yang memberikan kebebasan penuh kepada manusia dalam menjalani kehidupannya.

Suasana baru yang melanda Eropah telah membawa mereka kepada Zaman Pembaharuan & Pembangunan. Eropah berjaya mencetuskan Revolusi Perindustrian yang memberikan saham utama kepada Eropah bagi membina kekuatan mereka. Kemudian berlaku perluasan kuasa di Eropah apabila mereka menjajah negara-negara di bawah Khilafah Uthmaniyah dan akhirnya menghancurkan khilafah.

Pada ketika itu, bermulalah pertarungan antara Islam & sekularisme.

Ciri-ciri fahaman sekularisme:

i- Mengenepikan perkara-perkara ketuhanan, alam roh & segala pegangan yang berkaitan dengannya dalam seluruh kajian & teorinya.
ii- Memusuhi agama, berusaha meletakkan agama dalam lingkungan yang sempit dan menjadikan agama sebagai hak kebebasan individu
iii- Material, kebendaan & duniawi semata

Sekularisme dalam beberapa bidang sosial:

Pendidikan
i) Menyekat pendidikan agama
ii) Menggalakkan pendidikan bukan agama
iii) Memandang rendah pendidikan agama & menyifatkannya sebagai kolot & mundur
iv) Menghadkan peluang pekerjaan bagi lulusan bidang agama.
v) Membangunkan dengan pesat pusat-pusat pengajian yang tiada pengajian agama
vi) Memperbanyakkan penghantaran pelajar-pelajar ke luar negara dalam pelbagai bidang ilmu selain bidang agama
vii) Menggalakkan percampuran lelaki & perempuan di sekolah & pusat pengajian
viii) Tiada penekanan akhlak & norma-norma Islam; menutup aurat, pakaian Islam & sebagainya.

Media Massa
Seandainya pensekularan pendidikan bertujuan untuk melahirkan generasi yang memisahkan agama & kehidupan pada masa akan datang, maka pensekularan media massa bertujuan mendoktrinkan pemikiran generasi masa kini. Bidang pendidikan hanya membabitkan golongan pelajar sahaja, tetapi media massa mampu menusuk masuk ke kepala setiap anggota masyarakat.

Media massa dikotori dengan cara :
i) Menyiarkan gambar & filem yang lucah
ii) Menyiarkan filem-filem yang menghina & memburukkan Islam
iii) Mengagung-agungkan kehidupan dunia, alam maksiat & fasiq
iv) Mengagungkan artis & seniman
v) Menggalakkan unsur-unsur seks, ganas & keruntuhan nilai & akhlak
vi) Mengagungkan dunia barat sebagai simbol kemajuan, pembangunan & kemajuan dunia
vii) Menyebarkan ideologi-ideologi manusia yang tidak bertepatan lagi bertentangan dengan agama.

Undang-undang
Pensekularan undang-undang di dunia Islam bermula di Turki pada 1857M, kemudian merebak ke Mesir pada 1875M, di mana munculnya beberapa undang-undang yang diambil bukan bersumberkan syariah Islamiyah.

Di Turki, apabila khilafah dihapuskan secara rasmi pada tahun 1924, undang-undang Turki diubah:
1- Undang-undang sivil diambil dari Switzerland
2- Undang-undang jenayah diambil dari Itali
3- Undang-undang perniagaan diambil dari Jerman
Undang-undang Islam yang menjadi kanun di kebanyakan negara umat Islam berjaya ditukar dengan undang-undang sekular oleh Barat, berlaku ketika penjajahan Barat ke atas negara-negara umat Islam. Negara kita Malaysia juga tidak terlepas daripada usaha ini.

Perlembagaan negara sehingga kini adalah perlembagaan yang diletakkan oleh Suruhanjaya Lord Reid diambang kemerdekaan dahulu. Begitu juga kebanyakan undang-undang negara adalah tidak berdasarkan kepada syariat Allah SWT, bahkan membelakangkan syariat-Nya.

Wasilah-wasilah penyebaran sekularisme:

1) Orientalis - Gerakan yang diasaskan oleh Barat untuk mengkaji ilmu, adab, bahasa, thaqafah & tamadun Timur khasnya Islam, dengan tujuan menjahanamkannya.
2) Gerakan Kristianisasi
3) Gerakan Pembaratan - Seperti usaha Mustafa Kamal Attartuk membaratkan negara Turki selepas keruntuhan Khilafah Uthmaniyah.
4) Penjajahan negara umat Islam
5) Gerakan Yahudi Sedunia (FREEMASON).

3- LIBERALISME (
اللبرالية)

Falsafah ini muncul di Eropah pada permulaan kurun ke-19. Tiada satu definisi yang disepakati terhadap istilah ini. Kefahamannya berlainan antara satu tempat dengan yang lain, antara seorang ahli falsafah dengan yang lain.

Fahaman ini mula-mula muncul di England, bermaksud menyeru kepada kebebasan individu dalam menjalani hak-hak mereka tanpa ada campurtangan negara. Fahaman ini menekankan aspek persamaan taraf & kebebasan.

Ia memusuhi agama yang dianggap menyekat kebebasan manusia. Liberisme biasanya dikaitkan dengan slogan ‘Pembangunan & Kemajuan’. Berakar umbikan fahaman inilah munculnya kapitalisme yang terpengaruh dengan pendapata Adam Smith, yang memberikan kebebasan berniaga & berlumba dalam pasaran.

