Tuesday 22 November 2011

sains & Islam : Pemakanan seimbang, terkawal pertingkat kesihatan rohani, jasmani


 KITA sering beranggapan soal makan minum adalah perkara biasa kerana negara kita makmur dan kebanyakan rakyatnya bekerja. Apabila kesenangan mengitari manusia, mereka lupa perkara asas, termasuk makan dan minum.

    Kajian kesihatan menunjukkan ramai orang Islam menderita penyakit yang datang dalam bentuk ‘pakej’ iaitu kencing manis, darah tinggi dan jantung. Dipercayai tiga nisbah 10 orang Islam menghidapi penyakit ini.

 Mengikut Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan kadar diabetes di kalangan penduduk di negara ini meningkat 6.3 peratus pada 1986 kepada 8.3 peratus (1996). Mengikut perangkaan itu, lapan kes diabetes berlaku bagi setiap penduduk di negara ini dan ia diramal meningkat 12 peratus menjelang 2015.

  Penyakit yang menghinggapi manusia biasanya dikaitkan dengan apa yang dimakan. Diriwayatkan dalam satu hadis, Raja Negus menghantarkan seorang tabib (iaitu doktor) untuk berkhidmat kepada Rasulullah.

    Ketika menerima kedatangan tabib tadi, Rasulullah berkata kepadanya bahawa Baginda dan sahabat sangat menjaga perut kerana perut adalah wadah pelbagai penyakit. 

   Dr Yusof al-Qardhawi menyatakan jika perut itu sarang kepada penyakit, maka melaparkan perut adalah raja bagi segala ubat. Keadaan ini tidak bermakna, kita tidak dibolehkan menikmati makanan, tetapi Islam menganjurkan sentiasa mengawal pengambilan makanan agar keadaan tubuh badan sihat dan segar.

Firman Allah bermaksud: Oleh itu, makanlah (wahai orang yang beriman) daripada apa yang dikurniakan oleh Allah kepada kamu daripada benda halal lagi baik, dan bersyukurlah akan nikmat Allah, jika benar kamu hanya menyembah-Nya semata-mata. (Surah an-Nahl, ayat 114).   

Makanan juga penting untuk kesuburan rohani. Apabila nafsu makan jasmani tidak terkendali, ia menjejas rohani daripada mengingati Allah.

    Sifat malas menghantui kita untuk beribadah. Apabila sakit menjejaki tubuh akibat salah makan, misalnya, jumlah ibadat kepada Allah semakin terbatas.    

Rohani yang bersih, antara lain, dibentuk oleh makanan yang berkhasiat, agar daya ingatan menjadi tajam. Kita dapat mengingat ayat suci al-Quran dan hadis. Daya fikir akan lebih bijak menghafal formula atau rumusan matematik atau sains.

    Hubungan kesihatan rohani dan jasmani serta makanan amat erat. Ulama terdahulu sangat menitikberatkan hal ini. Tidak hairan mereka dapat menghasilkan kitab yang masih relevan sehingga hari ini.

    Ibnu Sina hidup 1,000 tahun lalu. Bukunya, Qanun fi al-Tibb, digunakan 700 tahun di Eropah sebagai bahan bacaan perubatan yang wajib. Menurut Ibnu Sina, apabila makanan kita halal dan baik, maka jasmani akan sihat. Apabila jasmani sihat, kita dapat terus beribadah kepada Allah dan rohani akan sihat.

    Pemakanan juga antara faktor besar kebahagiaan sebuah rumah tangga. Kebahagiaan sebenar yang dapat dikecapi pasangan berumah tangga ialah keberkatan dalam menjalani kehidupan. Justeru, setiap ibu bapa dan suami isteri perlu memberi perhatian penting dalam pengambilan makanan. Kita perlu memastikan adakah makanan itu ‘baik' atau halal untuk dimakan? Apakah cara makan terbaik untuk menikmatinya? Inilah ilmu dan disiplin yang mungkin kurang ada pada kebanyakan umat Islam.

