Tuesday 27 September 2011

Hudud Dan Kelantan

Sengaja memilih pandangan ini sebagai perkongsian buat semua kerana merangkumi pandangan ke dua belah pihak untuk kita menilai sendiri dan memahami apa persoalan pokok kepada isu ini.. "kebenaran tetap akan terzahir, walaupu cuba ditutup.."


Selepas melawat Kelantan dan memberi taklimat kepada Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Aziz Nik Mat, semalam serta mendengar sentimen daripada akar umbi, saya kini boleh meluahkan perkara berikut; yang masyarakat di luar Kelantan tidak boleh menghargai.

Saya akui bahawa apa yang saya lihat dan dengar semasa lawatan singkat itu telah mengubah perspektif saya mengenai isu berkenaan.

NONE1. Hudud adalah tuntutan/hasrat rakyat Kelantan. Tok Guru berada di bawah tekanan dan saya fikir mereka sanggup mengadakan referendum atau pungutan suara bagi tujuan itu.

Berdasarkan sentimen ini, pemimpin Umno di Kelantan mengutuk Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak kerana menolak hukum hudud yang secara tidak langsung membawa makna Umno boleh gulung tikar di negeri itu.

2. Seminar yang dianjurkan itu bukanlah sesuatu yang baru, saya pernah menjadi ahli panel untuk acara Hari Hudud pada tahun-tahun sebelumnya. Ini adalah program tahunan walaupun sebelum Pakatan diwujudkan.

Bagaimanapun bagi tahun ini, media-media milik Umno telah memutar-belitkan isu itu atas sebab-sebab yang jelas: pilihan raya dan berharap ia dapat mengkucar-kacirkan Pakatan. Sebelum ini, Umno langsung tidak mempedulikan Hari Hudud.

NONE3. Tetapi saya berpendapat Najib membuat langkah yang salah. Dengan menolak pelaksanaan hukum hudud, beliau berfikiran bahawa boleh mendapatkan sokongan dan undi masyarakat bukan Islam.

Tetapi Tok Guru bukan bodoh. Mereka mempunyai laman Facebook sendiri dan berdasarkan maklum balas yang diterima, PAS yakin bahawa Umno kini tergugat atau terdedah di kawasan Melayu/Islam. Berdasarkan sambutan di Facebook, tidak ada jaminan bahawa mereka akan mendapat undi bukan Islam. DAP juga membuat kesilapan di sini.

4. Tok Guru telah menyatakan dengan jelas: hudud adalah hanya untuk Kelantan sahaja dan untuk orang Islam. Jadi apa masalah?

Saya telah berkata bahawa dari segi perlembagaan negara, ini tidak ada masalah. Masalahnya adalah dengan pengerusi DAP Karpal Singh dan parti itu yang yang berpegang pada keputusan mahkamah yang hakim itu sendiri - Tun Salleh Abas - mendakwa berlaku kesilapan.

azlanDan juga, apa yang DAP perkatakan bukan sahaja merupakan satu pandangan yang hanya betul. Ia hanya pendapat. Tidak ada kebenaran mutlak dalam hal ini.

Perkara yang paling penting untuk difahami adalah bahawa perlembagaan tidak melarang pemakaian undang-undang Islam. Malah Najib sendiri mengakui perkara itu sudah ada dalam sistem sekarang. Kini, PAS boleh berkata kepada PM: lakukannya.

5. Najib seolah-olah mengulangi apa yang saya katakan selama ini; bahawa unsur-unsur hudud sudah ada dalam sistem di negara ini.

Persoalannya jika demikian, mengapa menentang PAS berhubung isu itu? Umno sepatutnya membantu dan bukannya menjadi halangan. Atas alasan itu, saya katakan Umno berada dalam bahaya kehilangan undi orang Melayu beragama Islam dalam usaha mereka merayu mendapatkan sokongan masyarakat bukan Islam.

malay and english newspaper report on hudud 231208Dan masyarakat bukan Islam tidak semestinya mempercayai apa yang dilaporkan oleh media mereka setakat ini. Cuba perhatikan apa yang PAS akan lakukan mulai hari ini berhubung isu berkenaan.

6. Tidak timbul persoalan mengubah dasar Pakatan, seperti yang didakwa oleh Ketua Menteri Pulau Pinang, LimGuan Eng yang juga adalah setiausaha agung DAP.