Liberalisme muncul kesan daripada kekejaman gereja & kediktatoran pemerintah pada waktu itu yang membawa kepada pemberontakan rakyat menuntut hak-hak mereka.

4- KAPITALISME

Sistem ekonomi lahir ekoran daripada fahaman sekularisme, individualisme & liberalisme. Pengasasnya ialah Adam Smith (1723-1790) yang mengarang buku bertajuk ‘An Inquiry into the Nature and Causes of the Wealth of Nations’.

Buku beliau dikira pencetus kapitalisme sebagai sebuah sistem ekonomi.

Antara ciri-ciri kapitalisme :
i- Kebebasan ekonomi
ii- Kebebasan individu memiliki harta; dibahagikan kepada 2 peringkat:
• Pemilikan mutlak tanpa sebarang had (peringkat permulaan munculnya kapitalisme)
• Pemilikan tidak mutlak, dihadkan sebahagian milik individu sebagai kepentingan sosial. (Peringkat inilah yang berleluasa di negara-negara kapitalis ketika ini)
iii- Sistem faedah atau riba’

Antara kegagalan sistem ini :
i- Pengangguran
ii- Inflasi
iii- Ihtikar
iv- Sifat individualisme yang menghancurkan hubungan dalam masyarakat
v- Kebebasan perniagaan yang tiada had meliputi anasir-anasir yang memudaratkan seperti dadah, arak & seumpamanya.

5- SOSIALISME & KOMUNISME

Sosialisme adalam sistem ekonomi yang dihasilkan oleh pemikiran komunis. Karl Marx dianggap pengasas kepada sistem ini. Sosialisme adalah marhalah pelaksanaan ekonomi yang akan membawa akhirnya kepada komunisme. Perbezaan antara kedua-duanya boleh dilihat dalam slogan ini :


Sosialisme -

من كل حسب طاقته, و لكل حسب عمله

Daripada setiap individu mengikut kekuatan & tenaganya (penentu kerja) dan bagi setiap individu mengikut kerja yang dilakukan (upah).
Komunisme –
من كل حسب طاقته, و لكل حسب حاجته

Daripada setiap individu mengikut kekuatan dan tenaganya dan bagi setiap individu mengikut keperluannya.

Ciri utama sistem ini adalah menghapuskan hak milik harta individu. Namun penghapusan ini tidaklah secara total seperti mana yang dilaungkan. Negara memiliki komponen-komponen pengeluaran & rakyat berhak memiliki barang keperluan.

Kegagalan sistem sosialis tidak dapat dinafikan lagi. Fenomena ekonomi & kemunduran yang wujud di negara-negara sosialis dan kejatuhan Soviet Union menjadi sejelas-jelas bukti kegagalan sistem ini.


SLOGAN-SLOGAN BERACUN

Dalam usaha Barat memastikan kejayaan mereka meracuni pemikiran umat Islam, pelbagai slogan yang mengaburkan mata dilaungkan di samping ideologi-ideologi perosak yang lain. Melalui tangan-tangan penjajah, zionis sedunia, orientalis & musuh-musuh Islam yang lain, mereka berjaya mengubah corak pemikiran umat Islam.

Slogan-slogan yang sering dipromosi sebagai slogan kemanusiaan adalah :

A) Kebebasan

Mencakupi segala-galanya; berfikir, beri’tikad, bersosial, bersuara dan sebagainya. Kebebasan yang tidak dihadkan dengan Ubudiyyah kepada Allah SWT.

B) Persamaan taraf dalam segalanya sehingga wanita pun menuntut persamaan taraf dengan lelaki

C) Kemajuan & kemunduran

Pengukur kemajuan & kemunduran berdasarkan material semata. Barat & tamadunnya digambarkan sebagai simbol kemajuan. Islam & tamadunnya pula dicop sebagai mundur & kolot.

D) Semangat perkauman (nasionalisme)

Dengan tujuan memecah-belahkan umat manusia & memadamkan kekuatan Islam yang mampu menyatukan bangsa yang berbilang-bilang

E) Kebebasan wanita

Tuntutan wanita akan hak-hak kebebasan mereka dalam kehidupan tanpa hudud atau sempadan yang menyekat kebebasan mutlak wanita. Tujuan jahat mereka ini bertitik tolak daripada pengetahuan bahawa jalan paling dekat untuk merosakkan sesebuah masyarakat adalah dengan merosakkan terlebih dahulu wanitanya.

Ideologi yang bertumbuh di Barat seperti cendawan merebak ke negara-negara umat Islam. Negara-negara yang mengamalkan Islam sebagai cara hidup meliputi bidang-bidang sosial, politik, ekonomi dan sebagainya.

Persoalan timbul; adakah ideologi-ideologi tersebut sesuai untuk menggantikan Islam sebagaimana Kristian digantikan di Barat?

Sudah tentulah jawapannya tidak, kerana Islam Deen yang syumul merangkumi segenap aspek kehidupan manusia. Tidak boleh disamakan sama sekali dengan keadaan yang wujud di dunia Barat. Perbezaan tersebut ternyata sekali :

(1) Kristian menerima pemisahan antara perkara-perkara ibadah dan ketuhanan dengan perkara-perkara pemerintahan & negara. Sebagaimana yang diriwayatkan oleh injil kata-kata Nabi Isa AS

دع ما لقيصر لفيصر , و ما للٌة للُة

(2) Di dalam kristian tiada manhaj kehidupan yang sempurna berbanding Islam yang mencakupi segala penjuru kehidupan
(3) Tiada dalam Islam kuasa mutlak ketua agama, sebagaimana Pope dalam Kristian
(4) Sejarah Kristian berlainan daripada sejarah Islam. Zaman Kristian memerintah di Eropah (kurun 11-16) dikenali sebagai Zaman Kegelapan. Sementara Islam ketika menerajui kepimpinan dunia mencipta keagungan tamadun yang tiada tolok bandingnya dalam sejarah manusia.




