Sunday 31 July 2011

Imam Muda Qaryah Pelapis 2011


HAFIZI (kanan) bersama Muhammad Nazri (tengah) dan Amran selepas majlis pengumuman IMQ di Kuala Lumpur kelmarin.



KUALA LUMPUR - Seorang pelajar Universiti Kebangsaan Malaysia, Hafizi Abdillah Rusli, 26, dinobatkan sebagai juara musim pertama Imam Muda Qaryah (IMQ) Pelapis Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi).

Pelajar jurusan Sarjana Pengajian Islam itu mengalahkan seramai 850 peserta termasuk dua lagi finalis pada majlis yang diadakan di Kompleks Pusat Islam di sini kelmarin. "Agak sukar untuk sampai sehingga ke tahap ini kerana setiap peserta mempunyai kelebihan seperti hafazan serta hafalan bacaan al-Quran bertaranum dan penguasaan pengucapan awam dalam tiga bahasa iaitu dalam bahasa Melayu, Inggeris dan Arab.

"Namun sokongan daripada isteri, Fatimah Abdul Rahman ibu-bapa dan rakan- rakan banyak membantu," katanya ketika ditemui kelmarin.

Anugerah itu disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom. Selain Hafizi, finalis akhir iaitu Muhammad Nazri Musa, 37, mendapat tempat kedua, manakala Amran Mat Ariffen, 37, di tempat ketiga. Hafizi membawa pulang hadiah wang tunai sebanyak RM20,000 bersama pakej menunaikan umrah, sijil tauliah mengajar daripada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sijil penyertaan beserta hadiah iringan berupa komputer riba dan seutas jam tangan.

Sementara itu, Jamil Khir berkata, program yang julung-julung kali dilaksanakan sepenuhnya oleh Jawi selepas menyaksikan kejayaan program Imam Muda, Astro Oasis musim pertama dan musim kedua. "Rancangan tersebut telah berjaya mencipta paradigma baharu dalam hiburan bercorak keagamaan," katanya. IMQ musim kedua akan di kembangkan sehingga ke Wilayah Persekutuan Labuan dan pesisir pantai barat Sabah dan Sarawak.

Friday 29 July 2011

Harapan Ramadhan

Lirik oleh: Raihan
Ku mengharapkan Ramadhan
Kali ini penuh makna
Agar dapat kulalui
Dengan sempurna

Selangkah demi selangkah
Setahun sudah pun berlalu
Masa yang pantas berlalu
Hingga tak terasa ku berada
Di bulan Ramadhan semula

Puasa satu amalan
Sebagaimana yang diperintahNya
Moga dapat ku lenturkan
Nafsu yang selalu membelenggu diri
Tiada henti-henti

Tak ingin ku biarkan Ramadhan berlalu saja
Tuhan pimpinlah daku yang lemah
Mengharungi segalanya dengan sabar
Kita memohon pada Tuhan diberikan kekuatan
Ku merayu pada Tuhan diterima amalan

Selangkah demi selangkah...
Dengan rahmatMu oh Tuhanku...
Ku tempuh jua
"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Sunday 3 July 2011

BOLASEPAK DIPOLITIKKAN UNTUK TALIAN HAYAT UMNO



Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) merasa kesal dengan sikap Presiden KAFA yang telah mempolitikkan TRW dan menggesa supaya dapat membersihkan TRW dari politik umno dan jgn sekali2 cuba guna TRW utk politik peribadi bagi meraih simpati PM. 

DPPNK juga merasa kesal dgn tindakan menyalahgunakan TRW bagi meraih sokongan anak muda kpd UMNO sedangkan bukan semua penyokong bolasepak menyokong UMNO berdasarkan suasana di dalam stadium setiap kali adanya perlawanan yang menunjukkan secara jelas mereka adalah penyokong Pas walaupun ada usaha setengah pemimpin UMNO yang menyerahkan bendera parti mereka sewaktu membuat pelepasan penyokong TRW.  


DPPNK juga melahirkan rasa amat kesal kerana Perdana Menteri sekali lagi mengulangi sikap sebenar pemimpin UMNO dengan mengamalkan rasuah politik dgn tawaran membina stadium dengan syarat Pas tumbang di Kelantan dalam PRU akan datang. Alhamdulillah Stadium di Terengganu sebenarnya yang telah tumbang bukannya Pas Kelantan. DPPNK mengecam sekeras-kerasnya sikap yang ditunjukkan oleh seorang PM dalam sebuah negara demokrasi yang terus mengamalkan sikap double standard dan terus membuat tekanan politik ke atas Kerajaan Negeri Kelantan yang dipilih secara sah oleh rakyat dalam keadaan Kelantan dinafikan hak royalty.      DPPNK yakin jika sekiranya royalty petroleum dibayar kepada Kerajaan Negeri bukan saja sebuah stadium serba canggih yang mampu dibina bahkan setiap kawasan parlimen boleh dibina sebuah Kompleks Sukan yang lengkap. DPPNK yakin rakyat negeri ini tidak akan menukar sebuah stadium dengan pemerintahan berasakan Islam. 




Abdul Latiff Abdul Rahman 
Ketua Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan. 
1 Syaaban 1432 / 3 Julai 2011.





SUMBER: http://www.facebook.com/notes/abdul-latiff-abdul-rahman/bolasepak-dipolitikkan-untuk-talian-hayat-umno/239142916113090

About this blog

HALWA TELINGA