Hukum hudud adalah hanya untuk Kelantan dan untuk umat Islam. Malah di Kedah, PAS mempunyai dasar yang berbeza. Menteri Besar Datuk Seri Azizan Razak tegas berkata hukum hudud tidak akan dilaksanakan di negeri pimpinan PAS itu.

Nampaknya DAP cuba membuktikan bahawa mereka mendahului MCA dan Gerakan dalam usaha menentang hudud. Mereka terlepas pandang hakikat bahawa Nik Aziz hanya mendengar dan bertindak mengikut sentimen akar umbi di negeri itu.

hududYang DAP lihat dari perspektif ini - sama seperti Umno, MCA dan Gerakan - mengambil pendekatan tidak demokratik. Mereka menolak hudud walaupun ia tuntutan orang ramai dan permintaan seumpama itu dibenarkan oleh perlembagaan.

Di Kelantan, PAS dengan yakin mengisytiharkan bahawa mandat untuk memerintah termasuk mandat untuk melaksanakan hudud. Jadi, pada dasarnya, ini adalah mengenai menghormati permintaan ramai dan bukannya semata-mata melaksanakan hukum hudud atau mengkhianati rakan-rakan Pakatan.

Kita harus ingat bahawa permintaan hudud di Kelantan dilakukan melalui saluran demokrasi. Ini adalah apa yang Umno, DAP, MCA dan Gerakan perlu sentiasa ingat.

azlan7. Saya bersetuju dengan Tok Guru bahawa tiada perubahan dalam sistem atau di dalam polisi. Ia hanya melakukan sesuatu yang boleh didapati dalam kerangka sistem sedia ada . Tetapi sudah tentu beliau menyedari bahawa ini hanya boleh menjadi kenyataan dengan kerjasama dari Umno.

Akta Mahkamah Syariah yang akan mengekang kuasa mahkamah syariah selama ini perlu dimansuhkan dan juga bagi membolehkan agensi-agensi persekutuan seperti polis dan sebagainya menjalankan tugas mereka di sisi undang-undang.

Jika Umno menolak melakukan ini, maka PAS boleh mencanangkan perkara ini ke seluruh negara bagi mendedahkan tembelang sebenar Umno. Selama ini, Umno telah melakukan pelbagai perkara untuk membuktikan bahawa mereka adalah pembela dan pejuang Islam yang sebenar. Antara contohnya, seperti serbuan gereja di Selangor, isu kepala lembu dan sebagainya.

NONEApabila Najib menolak hukum hudud, beliau sebenarnya telah merosakkan semua kerja keras parti dan ahli-ahli Umno lakukan selama ini.

8. Saya fikir PAS bersedia bertarung pada pilihan raya umum akan datang tanpa DAP. Mereka masih mempunyai PKR dan Dewan Perhimpunan Penyokong PAS (DHPP) mereka sendiri.

Saya tidak pasti jika DAP, MCA dan Gerakan benar-benar mewakili masyarakat bukan Islam. Masalah dengan parti-parti Cina adalah kerana mereka berfikiran hudud tidak boleh diterima meskipun perlembagaan tidak menyatakan demikian.

NONEGolongan berkecuali atau atas pagar di kalangan masyarakat bukan Islam saya fikir adalah rasional, mereka tidak bimbang, khususnya selepas Tok Guru memberi jaminan bahawa hukum hudud akan hanya dilaksanakan di Kelantan dan untuk umat Islam sahaja.

9. Umat Islam liberal? Undang-undang adalah jelas. Malah, sekarang pun, mereka tertakluk kepada undang-undang Islam. Mereka tidak mempunyai hak untuk memilih apa undang-undang.

Perlembagaan negara telah menyatakan dengan jelas bahawa di bawah Artikel 8 (5) bahawa hak sama-rata tidak boleh diguna-pakai. Sebagai contoh, jika orang Islam yang mempunyai hubungan seks dengan persetujuan orang bukan Islam, maka dia akan menghadapi tindakan manakala rakan bukan Islam akan terlepas dan dibebaskan.

nik aziz and anwar selangor anti fitnah tour10. Nik Aziz berkata, beliau ingin cuba melaksanakan hukum hudud di Kelantan sekarang kerana majoriti umat Islam di negeri itu telah memberikannya mandat. Negeri-negeri lain, katanya, hanya perlu menunggu dan melihat bagaimana Kelantan melakukannya. Jika ia 'baik' dan berjaya, mereka boleh melakukan perkara yang sama.

11. NGO seperti kumpulan pendesak Melayu, PERKASA, Pembela Islam dan yang lain perlu menyokong Kelantan dalam isu ini. Jika tidak, mereka menghadapi risiko dilabel sebagai boneka atau barua Umno semata-mata.

