Wednesday 28 July 2010

Program Motivasi: Mukmin Profesional


MUKMIN PROFESIONAL
Encik Pahrol Mohamad Juoi


31 Julai 2010
DKP 1


Bagi sesiapa berminat, jangan lepaskan peluang terhidang ini..

Marilah sama-sama cepat mendaftar, sementara masih ada ruang..

Tempat terhad...
 
 Sebarang maklumat boleh berhubung dengan:
Zakiri: 013-6282352
Diana: 013-3083402

Kuliah Maghrib 3: "Taqwa Kepada Allah"

TAQWA KEPADA ALLAH DAN AKHLAK YANG TERPUJI
Oleh: Ibrahim Mohd Zin dan Zakiri Abd Hamid





25 JULAI 2010- Kuliah Maghrib ke 3 telah disampaikan oleh Ibrahim dan Zakiri di bawah tajuk " Taqwa Kepada Allah dan Akhlak Yang Terpuji ". Hadith yang dibacakan adalah hadith yang ke 18 dari kitab Hadith 40.

عن أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ.
رواه الترمذي.

Rasulullah bersabda: Takutlah kepada Allahwalau dimana kamu berada. Apabila tersalah melakukan dosa, buatlah perkara yang baik, pasti pahala kebaikan itu dapat menghapuskan dosa itu. Bergaulah dengan orang lain dengan cara yang terpuji.

Hadith riwayat At Tirmizi.


Pengajaran Hadith

Kita dianjurkan supaya berakhlak baik dan mulia walau dimana pun berada kerna akhlak tersebut adalah merupakan diantara sifat-sifat orang yang bertaqwa.

Untuk melihat jadual kuliah Maghrib sila klik di sini.

Sunday 25 July 2010

Ke Kebun Pak Din


 24 JULAI 2010- Kami ke kebun Pakdin di Sungai jai, Beranang. Banyak buah buahan kat sana. Best.






Sedikit sedutan wartawan kami di kebun Pakdin membuat liputan dari sana.









Kuliah Maghrib 2: "Tujuh Perkara Yang Elok Disebut"

TUJUH PERKARA YANG ELOK DISEBUT
Oleh: Muhamad Helmi Muhamad Zin

24 Julai 2010- Kuliah Maghrib diteruskan lagi dengan kali ini merupakan giliran Muhammad Helmi Muhamad Zin. Tajuk yang disampaikan ialah " Tujuh Perkara Yang Elok Disebut".

Sabda Rasulullah SAW, “Sesiapa yang hafal dan mengamalkan tujuh kalimah ini akan dimuliakan oleh Allah dan malaikat dan akan diampuni dosa-dosanya walau sebanyak buih di lautan...”
1. Bismillahhirrahmannirrahim: Pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.
2. Alhamdulliah: Pada tiap-tiap habis melakukan sesuatu.
3. Astaghfirullah: Jika tersilap mengatakan sesuatu yang buruk.
4. Insyaallah: Jika ingin muelakukan sesuatu pada masa akan datang.
5. Lahaulawalaquwwataillahbillah: B ila tidak dapat melakukan sesuatu yang agak berat atau melihat sesuatu yang buruk.
6. Innalillah: Jika menghadapi musibah atau melihat kematian.
7. Laailaahaillallah: Bacalah sepanjang siang dan malam sebanyak-banyaknya. amalkanlah selalu moga-moga kita tergolong dikalangan orang yang terpilih oleh Allah.

Semoga apa yang disampaikan dapat dijadikan pedoman dalam hidup kita. Nantikan kuliah maghrib seterusnya yang akan disampaikan oleh Ibrahim dan juga Zakiri pada 25 Julai 2010 (malam ini).

Kepada sahabat- sahabat, untuk mendapatkan jadual kuliah Maghrib sila klik di sini.