Faktor-faktor Ideologi dianuti dalam dunia Islam

i) Umat Islam meninggalkan ajaran Islam yang syumul
ii) Kejahilan tentang Islam
iii) Tersebarnya ideologi-ideologi tanpa disedari
iv) Usaha sungguh musuh-musuh Islam
v) Kagum dengan Tamadun Material Barat

Senario pertembungan antara Islam & musuh-musuhnya tidak pernah berakhir. Sejak kebangkitan Rasulullah SAW membawa risalah Islam sehingga hari ini, Islam sentiasa dicabar & tercabar. Musuh sentiasa memerhatikan gerak geri umat Islam dan tidak henti-henti mencari peluang untuk merosakkan Islam.

Umat Islam mestilah bersedia menghadapi cabaran ini sekiranya mahu melihat Islam kembali menerangi dunia yang sekian lama diliputi awan mendung.

Tuesday, 16 November 2010

Perutusan Eidul Adha




(Hadiah Dari PRSM)

كل عام وأنتم بخير



Saturday, 6 November 2010

SEBAB MATA LELAKI GEMAR MELIHAT BADAN WANITA

Malam pasangannya siang, Jaga pasangannya tidur, Rajin pasangannya malas, Dan lelaki pasangannya perempuan.

Kerana perempuan adalah pasangan kepada lelaki, maka Allah telah menciptakan bentuk badan wanita itu dapat memikat hati lelaki.

Bila berkata tentang terpikat, maka ia ada hubung kait dengan nafsu. Jika ia ada hubungkait dengan nafsu, ianya ada hubungan pula dengan bisikan syaitan.

Jadi untuk mengawal nafsu, mestilah dikawal dengan iman. Untuk mendapatkan iman mesti menurut perintah Allah dan RasulNya dan menjauhi laranganNya.

Pada mata lelaki, perempuan ini adalah simbol. Simbol apa, semua orang tahu. Orang lelaki mempunyai imaginasi yang nakal jika tidak dikawal dengan iman. Maka mata lelaki ini selalu menjalar apabila terlihat seorang perempuan.

Setiap bentuk badan seorang perempuan boleh dihayati oleh seorang lelaki dengan berbagai-bagai tafsiran nakal nafsu. Apabila seorang lelaki terlihat seorang perempuan, maka perkara pertama yang akan dilihatnya ialah rambut wanita berkenaan. Maka akan ditafsirlah berbagai2 cara oleh seorang lelaki akan rambut wanita berkenaan.

Oleh kerana itulah wanita wajib menutup rambutnya. Apabila rambut wanita itu telah ditutup, maka mata lelaki itu akan turun ke bawah melihat bentuk lehernya, maka wajiblah wanita itu menutup lehernya. Maka mata lelaki itu akan turun lagi melihat bentuk payu daranya, maka wanita itu berkewajipanlah menutup bentuk payu daranya dengan melabuhkan tudungnya.

Setelah itu mata lelaki akan turun lagi melihat bentuk ramping pinggangnya, maka labuhkanlah pakaian supaya tidak ternampak bentuk pinggangnya, maka mata lelaki itu akan melihat pula akan bentuk punggungnya, maka wajiblah wanita itu membesarkan pakaiannya agar bentuk punggung tidak kelihatan, dan lelaki itu akan pula melihat bentuk pehanya, maka janganlah sesekali wanita itu memakai kain yang agak ketat sehingga terlihat bentuk pehanya walau sedikit, maka akan dilihat lagi oleh lelaki itu akan bentuk kakinya pula, maka janganlah wanita itu berseluar, kerana terus-terang pihak lelaki bercakap, walau muslimah itu bertudung labuh, berbaju labuh, jika beliau memakai seluar,walau nampak besar sedikit, nafsu kami lelaki akan terusik secara sepontan, entah tak tahu Kenapa?

Mata lelaki ini nakal, setelah tidak ternampak akan bentuk kakinya, maka akan dilihatlah pula akan mata lelaki itu kepada kakinya, maka wajiblah wanita itu untuk menolong lelaki itu tidak berdosa, menutup kakinya dengan melabuhkan kain, atau memakai stokinyg warnanya jangan sesekali berwarna kulit perempuan, maka mata lelaki ini akan kembali ke atas, akan melihat pula bentuk tangan wanita itu, maka tolonglah wahai muslimah, agar melabuhkan tudung menutupi bentuk tangannya yang indah pada pandangan lelaki.

Maka wahai lelaki, janganlah pula kamu melihat mukanya, kerana ia akan menimbulkan fitnah, kecuali jika kamu wahai lelaki, ingin meminangnya. Jika wanita itu cukup soleh, takut mukanya yang cantik akan menimbulkan fitnah, maka berpurdahlah kamu, jika itu lebih baik untuk kamu.

Tetapi mata lelaki ini ada satu lagi jenis penyakit,iaitu mata lelaki itu akan tertangkap dengan sepontan jika ia terlihat warna yang menyerlah atau terang jika ianya berada pada perempuan.