NONEPakar perlembagaan Prof Dr Abdul Aziz Bari adalah pensyarah di UIAM.
Tulisan ini adalah pendapat peribadinya dan tidak semestinya mencerminkan pendirian sidang pengarang Malaysiakini. 


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Friday 23 September 2011

Penggunaan Paracetamol (Panadol) SELAMAT !!!!




Pengenalan
Kajian sistematik: Penggunaan Paracetamol (Panadol) secara therapeutik (dos biasa untuk rawatan) boleh merosakkan organ hati (toxic dalam hati)?
Sebab Kajian

Berleluasa, penyebaran artikel tidak ilmiah berkenaan panadol.
Padahal kita dituntut menyertakan bukti dalam setiap hujah.
يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِنْ جَاءَكُمْ فَاسِقٌ بِنَبَأٍ فَتَبَيَّنُوا أَنْ تُصِيبُوا قَوْمًا بِجَهَالَةٍ فَتُصْبِحُوا عَلَى مَا فَعَلْتُمْ نَادِمِين
Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kalian orang fasik dengan membawa berita, maka telitilah berita itu agar kalian tidak memberikan keputusan kepada suatu kaum tanpa pengetahun sehingga kalian akan menyesali diri atas apa yang telah kalian kerjakan.
(QS al-Hujurat [49]: 6)
Artikel Tersebut
Ada disebarkan di facebook.
Boleh baca di sini.

Sepatutnya

Sebarang hujah perlu disertakan dengan bukti.
Lagi-lagi tentang perubatan.
Tentu sahaja ada kajian awal telah dibuat.
Justeru, systematic review perlu dilakukan.
Lihat di sini.

Jadi
Kali ini, saya tunjukkan secara ringkas, bukti yang berkaitan.
Adakah betul, penggunaan panadol secara normal menyebabkan kerosakan organ hati?
Evidence 1
Berdasarkan rujukan ini, dengan dos yang normal untuk rawatan (therapeutik), paracetamol adalah ubat tahan sakit yang selamat.
Tetapi, dos yang berlebihan boleh menyebabkan toxic dalam hati (severe hepatic necrosis).
Panadol yang tinggal di dalam tubuh pula merujuk kepada plasma half-life.
Saya quote ayat daripada rujukan ini juga;
The plasma half-life in such subjects ranges from 1.9 to 2.5 hours and the total body clearance from 4.5 to 5.5 ml/kg/min.

Evidence 2
Hepatotoxicity juga ada dilaporkan untuk kes yang mengambil paracetamol secara dos yang therapeutik.
Namun, kritikal analisis menunjukkan pesakit yang terlibat mengambil paracetamol secara lebih dari dos (overdose).
Rujukan di sini.

Evidence 3

Banyak faktor yang menyumbang kepada hepatotoxicity ni.
Termasuklah pengambilan ubat lain bersama-sama dengan panadol (concomitant use of microsome-inducing agents and other drugs),
penyakit lain (underlying disease), kurang nutrisi (malnutrition), puasa (fasting),
pengambilan alkohol (acute and chronic alcohol intake), bangsa (ethnicity), dan umur (age).
Rujukan di sini.
Evidence 4

Lagi rujukan di sini yang mengatakan hanya kes overdose yang dilaporkan menyebabkan toxicity.


Kesimpulan

Betul, panadol bertoksik kepada tubuh kita.
Tapi, dalam dos yang berlebihan.
Kalau ikut seperti yang diarahkan, insyaAllah selamat.
Normal dose untuk orang dewasa boleh sampai maksimum:-
“2 biji 4 kali sehari”
Sebab dos maksimum ialah 4 gram sehari.
Satu biji panadol biasa, ialah 500mg.
Jadi 2 biji kali 500mg = 1000mg = 1 gram.
Pastu, kena makan 4 kali sehari = 4 gram.
Kemudian dos ini ialah “prn”, maknanya bila perlu sahaja untuk sakit.
Jika sakit sikit, boleh tahan, tak perlu makan.
Tapi, bagi orang tua atau sakit berpanjangan mesti kena makan.
Semuanya dengan arahan doktor anda.
Boleh rujuk lagi di sini untuk dos panadol (paracetamol adalah sama dengan panadol) .

