Thursday 28 April 2011

Bola dan Tanggunjawab!!!

Sedikit Perkongsian Suasana Stadium Sultan Muhammad ke iv pada perlawanan di antara Kelantan vs Selangor liga super  pada 26/4/2011 yang lepas....

Semoga menjadi pedoman dan ikutan buat negeri-negeri lain....







"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Friday 15 April 2011

IBU....!!


Orang kata aku lahir dari perut ibu..
Bila dahaga, yang susukan aku.. Ibu
Bila lapar, yang suapkan aku.. Ibu
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. Ibu
Kata ibu, perkataan pertama yang aku sebut.. Ma!

Bila bangun tidur, aku cari.. Ibu
Bila nangis, orang pertama yang datang ....Ibu
Bila nak bermanja.. Aku dekati ibu
Bila nak bergesel? Aku duduk sebelah ibu
Bila sedih, yang boleh memujukku hanya ibu
Bila nakal, yang memarahi aku ? Ibu
Bila merajuk? yang memujukku cuma.. Ibu
Bila melakukan kesalahan? Ibu juga lah yang paling cepat marah..
Bila takut? Yang tenangkan aku.. Ibu
Bila nak peluk? Yang aku suka peluk.. Ibu

Aku selalu teringatkan .. Ibu
Bila sedih, aku mesti telefon ibu
Bila seronok? Orang pertama aku nak beritahu? Ibu
Bila bengang.. Aku suka luah pada ..Ibu
Bila takut, aku selalu panggil.. ? Ibuuuuuuuuuuuuu!!
Bila sakit, orang paling risau adalah ..Ibu
Bila nak exam, orang paling sibuk juga ibu..
Bila merajuk, yang datang pujuk aku juga.. Ibu
Bila buat hal, yang marah aku dulu..Ibu
Bila ada masalah, yang paling risau.. Ibu
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni.. Ibu
Yang selalu masak makanan kegemaranku.. Ibu
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku, Ibu
Yang selalu berleter kat aku.. Ibu
Yang selalu puji aku.. Ibu
Yang selalu nasihat aku.. Ibu
Bila nak kahwin..
Orang pertama aku tunjuk dan rujuk? Ibu
Aku ada pasangan hidup sendiri
Bila seronok ... Aku cari pasanganku
Bila sedih ... Aku cari Ibu
Bila berjaya ... Aku ceritakan pada pasanganku
Bila gagal ... Aku ceritakan pada Ibu
Bila bahagia ... aku peluk erat pasanganku
Bila berduka ... aku peluk erat ibuku
Bila nak bercuti ... Aku bawa pasanganku
Bila sibuk ... Aku hantar anak ke rumah ibu
Bila sambut valentine ... Aku hadiahi bunga pada pasanganku
Bila sambut hari ibu ... Aku cuma dapat ucapkan Selamat Hari Ibu

Selalu........Aku ingat pasanganku
Selalu.....Ibu ingat kat aku
Bila-Bila.....Aku akan talipon pasanganku
Entah bila....Aku nak talipon ibu
Selalu....Aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila.....Aku nak belikan hadiah untuk Ibuku

Renungkan :-

"Kalau kau sudah habis belajar dan bekerja. Bolehkah kau kirim wang untuk ibu? Ibu bukan nak banyak. Lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah"
"Ibu bukan mengharap wang ringgit, permata atau rumah tersergam indah, namun cukuplah dengan mendengar suaramu wahai buah hati ibu...."

Berderai air mata aku. Hari ini kalau ibu mahu lima ratus sebulan pun aku mampu. Aku boleh kirimkan. Tapi Ibu sudah tiada. Aku tidak berkesempatan lagi. Maafkan aku ibu.....
Bagi yang kat luar sana yang masih berkesempatan untuk berbakti pada ibu..ingat2 la kat ibu ye...

P/S:Sekadar Perkongsian, diambil dari email kenalan.