Maka oleh itu wahai perempuan, tolonglah jangan memakai pakaian yang warnanya terang-terangan sangat. Jika hendak pakai pun, pakailah untuk suami. Itulah wahai muslimah, jika anda semua ingin tahu apakah dia mata lelaki itu, dan perlu diingatkan, jika semua aurat telah ditutup, jangan anggap tugas kita telah selesai, perlulah pula kita menjaga kehormatan diri masing2, jangan keluar seorang2,keluarlah dengan mahram, atau keluarlah sekurang2nya 3 wanita agar tidak diganggu gangguan luar, mata lelaki pula janganlah menjalar langsung kepada muslimah, walau muslimah itu telah menutup aurat, insyaAllah selamat dunia akhirat.

Seperti firman Allah,"Dan tundukkanlah pandanganmu dan jagalah kemaluanmu". Dunia sekarang telah banyak yang cacat celanya, sehingga ketaraf seseorang yang memakai tudung masih beliau tidak menutup aurat, dan pada kaum lelaki, mata kamu itu wajib untuk tidak mencuri2 melihat wanita muslimah, kerana ia dilarangi oleh Allah SWT.

Ingat-ingatkanlah wahai muslimin muslimat. Sekilau-kilau berlian paling menarik untuk dicuri.. Seindah-indah ciptaan adalah yang paling sukar untuk dijaga…


wasalam………………….


Sumber: http://www.facebook.com/note.php?note_id=154868961220994&id=114526911912691