RUJUKAN TAMBAHAN
kalo org tua n renal impairment, mmg kena adjust dos. 1g tds (2 tablet maksimum 3x sehari)
RUJUKAN YG PHARMACIST GUNA IALAH LEXI COMP DRUG INFORMATION HANDBOOK
Saya ada ambil gambar page buku tersebut.
Sebab kat internet takde.
Tak faham? Tanyalah PHARMACIST anda… = )

Sumber :- http://www.rahsiafarmasi.com
omaQ.org

Wednesday 21 September 2011

BERWASPADALAH.....!!

Berikut ini adalah pesan-pesan hikmah yang dimulai dengan kata "Waspadailah". Pesan Hikmah ini diambilkan dari kumpulan tweet Bersama Dakwah #Waspadailah yang telah disesuaikan ejaannya. Bagi pembaca yang berkenan berbagi nasehat dan pesan hikmah yang juga diawali dengan kata yang sama, mohon menuliskannya pada komentar di bawah.
***

Waspadailah kecenderungan pada ilmu yang tak disertai semangat beramal, sebab itu perangkap nafsu yang ingin disebut berpengetahuan

Waspadailah kegemaran bicara tanpa ilmu, karena kau bisa terjerumus dan menjerumuskan; tersesat dan menyesatkan

Waspadailah kesukaan berdebat meski kau berada dalam kebenaran, sebab debat kusir takkan menjadi solusi kecuali hanya mengeraskan hati

Waspadailah kegemaran beramal yang diiringi merendahkan orang, bisa jadi itu warisan dari iblis yang merasa lebih mulia dari Adam

Waspadailah shalat yang tak mampu mencegah perbuatan keji dan kemungkaran, bisa jadi ia hanya rutinitas gerak badan

Waspadailah puasa yang tak lahirkan sabar, boleh jadi ia hanya membuahkan lapar

Waspadailah harta yang bertambah tanpa diiringi sedekah. Ia menjadi sumber yang tak berkah; ibadah makin susah, hati kian gelisah

Waspadailah kenyamanan yang membuat banyak tidur dan malas gerak; sebab ia seumpama kolam memanas yang perlahan merebus kaki katak

Waspadailah pagi hari yang diawali dengan keluh kesah. Sebab apa yang dimulai dengan kekecewaan sulit berakhir dengan kebahagiaan.

Waspadailah waktu dhuha yang tersia-siakan. Sebab mereka yang tak menghargai waktu di dunia, takkan dihargai Pemilik waktu di akhirat sana

Waspadailah hati yang dengki melihat kejayaan orang. Lebih baik berdoa kepada-Nya lalu belajar dari keberhasilan mereka

Waspadailah menunda kebaikan. Karena kita tak pernah tahu kapan datangnya ajal, atau sampai kapan Allah anugerahkan kesehatan

Waspadailah memandang agung amal yang kita kerjakan; sebab ia bisa jadikan amal sebesar apapun bagai buih terapung

Waspadailah keinginan berdekatan dengan perempuan, bisa jadi itu hanya umpan dari perangkap syetan

Waspadailah merasa berjasa setelah menolong sesama, bisa jadi itu penyakit jiwa yang menghanguskan segala karya..

Link; Bersama Dakwah Blog.



"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Tuesday 13 September 2011

McDonalds VS KFC...

  
Kedua-dua restoran makanan segera ini juga telah lama bertapak di Malaysia. Kedua-duanya menawarkan produk yang hampir sama – ayam goreng, burger dsb!
Namun, mengikut kajian yang telah dilakukan oleh InMinds, sudah terbukti yang syarikat McDonalds merupakan antara penyumbang terbesar kepada negara haram Israel. maka sepatutnya kita elakkan!

Apa alternatifnya? Saya sarankan, KFC sebagai alternatif kepada McDonalds! KFC, sebuah jenama franchise makanan segera, ditubuhkan oleh Colonel Sanders di Kentucky, Amerika Syarikat pada 1952. Sejak dari itu, jenama ini telah berkembang pesat ke seluruh dunia.

KFC di Malaysia, diuruskan oleh sebuah syarikat bumiputra tempatan iaitu QSRBrands. Syarikat ini dinaungi oleh ahli lembaga pengarah yang boleh dikatakan hampir semuanya muslim, serta mempunyai sebuah panel syariah yang tersendiri bagi memastikan produk yang dijual serta transaksi perniagaan yang berlaku adalah halal dan mengikut syariat. Antara ahli panel syariah syarikat ini adalah bekas Mufti Johor, Dato’ Noh Gadot.