Thursday 22 July 2010

Kenali Ulama': Tok Kenali

TOK KENALI (1870 - 1933)

Tok Kenali (1870-1933) Tokoh ulama Kelantan paling masyhur, malah termasuk antara ulama besar Semenanjung Melayu. Sezaman dengan Tuan Husein Kedah, Pak Wan Sulaiman (Syeikhul Islam Kedah), Haji Abdullah Fahim (Mufti Pulau Pinang), Haji Abu Bakar Alim (Muar), Haji Mat Shafie Losong (Terengganu) dll. Guru pondok yang sangat dihormati, bahkan hingga sekarang pun namanya masih menjadi bualan dan disebut ramai.
Nama sebenar tokoh pendidik yang dilahirkan di Kg. Kenali, Kubang Kerian, Kota Bharu pada 1287H/1870M ini ialah Haji Mohd. Yusoff Ahmad.
Menuntut di Makkah selama 22 tahun (1305H – 1327H). Sangat alim dalam ilmu tatabahasa Arab (nahu/soraf), malahan beliaulah yang merintis kemasukan mata pelajaran ini ke dalam kurikulum pengajian pondok (sebelum ini, tertumpu pada usuluddin, fiqh dan tasawuf sahaja).
Walaupun Tok Kenali tidak meninggalkan karya tulis yang besar seperti Tuan Padang, Tuan Tabal dan Tok Wan Ali Kutan, namun beliau berjaya melahirkan satu angkatan ulama pelapis paling berwibawa – bukan sahaja di negeri Kelantan, tetapi juga di luar Kelantan. Antara murid-murid jempolannya termasuklah : Hj. Mat Jebeng (kemanakannya), Hj. Che Mat Padang Mengkali, Lebai Deraman Pasir Mas, Hj. Seman Sering (Syeikh Osman Jalaluddin al-Kalantani), Hj. Yaakub Lorong Gajah Mati, Hj. Abdul Kadir Melor, Hj. Abdullah Tahir Bunut Payong, Hj. Yusoff Padang Bemban, Hj. Awang Lambor, Dato’ Hj. Ahmad Maher al-Azhari, Hj. Ali Pulau Pisang, Hj. Abdul Majid Kayu Rendang, Hj. Mat Pauh, Hj. Awang Serendah, Hj. Daud Bukit Abal, Hj. Awang Beta, Hj. Hamzah Padang Bemban, Hj. Ismail Perol, Dato’ Hj. Ismail Yusoff, Hj. Abdul Rahman Lubok Tapah, Hj. Hasbullah Bot dan Hj. Nor Bot. Manakala dari luar Kelantan pula tersenarai pula nama-nama seperti Hj. Wan Abdul Latif Jerteh, Hj. Zainal Abidin Dungun, Dato’ Hj. Hasan Yunus al-Azhari (Menteri Besar Johor), Dato’ Hj. Abdul Rahim Yunus (Mufti Kerajaan Johor), Hj. Abdul Wahid Osman Sungai Udang, Hj. Ibrahim Bongek Rembau, Syeikh Mohd. Idris al-Marbawi al-Azhari Kuala Kangsar, Hj. Osman Bukit Besar, Hj. Abdullah Abbas Nasution Jitra, Hj. Bahauddin Sumatera Jeneri, Hj. Hasan Lampung, Hj. Yaakub Legor dan Tok Lata (Patani).
Di samping itu, dua orang putera Tok Kenali sendiri – Tuan Guru Hj. Ahmad dan Syeikh Mohd. Saleh Kenali (menetap di Makkah) – juga tergolong ulama dan pendakwah yang berjasa besar.
Nyatalah rumusan yang menyebut Kelantan sebagai “Serambi Mekah” itu sangat terkait dengan kehebatan dan kemasyhuran nama Tok Kenali.
Tok Kenali kembali ke rahmatullah di kediamannya pada pukul 7.30 pagi Ahad 2 Syaaban 1352 bertepatan 19 November 1933 dan dikebumikan di Kubang Kerian.

(http://sunnahrasulullah.blogspot.com/)

Kuliah Maghrib 1: "Memperbanyakkan Mengingati Mati"

"MEMPERBANYAKKAN MENGINGATI MATI"
Oleh: Samsul Haniff B Mohamad



Program "Kuliah Maghrib" membuka tirainya semalam. Orang yang pertama menyampaikan kuliah atau tazkirah ialah Samsul Haniff Mohamad. Tajuk yang dibicarakan ialah "memperbanyakkan mengingati mati". Mengingati mati adalah wajib sedangkan memperbanyakkan mengingati mati adalah sunat. Kita digalakkan memperbanyakkan mengingati mati kerana sabda Rasulullah SAW:

أكثروا من ذكر هاذم اللذات
"Perbanyakkanlah mengingati perkara yang menghapuskan kelazatan"

Maksud perkara yang menghapus kelazatan ialah "maut" ataupun mati. Maksud mati ialah " ketiadaan hidup bagi yang telah hidup". Maknanya orang yang hidup tak ada hidup baginya selepas itu melainkan mati, sebelum mati ia hidup.


