Saturday 30 June 2012

Syair Sheikh Yusuf Al-Qardhawi



Bangunlah para petunjuk jalan yang arif bijaksana untuk mengembalikan keadilan

Bangunlah para penakluk yang mulia dan gagah untuk mencapai kemuliaan perkasa

Bangunlah untuk memusnahkan segala belenggu kerana masanya telah tiba
Kerana manusia ditimpa kecelakaan cinta dunia tanpa agama

Marilah kita kembalikan umat, sebagai suatu rahmat bagi seluruh alam

Janganlah kamu berkata; bagaimana?kerana kita ini umat Islam

Wahai saudara Islam di seluruh tempat,
Naiklah ke atas bukit dan laungkanlah azan
Angkatlah al Quran sebagai perlembagaan zaman
Penuhilah setiap penjuru dengan berkata “Kami umat Islam!Kami Umat Islam! Kami umat Islam!

Di mana ada kebenaran dan keadilan, di situlah kami
Kami rela mati daripada terhina
Alangkah manisnya kematian di jalan Allah!!!



Sekadar ingin berkongsi apa yang diketemui dalam pembacaan diri yang daif ini, mungkin boleh memberi semangat kepada kita dalam melayari pelayaran menterjemahkan Islam dalam kehidupan... 

Thursday 28 June 2012

Murabbi...


Nama al Marhum al-Syeikh Yahya Othman lebih mashyur di negara-negara Arab berbanding dengan tanahairnya sendiri, Malaysia.

Beliau mempunyai latarbelakang pendidikan Islam di Mekah dan juga Mesir serta begitu amat fasih berbahasa Arab. Kefasihannya sering membuatkan ramai dikalangan orang-orang Arab begitu segan terhadap beliau.

Tokoh ini pernah berjawatan pensyarah dan Timbalan Pengetua Nilam Puri Kelantan sebelum bertanding dalam pilihanraya tahun 1978.

Demi perjuangan Islam, al-Syeikh Yahya Othman sanggup meninggalkan jawatannya (sebelum sempat pencen sebagai seorang pensyarah) dan bertanding untuk kalah pada ketika itu. Setelah beberapa kali masuk bertanding dan kalah, beliau tidak pernah kenal erti perit dalam usaha menegakkan panji-panji Islam di bumi Malaysia yang tercinta ini.

Akhirnya Abuyya al-Syeikh Yahya Othman menang dalam pilihanraya pada tahun 1990 dan 1995 dan diamanahkan menjawat jawatan EXCO DUN Negeri Kelantan dalam tempoh tersebut. Dalam struktur organisasi parti, beliau pernah menjawat jawatan YDP PAS Machang selama tempoh lebih kurang 20 tahun.

Selain itu, tokoh pendidik ini juga merupakan ahli Majlis Syura Ulama' (pernah jadi setiausahanya yang pertama), AJK Dewan Ulama' PAS Pusat, AJK PAS Pusat, Pengasas Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Putra, pengasas Maahad Dakwah wa Imamah, pengasas dan pengarah Institut al-Nur dan lain-lain lagi. Beliau banyak menghasilkan kertas-kertas kerja dalam sektor tarbiyah Islamiyyah.

Antara karyanya yang popular dan sentiasa dijadikan rujukan oleh sekalian ahli-ahli PAS yang beristiqamah dalam aktiviti-aktiviti parti ialah; Amal Jamai (Pengertian dan Tuntutannya) dan juga Himpunan Kertas Kerja Tarbiyah dan banyak lagi.

Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa'fu 'anhu wa akrim nuzulahu wa wassi' madkhalahu waj'al al-jannata maswahu bi rahmatika ya arhamarrahimin

Saturday 2 June 2012

Solat Gerhana Bulan Isnin 4 Jun 2012 ini



KUALA LUMPUR: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) meminta semua masjid dan surau mengadakan solat sunat “khusuf” berserta khutbah sempena gerhana bulan separa Isnin ini.
Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha, berkata fasa pertama gerhana itu dijangka bermula pada 4.49 petang (waktu Malaysia) dan mencapai tahap kemuncak pada 7.03 malam.
 
“Gerhana dijangka berakhir pada 9.17 malam. Justeru, umat Islam disunat menunaikan solat sunat “khusuf” berjemaah disertai dengan khutbah gerhana,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
 
Beliau berkata, JAKIM akan menganjurkan solat sunat itu di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Masjid Putra di Putrajaya, Masjid Negara dan Masjid Wilayah Persekutuan di ibu negara selepas solat Maghrib.
Katanya, Seksyen Falak jabatan itu dengan kerjasama Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia akan mengadakan aktiviti cerapan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin pada hari berkenaan.
“Orang ramai terutama penduduk Putrajaya dijemput menyaksikan fenomena alam semula jadi serta menunaikan solat sunat itu,” katanya. – BERNAMA

"Mencorak Suasana Dengan Islam"

About this blog

HALWA TELINGA