Friday 10 February 2012

=DOA AGAR DIBERI JODOH TERBAIK ==


Bismillahirrohmannirrohim..... 

Ya Allah..Ya Tuhanku.. 
Jika pendampingku telah Engkau lahirkan, Gerakan hatinya tuk menujuku ,
Pertemukanlah kami dlm sebaik-baiknya pertemuan tuk menuju Ridha-Mu.. 
Kerana Engkaulah yg berhak atas hati hamba2-Mu.. 
Dan Engkau jua yg kuasa membolak balikannya.. 

Ya Rabb, 
bila dia jauh,dekatkanlah.. 
Eratkan hati kami dlm ikatan kerana-Mu ,
tautkan hatiku dgn hatinya yg sama2 mengharap&mendamba sebuah keinginan menuju ridha-Mu..

Ya Allah...
Yang Maha Pecinta Pemilik cinta sejati ,
Jikalau cintaku kau ciptakan untuk dia Tabahkan hatinya.. 
Teguhkan imannya.. 
Tegarkan penantiannya.. 

Ya Rabb...
Sang Pemilik Hati Jikalau hatiku KAU ciptakan untuk dia ,
Penuhi hatinya dg Kasih-Mu, 
Terangi langkahnya dengan Cahaya-Mu ,
Limpahkan kelapangan dikalbunya dengan kesabaran,Temani dia dlm kesepian.. 

Ya Rabb, 
Tiada tempat ku bersandar Selain pada-Mu, 
Kutitipkan cintaku pada-Mu untuknya.. 
Kutitipkan sayangku pada-Mu untuknya.. 
Kutitipkan rinduku pada-Mu untuknya.. 
Mekarkan cintaku bersama cintanya.. 
Satukan hidupku & hidupnya dlm Cinta-Mu.. Rabb.... 
Ku yakin bila saatnya sudah menghampiri, Pasti kebahagiaan itu aku dapati.. 
Mohon beri aku kekuatan dan kesabaran dlm penantianku..

Ya ALLAH.. 
kirimkan dia yg dpt membawa kebaikan, 
Baik bagi duniaku,akhiratku dan agamaku.. 
Agar kami sama2 berjamaah untuk tetap Menuju-Mu.. 
bimbinglah hati kami ,
Kuatkan hati kami.. 
Penuhilah dengan Rahmat & kasih sayang-Mu..
Aamiin ya Rabb... 



p/s: ( Untuk sahabat yg sdg menanti CINTA SEJATI kerana ALLAH..Moga ALLAH memberi yg TERBAIK dlm Pandangan & Pilihan-Nya...mengabulkan doaku,doamu dan doa kita semua.....Aamiin )... sekadar perkongsian

"Mencorak Suasana Dengan Islam"


Tuesday 7 February 2012

KPLI j_QAF Warga PSRM

(Alias dan Firdaus (ke3n ke4 dari kanan)di  Kuching Sarawak)

Mungkin inilah dikatakan rezeki dari Allah buat hambanya, keputusan pengambilan KPLI j_QAF 2012 Januari lalu membrikan sedikit impak baru buat semua warga PSRM setelah kesemua dari kami telah berjaya ditawarkan bagi mengikuti kursus perguruan ini. Walaupun terpaksa berpisah, mungkin bermula saat inilah masa nya buat kita semua membuktikan kepada diri sendiri kemampuan berkhidmat di lapangan ummah ini.

 Masih belum terlewat lagi rasanya diri ini mengucapkan tahniah kepada seluruh warga SPRM kerana telah terpilih mengisi perjalanan hidup ini dengan profesion perguruan..

 Sedikit update semua warga PRSM sekarang:
1. Ibrahim: IPG Bangi
2.Alias: IPG Kuching(xpasti), Sarawak
3.Firdaus:IPG Kuching(xpasti), Sarawak
4.Nasharudin: IPG Ipoh
5.Yusuf: IPG Johor
6.Maizan: IPG KB, Kelantan
7.Helmi: IPG KB, Kelantan
8.Samsul: IPG KB, Kelantan
9.Zakiri: IPG KB, Kelantan
10.Pokcikmz: IPG Kent Tuaran, Sabah..

(Me, (Pokcikmz ) di masjid UMS K.Kinabalu, Sabah)

 Walau diri ini yang paling jauh merantau di Negeri Di Bawah Bayu ini, namun ku harapkan ukhwah yang telah terjalin indah ini terus utuh dan tidak kerana dek masa dan jarak dapat memisahkannya...

"Mencorak Suasana Dengan Islam"


About this blog

HALWA TELINGA