Sebab apa kena ingat mati? Ini kerana apabila kita ingat akan mati yang terlebih jahat jadi kurang jahat, yang kurang jahat menjadi baik,yang baik menjadi lebih baik. Contohnya kalau kita nak melakukan maksiat tiba- tiba tempat kita buat maksiat berlaku kematian, sudah tentu kita rasa kendur sikit niat untuk melakukan maksiat kepada Allah.

Sama- sama kita jadikan pedoman daripada apa yang telah disampaikan semalam. Kuliah Maghrib yang kedua Insya Allah akan disampaikan oleh Muhammad Helmi Muhammad Zin pada hari Jumaat bersamaan 23 Julai 2010 sperti yang termaktub di dalam jadual.



Untuk melihat jadual kuliah Maghrib, sila klik di sini.


Tuesday 20 July 2010

Jadual Kuliah Maghrib

     JADUAL KULIAH MAGHRIB SURAU SRI NILAI 2010


BIL
HARI
TARIKH
PENCERAMAH
1
SELASA
20  JUL 2010
SAMSUL HANIFF  MOHAMAD
2
JUMAAT
23  JUL 2010
MUHAMMAD HELMI MUHAMAD ZIN
3
SABTU
24 JUL 2010
IBRAHIM M. ZIN
4
AHAD
25  JUL 2010
ZAKIRI ABD HAMID
5
SELASA
27 JUL 2010
MOHD NASHARUDDIN MORSID
6
JUMAAT
30 JUL 2010
MOHD ALIAS  YUSOP
7
SABTU
31 JUL 2010
MOHD MAIZAN CHE MUDA
8
AHAD
1  OGO 2010
MUHAMMAD YUSUF M. NOH/ 
MOHD FIRDAUS ALIMAN
9
SELASA
3 OGO 2010
SAMSUL HANIFF MOHAMAD
10
JUMAAT
6 OGO 2010
MUHAMMAD HELMI MUHAMMAD ZIN
11
SABTU
7 OGO 2010
AHMAD MAJDI SANUSI
12
AHAD
8 OGO 2010
ZAKIRI ABD HAMID
CUTI SEMPENA RAMADHAN KARIM
13
SELASA
21 SEP 2010
MOHD NASHARUDDIN MORSID
14
JUMAAT
24 SEP 2010
MOHD ALIAS  YUSOP
15
SABTU
25 SEP 2010
IBRAHIM M. ZIN
16
AHAD
26 SEP 2010
AHMAD MAJDI SANUSI
17
SELASA
28 SEP 2010
MUHAMMAD HELMI MUHAMMAD ZIN
18
JUMAAT
1 OKT 2010
MOHD MAIZAN CHE MUDA
19
SABTU
2 OKT 2010
MUHAMMAD YUSUF M. NOH
20
AHAD
3 OKT 2010
MOHD FIRDAUS ALIMAN


        







   















    * Tertakluk kepada perubahan


Surau Sri Nilai

Monday 19 July 2010

BIRTHDAY


SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRANMU

Yang Ke 24
buat

NASHARUDDIN

Sambutlah dengan hati yang selalu bermunajat kepadaNya

Doa dari sahabat- sahabatmu
SEMOGA DIMURAHKAN REZEKI.

Sunday 18 July 2010

Praktikal Gali Kubur Sengoti





Rehlah ke KL


Menunggu ketibaan Komuter di Stesen komuter Nilai untuk menuju ke KL Sentral.


Di dalam komuter.


Semasa membeli Notebook.


Dalam perjalanan pulang.



Yang terlibat: Majdi, Pidot, Maizan, Usop, Sem, Zack, Nasa,dan tetamu undangan Tahir.





Saturday 17 July 2010

Kenapa Tak Rogol Saya?



Kisah benar ini berlaku di US.


...Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang bagus.