Sebab itulah, pernah tak terfikir – Kenapa minuman di McDonalds adalah Coca Cola & Sprite, tetapi di KFC minuman cola yang dijual adalah PEPSI? 
Tukarlah kepada alternatif lain!
sumber: FB

p/s: Ini hanyalah sekadar perkongsian buat semua... bolehlah menilainya kembali..

Sunday 11 September 2011

¸.•´¯`•..KENAPA ORANG ISLAM SEMBAH BANGUNAN KAIN HITAM ITU..✿¸.•´¯`•

"Kenapa orang Islam sembah bangunan kain hitam tu?”
“Oh…. itu Kaabah atau nama lainnya Baitullah”
“Baitullah tu apa?” …
... “Secara terjemahan mudah maknanya Rumah Allah”
“Allah ada dalam tu?”
“Tak…..”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu kalau Allah tak ada dalam tu?”
“Yang saya sembah bukannya bangunan tu..”
“Kamu sembah apa?”
“Saya sembah Allah swt”
“Jadi, kenapa sembah bangunan tu?”
“Saya MENGHADAP sahaja ke arah Kaabah tetapi saya tak sembah Kaabah..”
“Bukankah kamu sujud ke arah Kaabah, maknanya kamu sembah Kaabah la..”
“Kamu pernah tgk perlawanan bola dalam TV?”
“Pernah…selalu..”
“Kamu tengok tv ke tengok perlawanan bola?”
“Tengok perlawanan bola la..”
“Di mana?”
“Dalam tv la..”
“Cuba buka tv tu, tengok di dalamnya ada stadium dan perlawanan bola ke tak..”
“Memanglah tak ada.. tapi itukan gambarnya ada..”
“Bukalah dalam tv, tengok ada ke tak gambar perlawanan bola dalam tu..”
“So..?”
“Maknanya kamu tengok tv, bukan perlawanan bola.. betul tak?”
“Tak.. saya tengok perlawanan bola la melalui tv tu..”
“Peliknya..”
“Sebab apa pulak pelik?”
“Ye la, kamu cakap tengok perlawanan bola, sedangkan saya tengok dalam tv tu tak ada apa-apa.. yg ada hanya wayar je berselirat..”
“Memanglah dalam tv tu ada banyak wayar, tapi tv tu menayangkan gambar-gambar perlawanan bola dalamnya..”
“Hurm.. jadi tak peliklah ni..?”
“Ya.. tak pelik..”
“Jadi tak pelik jugalah saya sujud ke arah Kaabah untuk menyembah Allah swt. walau pun dalam Kaabah tak ada Allah..”

(◕‿◕)
p/s: diambil dari fb... 
 "Mencorak Suasana Dengan Islam"

Saturday 10 September 2011

Pantun Hari Raya 2011



Letupan mercun sudah kedengaran
Tanda syawal menjelma kini
Bersama kita bermaafan 
Sempena Hari raya ini..

Sentiasa beringat di jalan raa 
Tidak kira sebarang masa
Bergembiralah di hari raya
Selepas sebulan kita berpuasa..

Kita berpuasa 30 hari
Menahan lapar tidak berperi 
Aidil Fitri setahun sekali
Bersyukur kita kehadrat Ilahi..

Mengacau rendang sambil merasa
Rendang dimasak di rumah Pak Deli
Setelah sebulan kita berpuasa
Lebaran mulia muncul kembali..

Pergi beraya ke rumah Irfan
Rumahnya mewah banyak hiasan
Tangan dihulur saling bermaafan
Eratkan ukhwah sesama Insan..

Pasang pelita di sana sini
Pelita di pasang di malam hari
Baju baru berwarna-warni
Nampak meriah cantik berseri..

p/s: Pantun ini telah di diklamasikan oleh Muhammad Syafiq (thun 4) dan Amirul Adry (thun 3) pada 9/9/2011 di Maahad Ummu Aiman cawangan Senawang sempena majlis Sambutan Hari Raya Aidil Fitri peringkat Ummu Aiman..


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Monday 5 September 2011

Kehilangan al-Marhum Tuan Guru Hj Hashim dirasai pelbagai lapisan masyarakat

M Faqih 
Umat Islam di negara ini kehilangan seorang tokoh ulama tersohor apabila Tuan Guru Datuk Paduka Hj Hashim b Abu Bakar, 88, kembali ke rahmatullah pada 1.10 petang 1 Syawal lalu.Allahyarham yang lebih dikenali dengan panggilan Ayah Sim terlantar sakit hampir dua tahun lalu merupakan anggota jawatankuasa Dewan Ulamak PAS Kelantan, Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad (PPPB) dan mudir Pondok Pasir Tumbuh. 