Thursday, 28 October 2010

Friday, 22 October 2010

HASIL KUNJUGAN HORMAT MPP KE ATAS TNC (AA) USIM

ALUAN PENGERUSI MAJLIS (PROF. DR. MUSA AHMAD, TNC AA)  Pengerusi mengucapkan terima kasih dan tahniah kepada barisan MPP kerana mengatur pertemuan rasmi bersama TNC AA dalam membincangkan isu-isu berkaitan hal ehwal akademik. Pengerusi mengakui keperluan mewujudkan platform antara pihak pengurusan universiti dan pelajar, sama ada secara khusus melalui mesyuarat rasmi atau melalui dialog terbuka di peringkat fakulti. Beliau turut mencadangkan agar pertemuan ini diadakan secara berkala, sekurang-kurangnya sekali bagi setiap semester.   ALUAN YANG DIPERTUA MPP  Yang Dipertua MPP, saudara Muhammad Hilmi Juhari mengucapkan terima kasih atas kesudian Y.Bhg.Prof. menerima kunjungan hormat daripada MPP. Yang Dipertua memaklumkan bahawa kunjungan hormat MPP bersama pihak pengurusan tertinggi universiti merupakan salah satu agenda tahunan MPP dalam membawa isu-isu penting melibatkan hal ehwal mahasiswa. Beliau turut memaklumkan kehadiran empat orang wakil pelajar program Tamhidi yang turut serta dalam sesi mesyuarat kali ini.
ADUAN / ISU Isu penamatan kontrak dua pengajar Pusat Tamhidi Tuntutan/Cadangan MPP:  Memohon pertimbangan dan budi bicara daripada Y.Bhg. Prof. untuk mendengar penjelasan secara lisan daripada wakil pelajar Tamhidi berhubung isu tersebut.  Respon wakil pelajar:  1. Ketiadaan dua pensyarah tersebut dianggap suatu kehilangan besar kepada USIM. Kebanyakan pelajar program Tamhidi menyambung pengajian di USIM atas saranan bekas pelajar Tamhidi yang memberi keyakinan kepada mereka terhadap kredibiliti dan kualiti kedua-dua tenaga pengajar itu. (Asyraf)  2. Sikap pensyarah tersebut cukup memberi kesan kepada pelajar, terutama dari sudut kesungguhan belajar dan pentingnya nilai ukhuwah yang diterapkan. (Azly)  3. Hubungan akrab antara pensyarah dan pelajar yang ditonjolkan menyebabkan pelajar selesa berdampingan bagi meminta bantuan dalam hal akademik. (Amirul)  Respon TNC AA:  1. Mengakui rekod cemerlang ditunjukkan oleh kedua-dua pensyarah tersebut sepanjang karier mereka sebelum ini, serta menganggap mereka bukan sekadar guru biasa, sebaliknya menjalankan peranan sebagai pendidik yang sebenar. 2. Menjelaskan bahawa isu yang timbul bukan disebabkan oleh isu prestasi, tetapi isu pentadbiran yang tidak dapat dielakkan, terutama apabila melibatkan isu audit urustadbir sumber manusia mengikut panduan yang ditetapkan oleh JPA dan akta-akta berkaitan (RUJ: USIM(S) 1.1.2/10/1 JILID 2 (29)).  3. Pensyarah terbabit dimaklumkan telah mengambil pilihan untuk bersara secara pilihan. Dalam masa yang sama, pihak universiti mengambil langkah alternatif bagi memastikan keperluan pelajar mendapatkan tenaga pengajar berkualiti dipenuhi, seperti tawaran kepada pihak terbabit untuk bertugas sebagai TPS.  4. Mengharapkan agar isu tersebut tidak menjejaskan tumpuan pelajar dalam akademik serta mengambil sikap positif sebelum menduduki peperiksaan akhir.   Pelaksanaan e-Hadir Tuntutan/Cadangan MPP: Perlaksanaan sistem e-Hadir bagi menentukan status pelajar layak menduduki peperiksaan akhir, tidak digunapakai pada semester ini. - Dicadangkan agar sistem e-Hadir hanya dilaksanakan secara sepenuhnya pada semester depan, ketika semua pihak bersedia dan yakin sistem tersebut tidak memberi sebarang masalah lagi.   Respon wakil pelajar:  1. Sebahagian besar komen daripada pensyarah dan pelajar yang diperoleh berhubung sistem ini membuktikan sistem e-Hadir masih diragui. Bahkan, ada sebilangan pelajar yang menipu dalam kehadiran mereka. (Abdullah) 2. Pegawai PTM memaklumkan bahawa sistem tersebut masih lagi di peringkat percubaan. Justeru, setiap pensyarah telah diingatkan agar turut mengambil kedatangan secara manual bagi mengelakkan pelajar tersilap maklum apabila merujuk kehadiran mereka dalam sistem tersebut. (Fakhruddin)  Respon TNC AA:  1. Perbincangan secara khusus telah diadakan dalam Mesyuarat Pengurusan Akademik (MPA) berkenaan hal ehwal operasi akademik, termasuk kepengurusan dalam sistem e-Hadir.  2. Senarai pelajar yang gagal menduduki peperiksaan telah dikeluarkan oleh Bahagian Akademik. Diakui jumlahnya sangat ramai dan menimbulkan keraguan.  3. Surat arahan telah dikeluarkan kepada semua dekan bagi mengingatkan kepada semua pensyarah agar menggunapakai kedua-dua kaedah (sistem dan manual) bagi mendapatkan kehadiran pelajar ke kuliah.  4. Bagi pelajar yang disenarai gagal menduduki peperiksaan, Bahagian Akademik akan mengambil tindakan mengesahkan senarai tersebut di peringkat fakulti terlebih dahulu. Pelajar yang berkaitan hanya disahkan gagal menduduki periksaan apabila menerima surat daripada PPS. 5. Pihak Universiti sentiasa berusaha meningkatkan kecekapan sistem tersebut. Sekiranya masih wujud keraguan atau masalah dalam sistem e-Hadir, pihak universiti akan menimbangkan cadangan untuk menggunakan kaedah bio-matrik (cap jari) menggantikan sistem tersebut.  Jadual Peperiksaan Akhir bagi Semester 1 sesi Akademik 2010/2011   Tuntutan/Cadangan MPP:  1. Sistem Jadual Peperiksaan Akhir bagi semester ini dirombak semula mengikut tarikh asal dalam Takwim Akademik sesi 2010/2011, iaitu selama 3 minggu.  2. Peperiksaan dijalankan pada dua sesi sahaja dalam satu hari (pagi dan petang), dan tidak seperti perubahan terkini, iaitu 3 sesi pada satu hari.  Respon wakil pelajar:   1. Rentetan daripada isu jadual peperiksaan, terdapat kes melibatkan seorang pelajar yang menangguh semester, berdepan kesulitan apabila pertindihan waktu peperiksaan bagi subjek diambil serta menghadapi masalah status tidak daftar kursus. (Najib)  2. Penyusunan waktu bagi peperiksaan pada kali ini dilihat tidak sesuai dengan keadaan pelajar USIM, terutama apabila berlaku perturutan peperiksaan bagi dua subjek satu hari, serta kesuntukan waktu yang menyukarkan untuk rehat dan solat. Kebimbangan juga timbul berkaitan mutu jawapan oleh pelajar. (Abdullah)  3. Berlaku kesilapan dalam jadual peperiksaan yang dikeluarkan apabila terdapat subjek yang tidak memerlukan peperiksaan akhir, turut disenaraikan dalam jadual tersebut. (Azly)  Respon TNC AA:   A. ISU TEMPOH PEPERIKSAAN DUA MINGGU  1. Keputusan pihak Universiti memendekkan tempoh peperiksaan kepada 2 minggu disebabkan oleh kesuntukan masa bagi mencapai tarikh yang ditetapkan KPT untuk keluarkan keputusan peperiksaan bagi semester ini.  2. Pemendekan tempoh tersebut juga bagi memberi masa yang mencukupi kepada para pensyarah menanda kertas jawapan peperiksaan.  