Suatu malam perempuan ini dalam
perjalanan balik ke rumah dari tempat kerjanya. Kebetulan dia mengambil jalan singkat untuk pulang. Jalan yang diambil pula agak tersorok dan tidak banyak orang yang lalu lalang pada masa itu.

Disebabkan hari yang agak sudah lewat, berjalan di jalan yang agak gelap sebegitu membuatkan dia agak gelisah dan rasa takut. Lebih-lebih lagi dia berjalan bersaorangan.

Tiba-tiba dia nampak ada seorang lelaki (kulit putih Amerika) bersandar di dinding di tepilorong itu. Dia sudah mula rasa takut dan tak sedap hati. Apa yang dia boleh buat waktu tu adalah berdoa ke hadrat Allah memohon keselamatan atas dirinya. Dia baca ayat Kursi dengan penuh pengharapan agar Allah membantu dia disaat itu.

Masa dia melepasi tempat lelaki itu bersandar, dia sempat menoleh dan dapat mengecam muka lelaki itu. Nasib baik lelaki itu buat tidak endah dan perempuan ini selamat sampai ke rumahnya.

Keesokkan paginya, wanita ini terbaca dalam akhbar yang seorang perempuan telah dirogol oleh seorang lelaki yang tidak dikenali dekat lorong yang dia jalan semalam hanya 10 minit selepas dia melintasi lorong tersebut. Muslimah ini yakin benar lelaki kulit putih yang dia lihat semalam adalah perogol itu.

Atas rasa tanggungjawab dia terus ke balai polis dan buat aduan. Wanita ni dapat mengenalpasti suspek melalui kawad cam dan selepas siasatan dilakukan, polis dapat bukti bahawa lelaki tersebut adalah perogol yang dicari.

Tapi perempuan ini hairan juga kenapa lelaki tadi tak jadikan dia mangsa ketika dia melalui lorong tersebut walhal dia keseorangan di masa tu, tetapi lelaki tadi rogol perempuan yang lalu selepas dia. Wanita ini nak tahu sangat sebabnya. Jadi dia minta kebenaran polis untuk bercakap dengan perogol tadi sebelum hukuman dijatuhkan (sebelum lelaki tadi di bawa ke
tempat lain).

Dia pun tanya perogol itu..

“Why don’t you do anything to me on that
night even though you know that I’m alone?”
(Kenapa awak tak buat apa-apa kat saya
malam tu walaupun awak tau saya seorang je masa
tu?)

Perogol tu jawab:

“No, you are not alone. That night I saw
two young man walking with you. One on your right side and the other one
was by your left side. If you were alone
of course you will be my victim.”
(Tak, awak bukan berseorangan. Malam tu
saya nampak ada 2 orang lelaki berjalan dengan
awak. Seorang sebelah kanan awak dan sorang lagi sebelah kiri awak.
Kalaulah awak sorang2 malam tu, sudah
pasti awak jadi mangsa saya..)

Wanita ni rasa amat terkejut bila dengar penjelasan perogol tu. Dia bersyukur ke hadrat
Allah kerana memelihara dia malam itu, mungkin juga berkat ayat Kursi yang dia baca malam itu.

p/s : MORAL CERITA INI???

Jika kita sebagai hambaNya menurut segala perintah dan meninggalkan segala laranganNya, Dia pastinya akan sentiasa dekat dengan kita dan memelihara kita. Wanita tadi pertama-tamanya menutup aurat di US dan memang seorang yang menjaga batas-batas yang ditetapkan Islam.
Mungkin dua orang lelaki yang menemani wanita itu adalah malaikat yang diutuskan Allah untuk menjaga hambaNya yang sentiasa ingat akan diriNya.

"...Barang siapa membaca ayat Kursi apabila berbaring di tempat tidurnya,Allah mewakilkan 2 orang Malaikat memeliharanya hingga subuh. Barang siapa yang membaca ayat al-Kursi ketika dalam kesempitan nescaya Allah berkenan memberi pertolongan kepadanya ..."
[Dari Abdullah bin ‘Amr r.a.]

