Monday 17 May 2010

Selamat Bercuti



SELAMAT BERCUTI DAN PULANG KE KAMPUNG MASING- MASING BUAT SAHABAT- SAHABAT. SAMPAI BERTEMU LAGI DI SEMESTER AKAN DATANG.

*Jangan lupa siapkan proposal dan cari tempat LATIHAN INDUSTRI masing- masing. Kepada pengunjung , blog ini tidak akan diupdate buat sementara waktu sehingga ke suatu masa yang akan  diberitahu nanti. Terima Kasih.

Friday 7 May 2010

Picnic di Jeram Toi


6 MEI 2010- Sempena kejayaan menghabiskan exam bagi sesi 2009/2010 ini kami telah merancang ke satu tempat yang terkenal dengan keindahan air terjunnya iatu JERAM TOI yang terletak di daerah jelebu.

Perancangan itu telah berjaya dilaksanakan semalam apabila kami bersama sahabat yang lain telah berkelah di Jeram Toi.

Kali ini kami disertai oleh Saudara Najib dan isterinya. Makanan dan minuman yang kami sediakan ialah mee goreng, hotdog, beserta air oren dan 100 plus. Ini merupakan kali keempat kami ke sana.

Kawasan air terjun ini sesuai untuk melepaskan tension terutamanya selepas musim exam sambil menikmati udara segar dan mengamati alam semulajadi ciptaan Allah.




* PICNIC INI JUGA DIADAKAN SEMPENA MENYAMBUT ULANGTAHUN KELAHIRAN KE 23 SAHABAT KITA MUHAMAD HELMI B MUHAMAD ZIN. SEMOGA DIKURNIAKAN KESIHATAN DAN DIMURAHKAN REZEKI.

Detik- detik serta kenangan bersama sahabat- sahabat akan terus kekal di dalam lipatan sejarah hidup kita.


About this blog

HALWA TELINGA