3. Selain itu, fasa atau proses tertentu yang perlu dilalui seperti janaan PNGK, mesyuarat Jawatankuasa Pemeriksa Pra-Siswazah(JPPF), mesyuarat di peringkat fakulti serta Mesyuarat Senat yang memakan masa turut memberi kesan kepada keputusan pemendekan tempoh peperiksaan.  4. Bahagian Akademik telah berusaha yang terbaik dengan mengambil kira masalah sampingan yang cuba dielakkan, bagi mengelakkan kesan ‘berantai’ seperti penundaan tarikh daftar kursus untuk semester akan datang.   B. ISU TIGA SESI PEPERIKSAAN DALAM SATU HARI   1. Bahagian Akademik telah mengkaji keberkesanan perlaksanaan tiga sesi bagi satu hari, termasuk mengadakan simulasi dan melakukan perbandingan dengan universiti-universiti lain yang berpengalaman dalam perlaksanaan tersebut.  2. Pihak Universiti telah mengambil kira masalah-masalah yang mungkin berlaku, termasuk waktu solat dan masa rehat atau makan. Pembahagian sesi peperiksaan berdasarkan ketetapan seperti berikut: i. Slot 1 (8.30 – 11.30 pagi) bagi subjek 3 jam masa peperiksaan ii. Slot 2 (12.30 – 3.00 petang) bagi subjek 2 jam 30 minit iii. Slot 3 (4.00 – 6.-00 petang) bagi subjek 2 jam masa peperiksaan  3. Memberi jaminan kepada pelajar bahawa tidak akan ada dua subjek yang diduduki secara berturutan sesi.  4. Draf akhir bagi jadual peperiksaan akan dikeluarkan sekali lagi dalam minggu ini. Pelajar diminta merujuk draf tersebut untuk mengetahui sebarang perubahan terkini. Sekiranya masih berlaku masalah berturutan sesi, pelajar diminta untuk segera berhubung dengan Bahagian Akademik.   Malaysian University English Test (MUET)  Masalah MUET di kalangan pelajar tahun akhir yang belum mencapai tahap diperlukan untuk bergraduasi.   Tuntutan/Cadangan MPP:  1. Menuntut agar ketetapan tahap MUET Band 3 dilonggarkan dengan pengecualian kepada pelajar tahun akhir pada sesi Akademik ketika ini.  2. Menuntut agar dirombak semula sistem pengajian bahasa termasuk perlaksanaan program ELSP dan relevansi subjek Bahasa Inggeris 3.  3. Bagi subjek Bahasa Inggeris 3 yang bertujuan memperkasa pencapaian MUET, dilihat membebankan pelajar, dicadangkan agar subjek tersebut dimansuhkan, ATAU tidak dimasukkan dalam sistem kredit penilaian pengajian pelajar.   Respon TNC AA:   1. Pihak Universiti secara kolektif telah menetapkan keputusan untuk keperluan Band 3 bagi pelajar yang ingin bergraduasi adalah muktamad. (Mesyuarat Senat Universiti kali ke-51, bil.3/2010)  2. Bahagian Akademik hanya menerima aduan berhubung isu Bahasa Inggeris 3 daripada pelajar FPQS. Tindakan sudah mula diambil dan kajian akan dilaksanakan secara menyeluruh berhubung dakwaan tersebut.  3. Pihak Universiti melihat keperluan ELSP tetap wujud, meskipun bukan menjurus kepada MUET. ELSP bertujuan untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar bagi membudayakan bahasa Inggeris.  4. Salah satu keputusan dalam MPA adalah menjadikan semester pendek bagi Pelajar Tahun 1 untuk subjek pemantapan bahasa Inggeris secara khusus. Walau bagaimanapun, keputusan tersebut masih belum diluluskan oleh Senat.  Isu-isu Berbangkit dari Kampus Pandan  1. Ketiadaan pensyarah tetap untuk sesi klinikal di hospital menyukarkan mereka untuk merujuk dsb. Pelajar memohon agar diadakan pensyarah yang bertugas secara tetap di tempat pelajar menjalankan klinikal.  2. Pelajar memohon agar waktu/tempoh bagi sesi klinikal dipanjangkan  3. Jadual kelas padat sehingga lewat petang/malam.  Respon TNC AA:  1. Berhubung masalah ketiadaan tenaga pensyarah yang tidak mencukupi, isu tersebut hanya bersifat sementara, dan akan dapat diatasi apabila sebahagian pensyarah yang kini sedang melanjutkan pengajian akan kembali bertugas sebaik tamat pengajian. Dijangka pada 2012, tenaga pakar di kalangan pensyarah akan mencukupi bagi menampung posisi pensyarah pemantau ketika tempoh klinikal,  2. USIM kini menggunakan khidmat doktor pakar di hospital klinikal sebagai TPS yang bertindak sebagai pensyarah pemantau, iaitu di Hospital Jelebu, Hospital Ampang, Hospital Tampin, Hospital Temerloh). Selain itu, doktor-doktor pakar dari UKM dan UM turut dibawa khas untuk tujuan yang sama.  3. Bagi cadangan untuk memanjangkan tempoh klinikal, adalah sukar kerana kekangan masa pengajian yang diperuntukkan untuk program perubatan.  4. Dicadangkan kepada pelajar untuk mengoptimakan pengalaman klinikal bersama doktor pakar, dengan inisiatif sendiri dalam mendapatkan lebih masa untuk ‘posting’ di unit-unit tertentu.  5. Kepadatan jadual kuliah/kelas sehingga lewat petang atau malam tidak dapat dielakkan akibat kekangan rutin yang turut dialami di kampus Nilai.  6. Berharap ia tidak menjadi masalah besar memandangkan terdapat cadangan daripada sebahagian pelajar Pandan untuk mengambil kelas tambahan bagi subjek Bahasa Mandarin.   HAL-HAL BERBANGKIT   Saudara Mohd Najib ‘Afif menekankan aspek penguasaan Bahasa Arab di kalangan siswa/i USIM. Beliau mencadangkan agar pihak Universiti mengambil kaedah modul berinovasi yang diperkenalkan oleh Dr. Norhayati, serta mengesyorkan agar modul tersebut dikembangkan di peringkat pelajar.
Respon TNC AA:
Akan mengambil maklum cadangan tersebut, dan menerima saranan untuk menjadikan USIM sebagai tapak pemula bagi mengembangkan produk inovasi yang dicipta oleh pensyarah USIM sendiri. Saudari Nur Akalili Zubair membangkitkan masalah ketidakseimbangan struktur kursus bagi semester tertentu, memandangkan pelajar tidak diberi peluang untuk mengatur kursus yang ingin diambil bagi setiap semester.
  Respon TNC AA:    1. Maklumat berkenaan kursus dan jumlah subjek yang ditawarkan kepada pelajar adalah sepenuhnya dari peringkat fakulti. Pelajar boleh bekerjasama dengan pensyarah untuk membuat sebarang aduan kepada pihak fakulti sekiranya berlaku masalah ketidakseimbangan subjek yang diambil.  2. MPP boleh berperanan melalui perbincangan bersama Timbalan Dekan Akademik di fakulti masing-masing berhubung perkara ini. Pelajar harus diingatkan bahawa meskipun kursus yang ditawarkan secara pakej, namun mereka tetap mempunyai hak untuk mengawal struktur kursus yang diambil bagi setiap semester, sama ada untuk menangguhkan subjek tertentu dahulu atau sebaliknya.
Disediakan oleh,
SETIAUSAHA MPP
SESI 2009/2010
http://lahlong.blogspot.com/2010/10/hasil-kunjugan-hormat-mpp-ke-atas-tnc.html