    Persoalan lain, adakah makanan yang diambil itu dan seimbang iaitu mempunyai zat dan berkhasiat. Setiap manusia memerlukan protein, karbohidrat, lemak dan pelbagai vitamin dengan seimbang.

    Jika satu daripadanya berlebihan atau berkurangan, kesannya akan terlihat pada tubuh. Masalah kencing manis, darah tinggi atau jantung serta gemuk kerap dikaitkan dengan kehadiran lemak dalam tubuh.

    Islam yang terserlah dengan keindahannya mengajarkan agar memastikan sukatan makanan yang diambil tidak melampau atau menurut hawa nafsu. Apabila makanan berlebihan, perut menjadi gendut sehingga menyukarkan pergerakan.

    Rasulullah pernah menegur sahabat yang bertambah berat badan kerana mereka susah melakukan ibadah, apatah lagi hendak berperang.

    Kegemukan diisytiharkan sebagai penyakit abad ke-21. Setiap pasangan yang berumah tangga sering dikaitkan dengan kegemukan selepas memasuki alam perkahwinan.

    Berdasarkan kajian perubatan, kegemukan boleh menjejaskan ‘hubungan’ suami isteri. Seterusnya, memberi kesan kepada kesejahteraan dan kebahagiaan hidup pasangan. 

    Alam perkahwinan adalah kemuncak hidup bagi pasangan suami isteri untuk menjalani kehidupan sebagai hamba Allah demi mengecapi kebahagiaan atau sakinah. Ia seperti yang terkandung dalam firman Allah

 

Firman Allah bermaksud : Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu, mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21).


INFO : Cara pemakanan untuk kesihatan mengikut ahli perubatan Islam

  • Sebelum makan hendaklah membaca ‘Bismillah...’
  • Makan hanya apabila rasa lapar.
  • Basuh tangan dan kuku sehingga bersih dengan air dan seboleh-bolehnya dengan sabun.
  • Makan dengan tangan sebagai ganti sudu dan garpu.
    Rasionalnya makan dengan tangan kerana ia dapat membantu penghadaman disebabkan wujudnya aliran yang dipanggil ‘bio-current’ yang apabila tersentuh dengan makanan, ia bertindak sebagai enzim untuk menghadamkan makanan dengan cepat di dalam perut. Ini adalah sebab mengapa makanan yang disentuh dengan tangan cepat rosak atau basi.
  • Tinggalkan kerja otak seperti berfikiran lain-lain apabila hendak makan. Badan dan fikiran perlu tenang.
  • Seboleh-bolehnya dinding bilik makan hendaklah berwarna merah jambu kerana boleh mendatangkan rasa girang dan membantu pencernaan.
  • Berhenti makan sebelum kenyang. Kekenyangan yang berlebihan memudaratkan jantung, mengganggu penghadaman dan menyukarkan tidur.
  • Berehat sekejap selepas makan dan jangan tergesa-gesa membuat sesuatu.
  • Jangan makan makanan lama. Perbanyakkan makan makanan segar. Suri rumah dinasihatkan supaya menyediakan makanan yang segar, sedap, berbau lazat, menarik pandangan dan berlainan jenis setiap kali waktu makan.
  • Suri rumah hendaklah bermanis muka ketika menghidang makanan, memakai pakaian yang bersih dan berwarna indah.
  • Pastikan dapur bersih daripada pembiakan kuman dan menutup makanan daripada terdedah bagi mengelak .
  • Berpegang pada prinsip ‘makan untuk hidup dan beribadah, bukan hidup untuk makan.
  • link:http://musafirmalam.blogdrive.com/archive/62.html



    "Mencorak Suasana Dengan Islam"

    Thursday 17 November 2011

    Perbezaan Pemikiran Manusia, Malaikat & Syaitan


    angel vs devil

    Artikel ini saya terjumpa dalam Facebook dan rasa nak berkongsi dengan  semua.. Menarik, jom baca sampai habis.. :)


    About this blog

    HALWA TELINGA