Sebuah kisah benar yang sangat sangat menarik pada pandangan ku...
semoga kite semua mendapat pengajaran dan ilmu yang bermanfat...
sebagai hamba kita seharusnya percaya dengan kemampuan senjata orang mukmin iaitu DOA….

semoga kita sentiasa dipeliara Allah dari
kejahatan syaitan yang di rejam……...
sebagai perkongsian buat kita semua..
Oleh: Md Redzuan

Tuesday 13 July 2010

Isra’ Mikraj menguji keimanan menambah ketaqwaan

Tanggal 27 Rejab pada setiap tahun umat Islam di seluruh pelusuk dunia akan menyambut peristiwa israk dan mikraj yang merupakan satu catatan sejarah yang penting dalam lipatan sejarah perkembangan Islam. Majlis memperingati peristiwa israk dan mikraj di Malaysia disambut dengan penuh meriah dengan majlis ceramah supaya umat Islam dapat mengambil iktibar dan pengajaran yang terkandung dalam peristiwa tersebut.
            Peristiwa israk dan mikraj yang dilalui oleh Rasulullah bukanlah satu detik peristiwa biasa, malah ia bukan hanya sekadar suatu perjalanan untuk melihat kehebatan alam semesta sahaja. Lebih daripada itu, perjalanan israk dan mikraj mempunyai makna dan himah yang cukup mendalam bagi kehidupan Rasulullah secara peribadi dan kehidupan umat Islam secara keseluruhannya.
            Peristiwa israk dan mikraj merupakan satu petanda bahawa risalah Islam yang disampaikan oleh Rasulullah bukan hanya untuk bangsa Arab sahaja tetapi untuk seluruh alam maya yang terdiri daripada umat manusia dan juga umat jin, sekali gus merupakan satu penghormatan kepada Rasulullah sebagai rasul akhir zaman yang tidak dianugerahkan kepada para rasul dan nabi yang lain sebelum Rasulullah.
            Secara historis, latar belakang terjadinya peristiwa agung tersebut kerana kegelisahan dan kesedihan Rasulullah akibat tentangan, ancaman, pemulauan, ejekan, kecaman dan sebagainya daripada kaum kafir dan musyrik terhadapnya. Apatah lagi pada masa yang sama, Rasulullah kehilangan dua tonggak utama yang menjadi tulang belakang bagi gerakan dakwah Rasulullah untuk menyeru kaumnya ke arah Islam iaitu isterinya tercinta Saidatina Khadijah dan bapa saudaranya yang dikasihi Abu Talib. Tahun tersebut akhirnya diabadikan oleh sejarawan Islam sebagai tahun dukacita dalam kehidupan Rasulullah.  
            Untuk meredakan kesedihan Rasulullah dan mengendurkan ketegangan baginda dalam menghadapi tentangan kaumnya, maka Allah mengundang Rasulullah untuk berisrak dan bermikraj pada malam 27 Rejab. Semasa dalam perjalanan israk dan mikraj, Rasulullah diperlihatkan berbagai-bagai kejadian luar biasa yang mengungkapkan pelbagai hikmah, iktibar dan pengajaran kepada umat islam selepasnya.
            Salah satu peristiwa penting yang sewajarnya diambil perhatian oleh umat Islam ialah peristiwa pensyariatan ibadat solat lima waktu pada malam tersebut. Jika diamati secara mendalam, ibadat solat difardukan kepada umat Islam melalui pensyariatan secara langsung daripada Allah kepada Rasulullah di Sidratul Muntaha tanpa penurunan wahyu dan perantaraan Jibril, sedangkan ibadat-ibadat lain seperti puasa, zakat dan lain-lain lagi difardukan kepada umatnya melalui perantaraan wahyu yang disampaikan oleh malaikat Jibril kepada Rasulullah. Pensyariatan ibadat solat secara langsung daripada Allah ini sekali gus mengangkat martabat dan nilai ibadat solat di sisi Allah. Dalam Islam, solat adalah tiang agama, sesiapa yang mendirikan solat maka dia telah mendirikan agama. Sebaliknya sesiapa yang meninggalkan solat bermakna dia telah meruntuhkan agama.