"Mencorak Suasana Dengan Islam"

Saudara Sekalian

Monday 11 April 2011

STATISTIK MENJAWAB KAJIAN MY3S PELAJAR THN AKHIR USIM 2011

Date: Mon, 11 Apr 2011 10:40:53 +0800
Subject: STATISTIK MENJAWAB KAJIAN MY3S PELAJAR THN AKHIR USIM 2011
Assalamualaikum Wtbr

Y.Bhg. Dato'/ Dr./ Tuan/Puan

Disertakan statistk Ujian My3S bagi Pelajar tahun akhir 2011 USIM seperti berikut :-

STATISTIK UJIAN MY3S-KPT PELAJAR USIM TAHUN AKHIR 2011

KEMASKINI SEHINGGA : 11 APRIL 2011 (ISNIN) - Jam 10.00 pagi
TARIKH AKHIR UJIAN     : 15 APRIL 2011 (JUMAAT) :  TINGGAL 5 HARI UNTUK MENJAWAB UJIAN MY3S
 
RANKING
FAKULTI
BELUM MENJAWAB UJIAN MY3S
TELAH MENJAWAB UJIAN MY3S
JUMLAH PELAJAR
1
Fakulti Perubatan & Sains Kesihatan (FPSK)
TIADA  : 0%
29 pelajar : 100%
29
2
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU) – KES KHAS GRADUASI 2011
11 pelajar : 17.19 %
53 pelajar : 82.81%
64
3
Fakulti Ekonomi & Muamalat (FEM)
55 pelajar : 26.32%
154 pelajar : 73.68%
209
4
Fakulti Syariah Dan Undang-Undang (FSU)
46 pelajar : 28.22%
117 pelajar : 71.78%
163
5
Fakulti Sains Dan Teknologi (FST)
40 pelajar : 29.63%
95 pelajar : 70.37%
135
6
Fakulti Pengajian Quran & Sunnah (FPQS)
85 pelajar : 33.07%
172 pelajar : 66.63%
257
7
Fakulti Kepimpinan Dan Pengurusan (FKP)
84 pelajar : 33.87%
164 pelajar : 66.13%
248
8
Fakulti Pengajian Bahasa Utama (FPBU)
28 pelajar : 37.33%
47 pelajar : 62.67%
75
JUMLAH KESELURUHAN DAN PERATUSAN
349 PELAJAR BELUM MENJAWAB : 29.58%
831 PELAJAR TELAH MENJAWAB : 70.42%
1180 PELAJAR

Sehubungan itu Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksana Ujian My3S Peringkat USIM lalu bersetuju agar setiap fakulti sekurang-kurangnya cuba mencapai sasaran 90% pelajar menjawab ujian ini. pihak JPT-KPT turut memohon agar semua pihak agar dapat berusaha mempertingkatkan lagi bilangan pelajar yang mengambil ujian My3S ini sebelum 15 April 2011 yang merupakan tarikh akhir ujian ini.

Disertakan senarai pelajar yang BELUM MENGAMBIL Ujian My3S bagi Pelajar Tahun Akhir 2011 USIM (seperti di"attachkan") untuk perhatian dan tindakan lanjut Y.Bhg. Dato'/ Dr./ Tuan/Puan. Sekiranya terdapat permasalah berkaitan sistem My3S ini sila hubungi saya segera dan PPKI selaku urusetia akan menyelaraskan tindakan yang perlu bersama pihak KPT-JPT.

Bantuan dan perhatian Y.Bhg. Dato'/ Dr./ Tuan/Puan amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih

Wassalam,

"Menjana Trasformasi Graduan Holistik"


Yang berkhidmat,
 
Syafful Annuar Bin Sarani
Penolong Pendaftar

Friday 8 April 2011

9 petua makbul doa


BERIKUT antara sembilan petua daripada Rasulullah untuk mencapai doa mustajab:

1. Anas bin Malik meriwayat kan bahawa Rasulullah bersabda: “Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”

2. Sesungguhnya Rasulullah bersabda: “Allah akan turun ke langit dunia setiap
malam iaitu sepertiga malam yang terakhir seraya berfirman: “Sesiapa yang berdoa
kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka Aku akan mengampuninya.”

3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Tiga orang yang tidak
ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianiaya. Allah mengangkat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”

4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: “Aku dilarang membaca al-
Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya
adalah ketika sujud, maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”

5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: “Jika kamu mendengar ayam
jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu
melihat malaikat. “Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan
daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang tersebut melihat syaitan.”

6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang
bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.
“Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”

7. Ata bin Abi Rabah berkata: “Telah sampai padaku bahawa Rasulullah bersabda: “Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”

8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: “Doa seseorang itu akan
dikabulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ‘Aku berdoa
tetapi tidak dimakbulkan.’”

9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda: “Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa, memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”

Sumber: http://albakriah.wordpress.com/

About this blog

HALWA TELINGA