Thursday, 21 October 2010

Manis Jangan Cepat Di Telan, Pahit Jangan Cepat Di Buang



"Manis jgn cpat dtelan, pahit jgn cepat dbuang biar cantik d mata jangn d sgka tepat plihan phit d tggung jgn d sgka pedih kan trus memanjang"


Perit dan pedih dalam medan perjuangan menjadikannya manis dalam hati-hati mereka yang memandang dari sudut hakikat kehidupan, 
 Makin di tempuh dan di redah makin manis perjuangan,
Makin di telan makin di tambah titik peluh yang di titiskan,
Andai di biar diri jauh dari perjuangan maka di situlah tafsiran diri yang dayus dan tak berguna, 
Biar putih tulang jangan putih mata,  
Biar mati anak jangan mati ugama,
Biar hina di mata manusia jangan hina di pandangan-Nya,
Sehari dalam kerahan keringat belum mampu untuk di bangga atas hasil yang di lalui,  
Sedetik masa yang di laui dalam kerja2 amal belum cukup untuk di perkata,  
Jangan pernah megah,  
Jangan pernah gembira,  
Semua dari Tuhan yang esa,  
Andai di turuti nafsu pastikan nestapa,  
Bergantung haraplah pada Tadbir dan Perancangan yang Esa,
Kalau benarnya hati kita membenarkan Kalimah yang Maha Esa dan Syari'at RasulNya, agar perjalanan menempuh perjuangan yang mendatang di perluaskan jalan dalam keimanan, mengharap Rahmat dan Kasih yang Maha Penyayang. 
 
 
Karya ini ana ambil daripada kiriman seorang kenalan yang memberi tambahan atau hurain terhadap kata-kata ana yang di atas.. Terima Kasih kepada yang sudi memberi sedikit perkongsian buat diri yang gersang ini...


"Merubah Suasana Dengan Islam"

Sunday, 17 October 2010

Skrip Doa “Program Sanggar Puisi Antarabangsa Piala Tan Sri Yusof Noor”



الحمد لله رب العلمين، وبه نستعين والعاقبة للمتقين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين.
اللهم إن نسألك سلامة في الدين، وعافية في الجساد، وزيادة في العلم، وبركة في الرزق، وتوبة قبل الموت،ورحمة عند الموت، ومغفرة بعد الموت، اللهم هون علينا في سكرات الموت، وانجاة من النار والعفو عند الحساب.



Ya Allah, sesungguhnya kami berhimpun pada petang ini adalah untuk mengingati-MU, memohon rahmat dan petunjuk dari-Mu serta mengabdikan diri yang kerdil ini terhadap-MU Tuhan sekalian alam.

Ya Rahman Ya Rahim, dengan berkat rahmat dan inayah-MU, kami memohon kepada-MU agar diberikan kemudahan dan kelancaran sepanjang “Program Sanggar Puisi Antarabangsa Bahasa melayu Piala Tan Sri Yusof Noor 2010” ini, kami tiada kekuatan dan tiada upaya melainkan dengan izin daripada-MU Ya Allah.

Ya Hayyu Ya Qayyum, kami berhimpun pada petang ini dengan satu tujuan untuk memartabatkan dan meninggikan syiar agama-MU Ya Allah. Oleh itu, Ya Allah berkatilah majlis kami pada petang yang penuh bermakna ini dan jadikanlah majlis ini sebagai titik awal merapatkan lagi silaturrahim antara Negara-negara islam seluruh dunia.


اللهم إنك تعلم أن هذه القلوب، قد اجتمعت على محبتك، والتقت على طاعتك، وتوحدت على دعوتك، وتعاهدت على نصرة شريعتك، فوثق اللهم رابطتها، وأدم ودها واهدها سبلها، واملأها بنورك الذي لا يخبوا واشرح صدورها بفيض الإيمان بك وجميل التوكل عليك، وأحيها بمعرفتك وأمتها على الشهادة في سبيلك إنك نعم المولى ونعم النصير..

اللهم اجعل جمعنا هذا جمعا مرحوما، وتفرقنا من بعده تفرق معصوما.
اللهم إنا نسألك إيمانا كاملا، وقلبا خاشعا ودينا قينا صادقا وزرقا حلالا. اللهم أحسن عاقبتنا في الأمور كلها وأجرنا من خزي الدنيا وعذاب الأخرة.