            Pendek kata, perumpamaan ibadat solat dalam kehidupan Muslim adalah ibarat sebuah sungai mengalir yang dipenuhi air di hadapan rumah kamu. Maka kamu akan mandi di dalamnya sebanyak lima kali sehari untuk membersihkan diri. Inilah perumpamaan yang dibuat oleh Rasulullah bagi menggambarkan keistimewaan dan kelebihan ibadat solat dalam kehidupan Muslim.
            Kepentingan ibadat solat dalam kehidupan Muslim dapat dilihat melalui tindakan Saidina Umar al-Khattab yang pernah menulis satu surat edaran untuk dikirimkan kepada semua gabenornya dengan katanya: Wahai para gabenor sekalian! Sesungguhnya tugas yang paling penting sekali pada pandanganku ialah mendirikan solat. Oleh itu, sesiapa yang tidak mendirikan solat sebagaimana sepatutnya, maka dia merupakan orang yang tidak dipercayai. Manakala sesiapa yang mendirikan solat dengan sebaik-baiknya, maka dia sudah memelihara agamanya. Dan sesiapa yang mensia-siakan ibadat solat bermakna dia telah mensia-siakan urusan-urusan yang lainnya.
            Demikianlah  keyakinan Saidina Umar al-Khattab bahawa kecurangan, kezaliman, kemunduran, kekalahan, kemelesetan ekonomi dan sebagainya mempunyai sebab musabab yang saling berkaitan. Hujung pangkal keadaan musibah yang menimpa umat Islam itu ialah kerana lemahnya iman dan juga betapa malasnya terhadap praktikal ibadat yang sempurna kepada Allah, terutamanya ibadat solat.
            Seterusnya, Rasulullah dapat menghadap Allah melalui peristiwa israk dan mikraj, maka setiap Muslim dapat berhubung secara terus ke hadrat Ilahi yang Maha Esa tidak memerlukan sebarang alat komunikasi walau secanggih macam mana sekalipun. Memadailah seseorang Muslim bermunajat dan berhubung ke hadrat Allah pada bila-bila masa dan di mana juga keadaannya melalui ibadat solat. Hanya ibadat solat sahajalah jiwa dan raga seseorang Muslim langsung tersangkut pada Yang Maha Agung.
            Selain itu, Rasulullah juga bertemu dengan satu kaum yang memecah-mecahkan kepala mereka dengan batu yang keras. Setiap kali kepala mereka pecah, keadaan akan kembali seperti sedia kala dan mereka berterusan memecahkan kepala mereka dan tidak pula melakukan perbuatan tersebut. Rasulullah bertanya kepada Jibril berkenaan golongan tersebut, lalu dijelaskan bahawa golongan tersebut ialah sekumpulan orang yang berat kepala mereka untuk mendirikan solat fardu.
            Selain daripada seksaan meninggalkan ibadat solat, Rasulullah juga diperlihatkan seksaan akibat tidak menunaikan zakat, sedekah, memakan riba, meninggalkan jihad pada jalan Allah, tidak menjaga lidah dan memelihara anggota tubuh badan dan sebagainya. Rentetan kejadian demi kejadian ini menyingkapkan kewajipan-kewajipan agama telah datang sekalipun masih belum difardukan lagi. Ia mempamirkan corak kehidupan Islam yang merangkumi seluruh aspek kehidupan umat .
            Peristiwa israk dan mikraj sebenarnya mengukuhkan lagi kepercayaan Muslim kepada perkara ghaib yang merakamkan waktu silam, waktu kini dan waktu akan datang, sekali gus mempamerkan kekuasaan, kebesaran dan keagungan Allah yang menguasai alam semesta yang merupakan manifestasi makna rukun iman, manakala pensyariatan ibadat solat dan gambaran berbagai-bagai ganjaran serta seksaan terhadap amalan-amalan yang dilakukan oleh umat manusia pula merupakan manifestasi makna rukun Islam.
            Begitulah penghayatan menyeluruh yang seharusnya diselami, difahami dan dipraktikkan oleh setiap Muslim dalam kehidupan seharian melalui peristiwa bersejarah israk dan mikraj. Peristiwa tersebut berupaya bertindak sebagai pemangkin ke arah pengukuhan akidah, pengamalan ibadah secara konsisten dan perhiasan akhlak terpuji seseorang Muslim supaya dapat meraih keredaan Ilahi dan kebahagiaan sejati di dunia dan akhirat.