Walau pun sibuk dengan sambutan hari raya namun tidak menghalang lebih 2,000 warga pondok, penduduk tempatan dan orang ramai dari dalam dan luar Kelantan menunaikan solat ke atas jenazahnya. Turut berangkat menunaikan solat di Masjid Pondok Pasir Tumbuh kira-kira jam 6 petang iaitu Sultan Muhammad ke-V,  Tengku Mahkota Kelantan dan Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat serta Exco kerajaan negeri.
Jenazahnya kemudian disemadikan di Tanah Perkuburan Islam dalam kawasan pondok terbabit.
Setiausaha PPPB, Hj Adam Abdullah berkata, Allahyarham disifatkan sebagai generasi terakhir ulama tersohor dari Malaysia yang pernah mendalami pelbagai kitab di Makkah.

“Sekarang boleh dikatakan sudah tidak ada lagi ulama yang pernah mendalami ilmu agama di Makkah secara halaqat terus dengan ulama-ulama besar di Masjidilharam.
“Pada pandangan saya boleh dikatakan tiada lagi ulama besar seperti Allahyarham Ayah Sim di negara kita yang pernah menekuni pelbagai ilmu agama di Makkah,” katanya.
Menurutnya ulama yang belajar secara berkitab di Makkah berguru dengan ulama-ulama besar dan mengetahui lebih banyak cabang ilmu.

Setiausaha Pondok Pasir Tumbuh, Ahmad Shairazi b Hj Atiqullah berkata, warga pondok dan orang ramai benar-benar merasakan suatu kehilangan besar setelah kembalinya Ayah Sim menghadap Ilahi kerana beliau bukan sahaja menjadi rujukan dalam bidang agama malah perubatan Islam termasuk ketika beliau dalam keadaan uzur.

Katanya, Allahyarham satu-satunya pengasas Pondok Pasir Tumbuh yang ada sebelum ini selepas kematian Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz Abu Bakar.

“Ayah Sim mengajar di Pondok Pasir Tumboh bersama dua orang iparnya. Dan selepas kedua-duanya meninggal beliau menggantikan tempat sebagai penguasa I atau mudir sehingga sekarang.

”Allahyarham juga dilantik sebagai Pengerusi Pusat Pembangunan Pondok Berhad sejak 1995,” ujarnya.
Tuan Guru Hashim dilahirkan di Seberang Pantai Johor, Alor Setar, Kedah pada 1923. Mendapat pendidikan di Darul Ulum ad-Diniah, Makkah (1936 – 1939).

Pernah juga belajar di Madrasah Irsyadiah Tuan Guru Haji Abdul Rahman Abdullah Merbuk, Sungai Petani; Pondok al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Batu 26, Bagan Datoh, Perak; Pondok Lebai Idris Hitam, Kampung Air Hitam, Jitra dan Pondok Bunut Payong Kota Bharu.

Ayah Sim juga pernah dianugerah Tokoh Hijraturrasul 1428 Hijriah peringkat negeri Kelantan dan mendapat anugerah Datuk Paduka daripada Sultan Kelantan pada 2010.

Beliau meninggalkan lima anak. Isterinya al-Marhumah Hajah Rodhiah meninggal dunia pada Januari lalu.
Timbalan Ketua Penerangan PAS Kelantan, Ahmad Baihaki Atiqullah berkata, kehilangan Ayah Sin begitu dirasai rakyat dan kerajaan negeri Kelantan kerana kehebatan ilmu yang ada padanya.
“Sepanjang hayatnya Allahyarham sering menjadi rujukan dalam pelbagai bidang berkaitan permasalahan agama. Malah beliau sering menjadi imam solat hajat yang biasa diadakan di Stadium Sultan Muhammad ke-IV semasa beliau masih sihat ketika isu-isu besar berlaku,” ujarnya.


p/s: bagi saya sendiri dapat merasa walau sekejap ketika menuntut di Pondok Pasir Tumbuh kewibawaan beliau, ketegasan beliau dalam penyampaian di samping cukup merendah diri dalam berbicara.. Semasa bersolat di tepi beliau, diri ini xsedari sehinggalah selesai bersolat... 
semoga rohnya ditempatkan dikalangan  nabi-nabi, orang2 yg benar, syuhada' dan solehin...


 "Mencorak Suasana Dengan Islam"

About this blog

HALWA TELINGA