ربنا ظلمنا أنفسنا وإن لم تغفرلنا وترحمنا لنكونن من الخسرين.
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار.


Dibaca pada 15.10.10........
Semoga menjadi simpanan dan rujukan buat warga PRSM dan pengunjung setia jika berkehendak kepada Doa majlis rasmi protokol, walau doa ini bergantung kepada individu itu sendiri....



"Merubah Suasana Dengan Islam"

Saturday, 16 October 2010

Tempahan untuk Mitsubishi ASX

Tempahan untuk Mitsubishi ASX




BERITA baik untuk penggemar jentera Mitsubishi. Model crossover kompak daripada pembuat kereta yang kental dengan DNA rali itu bakal berada di pasaran tempatan.

Sejak melakukan debut di Geneva Motor Show Januari lalu, model yang dikenali sebagai Mitsubishi ASX ini berjaya mencetus minat yang bukan sedikit di seluruh dunia.

Justeru, bagi menawarkan produk Mitsubishi yang terbaik kepada pelanggannya, pengedar dan pengimport jenama tersebut di Malaysia, Mitsubishi Motors Malaysia mula menerima tempahan Mitsubishi ASX sejak 8 Oktober lalu. 

Dikenali sebagai RVR di pasaran Jepun, Mitsubishi ASX dijangka dilancarkan secara rasmi pada awal bulan November 2010. Menurut Mitsubishi, konsep utama ASX adalah saiz pintar. 

Ia lebih kompak berbanding SUV konvensional. Namun, ia besar sedikit daripada sebuah kereta kompak dengan posisi kedudukan yang lebih tinggi. Pendek kata, ASX berjaya memperoleh kesimbangan di antara kedua-dua aspek tersebut. 

Justeru, anda boleh mengharapkan kualiti pengendalian seperti sebuah kereta penumpang, di samping semua kelebihan yang mampu ditawarkan oleh sebuah SUV. 

Nadi ASX terletak pada unit enjin petrol 16 injap bersesaran 2.0 liter. Ia turut dilengkapi dengan sistem MIVEC ciptaan Mitsuibishi yang sudah terbukti kemampuannya. 

Enjin DOHC moden itu berupaya menjana kuasa sehingga 150PS dan tork setinggi 197Nm. Kuasa itu akan diagihkan menerusi kotak gear INVECS-III CVT dengan ciri Sports Mode enam kelajuan. 

Pakej peralatan yang ditawarkan oleh ASX juga memuaskan. ASX hadir bersama ciri standard Active Stability Control (ASC), Hill Start Assist, selain dua beg udara untuk penumpang hadapan dan beg udara pada bahagian lutut pemandu. 

Tempat duduk ASX dibalut dengan kulit. Bahagian kabinnya juga dipasang dengan sistem audio 2 DIN yang lengkap bersama skrin sentuh. Panel instrumennya pula terdiri daripada paparan sistem LCD yang berperanan memaparkan pelbagai maklumat pemanduan. 

Boleh didapati dalam lima warna menarik, Mitsubishi ASX dijangka ditawarkan pada harga RM140,000 (Semenanjung Malaysia) seunit. 

Maklumat lanjut, sila kunjungi bilik pameran Mitsubishi Motors yang terdekat, layari laman web www.mitsubishi-motors.com.my atau hubungi Customer Care Line di talian 03-7622 2202.

Sumber: KOSMO! 16 Oktober 2010.

Tuesday, 5 October 2010

Bait Syair Abdullah Bin Mubarak kepada Fudhail Bin Iyad...

Antara bait-bait syair yang ditulis oleh Abdullah bin Mubarak kepada Fudhail bin Iyad, mengajak menyertai berperang di medan pertarungan. Fudhail bin Iyad adalah lambang seorang pejuang sufi sebenar, bukan sekadar berada di tikar sejadah tetapi turun ke medan perperangan. Sama-samalah kita perhatikan makna bait kata syair ini.



Wahai para ahli ibadah di al-Haramayn

Kalau kamu menyaksikan kami

Maka kamu akan mengetahui bahawa sesungguhnya

Kamu bermain-main dalam ibadah

Kalau orang-orang membasahi pipinya dengan air mata yang mengalir deras

Maka dengan pengorbanan kami, kami mengalirkan darah yang lebih deras

Kalau kuda-kuda orang kepenatan dalam perkara batil

Sesungguhnya kuda-kuda kami penat

dalam melakukan penyerbuan dan peperangan

Bau wangi-wangian menjadi milikmu

Sedangkan bau wangi-wangian kami adalah debu-debu jalanan

Telah datang kepada kami sabda nabi

Sabda yang benar jujur dan tidak bohong

Tidak sama debu kuda-kuda Allah

Di hidung seseorang dan asap yang menyala-nyala

Inilah kitab Allah yang berbicara kepada kami

Bahawa orang mati syahid tidak diragukan lagi

Tidak sama dengan orang mati biasa.


"Mencorak suasana dengan Islam"

Friday, 1 October 2010

PROGRAM BERAYA

Gambar ni ketika pergi beraya kat rumah Pakcik Iesa dan Makcik Sumini.

PROGRAM BERAYA DI TAMAN RUMAH MURAH

20 SEPT 2010: Rumah Pakdin dan Ibu
22 SEPT 2010: Rumah Makcik Sumini
1 OKT 2010: Rumah Ustazah Siti Aisyah
2 OKT 2010: Rumah Pakcik Rabu




About this blog

HALWA TELINGA