Friday 9 July 2010

Ahlan Wasahlan Ke USIM...


Di kesempatan ini saya rasa belum terlewat lagi untuk diri ini mengucapkan selamat datang kepada semua pelajar tahun satu ke USIM yang telah mendaftar pada 3/7/10 yang lepas.

Adik-adikku sekalian,

Masih terbayang wajah ibu-bapa yang datang menghantar anak-anak mereka ke sini dari semua pelosok negara datang hanya dengan tujuan yang sama. Hanya satu hasrat mereka, iaitu melihat anak-anak mereka berjaya dalam servival kehidupan ini dengan penuh bekal di dada, ilmu dan keimanan yang menjamin servival ini. Itu sajalah yang mereka impikan dari seorang anak.

Adik-adikku sekalian,

Melangkahnya kita kesini bukannya penyelesaian kepada suatu servival bahkan dengan melangkahnya kita di sini maka bermulalah suatu servival yang baru, tidak sama macam alam sekolah. Alam sekolah hanya menjadi sejarah yang perlu dipandang sebagai guard kita di sini. Di sini persaingan terbentang luas, bagi yang pandai mengambil peluang dia yang dapat, bagi yang tak ia akan terlepas.

Adik-adikku sekalian,

Di realiti ini semuanya terhidang di depan mata, hanya kekuatan iman dapat memilihnya. Bukan lagi pilihan keluarga, kita yang perlu meredahnya antara baik pilihan kalian atau sebaliknya. Setiap keputusan yang kalian buat, kalianlah perlu tempuhi. Perjalanan perlulah diatur mengikut guard syara', bukannya pandangan akal semata. Pandangan mata yang cantik belum pasti menunjukkan pandangan syara' seiring.

Adik-adikku sekalian,

Ingatlah kalian merupakan pilihan Allah untuk berada di sini. Jangan jadikan harimu di sini habis tanpa terisi bekal untuk kalian curahkan kepada mayarakat di luar sana yang dahagakan ilmu dan syiar Islam itu. Janganlah pula kalian menjadi beban kepada masyarakat di luar sana setelah keluar kelak, hasil daripada kelalaian kamu di sini.

Adik-adikku sekalian,

Setiap apa yang kita dapat akan dipertanggunjawabkan, bukan hanya menjadi simpanan kita. Perbanyakkanlah karung kalian semoga dapat dicurahkan kelak dan bukannya menjadi koleksi peribadi yang tiada berguna kepada orang lain.

Adik-adikku sekalian,

Di sinilah medannya, rebutlah peluang sementara masa masih ada. Jangan menunggu tahun akhir nak bangkit dari tidur kalian. Pelbagai cabang ilmu berada di sini yang menunggu pencarinya..
fikir-fikirkanlah..

Mungkin ini hanyalah luahan seorang senior yang hanya menghitung hari untuk melangkah keluar dari medan ini. Sebagai renungan dan taujihat kepada kalian... Terkasar bahasa dan terlebih bicara mohon maaf dipinta..


Di bawah ni saya bawakan kata-kata dari imam Syafie tentang rehlah ilmi.


1. Tidak sepatutnya bagi golongan cerdik pandai untuk tinggal tetap di sesuatu tempat. Tinggalkanlah tanah air dan mengembaralah.

2. Saya berpendapat air yang tidak mengalir akan menjadi busuk. Jika ia mengalir maka elok dan tidak tidak mengalir maka ia menjadi kotor.

3. Singa sekalipun jika tidak keluar dari sarangnya maka ia tidak akan dapat makanan.

4. Dan anak panah jika tidak meninggalkan busurnya tidak akan mengenai sasarannya.

5. Matahari juga kalau ia berhenti nescaya manusia akan memarahinya.

6. Kayu harum ketika di rimba sama sahaja dengan kayu yang lain. Tetapi jika ia diambil keluar dari rimba maka kayu itu tinggi nilainya, dan bijih emas juga jika diambil keluar dari tanah maka tinggi nilainya.
(Sirajuddin 1985:34-35)



Risalah ini adalah petikan dari kata-kata Imam Syafie sebagai merungkai kembali kepentingan mengembara, mencari dan menyebarkan ilmu.

Kata-kata ini saya temui dari sebuah buku bertajuk 'Warisan al-Hadis Antara Teras dengan dinamikan pemikiran', terbitan USM 2008 dibawah tajuk: Rehlah Ilmiyyah dan Kepentingannya: Refleksi daripada Tradisi Para Ulama' Hadis Silam oleh Dr. Atikullah Abdullah...

About this blog

HALWA TELINGA